Rabu, 11 Jun 2014

MENGENAL SEJARAH BANGSA





PEJUANG BANGSA


SEBELUM ORANG LAIN SAMPAI
Revolusi Bolshevik 1917 di Rusia mengubah peta dunia. Untuk pertama kalinya dunia melihat kemungkinan kelas Feudal, kelas Tuan Tanah dan kelas Elit Politik dihumban dari kuasa. Rusia beralih dari sistem feudal masuk ke era zaman moden.
Ketika Lenin menjatuhkan Czar Nicholas dan kaum kerabatnya – tidak ramai Anak Melayu yang pandai membaca atau menulis. Sekolah Umum dan Sekolah Kebangsaan belum wujud. Yang ada hanya belajar Agama.
Seratus dua tahun sebelum Revolusi Bolshevik – pada tahun 1819 Pulau Singapura telah dijual oleh Sultan Husin kepada East India Company. Pada tahun 1824 Perjanjian Anglo-Dutch ditanda tangani. Maka terpisahlah bumi Melayu. Satu menjadi Indonesia dan satu menjadi Tanah Melayu. Pada tahun 1906 Anglo-Thai Treaty pula ditandatangai - empat wilayah Melayu di Selatan Siam diserah kapda Siam. Yang tinggal hanya Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Pada tahun 1874 secara resmi Tanah Melayu menjadi jajahan Inggeris melalui Perjanjian Pangkor.
Apa perlunya saya paparkan data sejarah ini? Untuk saya sejarah amat penting. Bangsa yang tidak tahu sejarah bangsanya adalah bangsa yang paling bangsat. Sosok yang tidak tahu sejarah asal usulnya adalah sosok bangsat. Jika
seseorang tidak tahu dari mana asal usul pasti sosok ini tidak akan tahu kenapa keadaan sekarang berlaku saperti ini. Dan mereka pasti TIDAK tahu dari SINI mereka hendak kemana. Sejarah adalah rujukan yang tidak pernah berubah. Sejarah TIDAK akan berbohong.
British membawa masuk Orang Cina dan Orang India ke Tanah Melayu bukan kerana cintakan Orang Melayu atau mahu membantu Orang Cina dan India yang miskin. Tujuan British membawa masuk India dan China ke tanah Melayu ialah untuk menjadi kuli. Untuk menjadi buruh di ladang getah dan di lombong bijeh.
Jelas menunjukakn bahawa kemasukan Orang Cina dan Orang India ini kerana kepentingan kaum pemodal. Lalu timbul persoalan – apakah Orang Melayu tidak ada ketika Cina dan India dibawa masuk? Jawabnya Orang Melayu dan Orang Asal ada wujud. Mereka telah menduduki Bumi Melayu ini semenjak ribuan tahun. Bumi ini adalah tanah tumpah darah mereka.
Apa yang menjadi masalah kepada penjajah British ialah Orang Melayu dan Orang Asal amat selesa dengan cara hidup mereka. Orang Asal dengan teknik Bakar dan Tanam. Berhuma untuk beras dan berladang untuk jagong dan keledek. Babi untuk menjadi asas protein. Manakala Orang Melayu di kampong selesa dengan kehidupan kampong – bersawah dan berpadi. Atau yang ditepi laut – berIkan ke laut.
Dari pandangan sistem ekonomi kapitalis – Orang Melayu dan Orang Asal melanggar hukum dan nilai-nilai kapitalis. Orang Melayu tidak ada niat untuk mengumpul harta. Orang Melayu tidak ada niat untuk menjual tenaga mereka. Justeru Orang Melayu dalam sistem kapitalis ditakrif sebagai mereka yang tidak ada keupayan membeli. Orang Melayu tidak ada duit. Dalam sistem ekonomi kapitalis sesiapa yang TIDAK berduit adalah sampah.

Tidak BERDUIT adalah haram dalam ajaran rukun iman sistem ekonomi kapitalis. Tidak berduit bermakna tidak dapat membeli. Kalau tidak berduit – tidak membeli - maka sistem ekonomi kapitalis tidak dapat begerak. Sesiapa yang TIDAK BERDUIT dalam sistem ekonomi kapitalis dianggap tidak berguna.
Orang Melayu dizaman Raffles tidak memerlukan wang untuk hidup. Ini tidak bermakna mereka tidak memburuh dan tidak bekerja. Mereka kesawah untuk cukup makan. Mereka ke sungai untuk cukup ikan. Mereka ke hutan untuk rusa dan kijang. Orang Melayu ada ayam, itik , lembu dan kambing. Hidup Manusia Melayu ketika itu tidak diperangkap atau terjerat dalam sistem ekonomi kapitalis. Justeru Manusia Melayu bebas dari ikatan kolonial.
Ini tidak bermakna Orang Melayu tidak bekerja. Mereka juga memburuh dan membanting tulang. Mereka meneroka hutan dara. Kampong dan jalan diteroka. Mereka menjadikan paya dan lembah kawasan sawah yang subur.

Tanpa duit bolehkah semua ini dilakukan? Jawabnay boleh. Ketika ini Orang Melayu menggunakan sistem ekonomi GOTONG ROYONG – BERSERAYA- Mereka memberi tenaga bukan kerana upah atau gaji tapi dengan niat tolong menolong. Parit dan anak sungai dibersihkan bersama. Rumah didirikan bergotong royong. Sawah diairi bersama. Ke darat mencari rotan ke sungai mencari ikan. Berat sama dipikul-ringan sama dikepit. Bulat air kerana pemetong- bulat manusia kerana mufakat.
Ertinya ekonomi Orang Melayu dan Orang Asal pada zaman Raffles tidak menggunakan ringgit dan dolar. Ini amat bahaya kepada sistem ekonomi kapitalis.

Sikap Melayu yang TIDAK ambil pot terhadap ringgit dan dolar ini mengancam kuasa Raffles dan East India Company. Mereka datang dari negara Atas Angin untuk berjual beli. Jika sampai ke Jelebu atau ke Jemapoh semua Orang Kampong tidak ada duit maka Kapitalis Inggeris ini akan mati kering.
Justeru Orang China dan Orang India dibawa masuk adalah strateji sistem kapitalis. Sebagai buruh dan kuli- mereka dijanjikan upah. Kuli-kuli ini tidak memiliki tanah saperti Orang Melayu. Mereka tidak memiliki 'kebebasan ekonomi' untuk hidup. Mereka terikat dan bergantung tidak saperti Orang Melayu yang bebas.


Maka untuk hidup Pendatang Baru ini wajib menjual tenaga kepada British untuk mendapat upah dan gaji. Dengan duit upah dan gaji kuli-kuli ini memiliki kuasa membeli. Kuasa membeli ini amat penting dalam lingkaran sistem ekonomi kapitalis. Membeli barangan adalah alat pelincir untuk menjalankan sisitem ekonomi kapitalis.
Justeru dari segi sejarah - buruh China dan buruh India yang datang ke Tanah Melayu dizaman British adalah pemula sistem ekonomi kapitalis di Tanah Melayu. Mereka mengenal dan bergerak dalam sistem ekonomi kapitalis seratus tahun lebih awal dari Orang Melayu
Harus disedari bahawa dizaman ini hubungan antara Melayu dengan Cina atau antara Cina dengan Melayu amatlah minimal. Orang Melayu tinggal dikampong dan tidak ada keperluan untuk berurus atau berkenal dengan China atau India. Malah jika ada Cina atau India yang datang ke kampong Melayu atau menjadi sahabat Melayu – ini diberi penghormatan. Ini kerana pekara sademikian terlalu 'rare' atau amat jarang berlaku.
Orang Cina pula secara natural tinggal di pekan dan kota. Dari ratusan orang menjadi puluhan orang yang datang berhijrah. Dari puluhan menjadi ribuan. Akhirnya ratus ribuan yang datang berhijrah ke Tanah Melayu. Pedatang Baru ini walau pun dari kampong dan desa kini tinggal dipekan dan bandar. Justeru kerana inilah Kuala Lumpur, Ipoh , Pulau Pinang malah semua pekan di barat Semenanjung diduduki oleh Orang China.
Pada tahun 1906 Malay College Kuala Kangsar didirikan. Pada tahun 1922 Sultan Idris Training College lahir di Tanjung Malim. Apakah lembaga ilmu ini lahir kerana cinta dan kaseh sayang British terhadap petai dan tempoyak? Jawabnya TIDAK.
British memerlukan kaki tangan yang setia untuk memastikan kepentingan kaum pemodal British terjaga. Pada ketika ini ladang getah dan lombong bijeh British telah mengeluarkan hasil. Maknanya selain dari keperluan tenaga buruh - kuasa kolonial British juga memerlukan guru, kerani, jaga dan mandor.
Hakikatnya - British memerlukan 'budak suruhan' yang setia. British memerlukan tenaga kerja – aparacik – untuk menjalankan pentabiran. Hanya anak tempatan yang boleh memahami hati dan sanubari warga tempatan. Nilai dan budaya tempatan hanya difahami oleh anak tempatan.
Kuasa British sebagai kuasa penjajah cukup licik. Sebuah negara yang kecil berjaya menakloki lebih dari tiga suku dunia ini. Sebanyak 53 buah negara dalam dunia ini adalah bekas Tanah Jajahan British – Negara-Negara Commonwealth. Bagaimana ini boleh berlaku?
Kuasa British datang sesudah kuasa Portugis, Belanda, Peranchis menjajah Amerika Latin, Afrika dan Asia. British telah melihat pengalaman kuasa kolonial yang terdahulu. Penjajah British telah mengumpul pengalaman dan memperbaiki cara dan teknik untuk menjajah. Harus diingati Inggeris telah menjajah Wales, Scotland dan Irealand – hinggakan kesemua warga negara ini hilang bahasa ibunda mereka.
Justeru di Tanah Melayu, British secara licik menjalankan dasar Pecah/Perintah. Dasar ini dicampurkan pula dengan dasar Adu/Domba. Tanah Melayu berjaya dipisahkan dari Sumatra dan Jawa. Selangor digaduhkan dengan Aceh dan Johor. Manakala di Perak ditabalkan 'barua' yang setia. Penentang British dituduh sebagai 'anti-nasional' – dihalau atau dibuang negeri. Siapa berani melawan British akan diserang untuk dibunuh.
Anak-anak feudal yang terdidik dalam Malay College kini menjadi 'budak suruhan' yang amat setia untuk British. Dari Malay College mereka dihantar ke Old Mother England untuk belajar. Mereka menjadi tulang belakang dalam sistem pentabiran British. Manakala anak kaum tani dan nelayan di hantar ke SITC untuk menjadi guru.


Sesudah Revolusi Bolshevik 1917 – semuanya berubah. Eropah bergolak. Idea, pemikiran dan falsafah baru muncul. Sistem penjajah mula dipersoalkan. Salah benar penjajah mula ditanya. Pada tahun 1930 Parti Komunis Malaya muncul di Kuala Pilah. Pada tahun 1938 Kesatuan Melayu Muda lahir dari Kampong Baru Kuala Lumpur. Semenjak itu kelahiran dua parti politik ini – Tanah Melayu hingga ke Malaysia hari ini – terus bergolak. (TT)


BANGUN MELAWAN
NOTA
tulisan ini
telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN



-----------

4 ulasan:

  1. Patutla pembaca suara keadilan semua banggang2.

    BalasPadam
  2. Bro, "Manakala di Perak ditabalkan 'barua' yang setia"

    barua mana? anak sapa? mohon pencerahan :)

    BalasPadam
  3. zmn british hanya cina dan india shj dibawa masuk. zmn umno hampir seluruh bangsa didunia ni dimasukkan. sebut shj - afrika ada, india ada, bangla, paki, Myanmar, indon, cina dll. kire umno lg terer dr british.

    BalasPadam
  4. "Tanpa Nama berkata...
    Patutla pembaca suara keadilan semua banggang2.

    11 Jun 2014 8:40 PTG"

    Eja bangang pun tak reti, bangang!!!

    BalasPadam