DEDAHKAN KANDUNGAN PERJANJIAN KONSESI UiTM AGAR RAKYAT BOLEH FAHAM
Saya rasa agak terusik dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri bahawa saya tidak faham mengenai konsep penswastaan atau “private finance initiatives” yang menurut beliau banyak mendatangkan kebaikan kepada UiTM. Malah, beliau memaklumkan bahawa kabinet telah menugaskan Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi penerangan mengenai konsep PFI ini.
Saya rasa Tan Sri Muhyiddin dan keseluruhan kabinet tidak faham dengan kritikan dan isu yang saya bawa. Saya bukanlah menentang bulat-bulat kaedah PFI untuk membiayai projek kerajaan jika ia dibuat secara telus dan menguntungkan rakyat.
Saya mempertikaikan perkara-perkara berikut:
1. Kenapa penswastaan ini dibuat tanpa tender terbuka dan secara rundingan terus sehingga kesemua keenam-enam kampus UiTM diswastakan kepada syarikat milik pimpinan Umno yang kemudiannya melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek?
2. Kenapa sewa dan bayaran tahunan yang terpaksa ditanggung oleh UiTM ini sehingga 5 kali ganda lebih mahal dari kos membina sendiri UiTM ini?
3. Berapakah margin keuntungan yang diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?
Oleh yang demikian, untuk memastikan saya dan rakyat kebiasaan lain faham dan boleh menilai kewajaran Barisan Nasional menswastakan kampus UiTM melalui konsep PFI ini, saya menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM ini kepada umum.
Apabila perjanjian konsesi itu dapat diteliti oleh umum, barulah saya dan rakyat boleh memastikan bahawa tidak ada unsur keuntungan berlipat kali ganda yang diberikan kepada pemegang konsesi seperti mana yang berlaku dalam perjanjian-perjanjian konsesi yang lepas melibatkan penswastaan air dan lebuhraya.
Jika Tan Sri Muhyiddin tidak bersedia untuk mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila saya dan rakyat tidak akan faham kenapa Kerajaan Persekutuan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM, sedangkan ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu.
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
27 Jun 2014
----------
Rakyat prihatin hubaya pada si celaka...
BalasPadamAda nama kontraktor UMNO Celaka, Melayu sunni wal raswah.. maka bangunan Parlimen, sekolah, stadium, hospital, lebuh raya, jalan, menara, bilik kebal, kolam renang, dan apa saja telah digazet untuk runtuh...
akan datang Universiti juga bakal runtuh...Selamatkan anak bangsa daripada UMNO Celaka..
biasalah geng penyamun ni...bila tak tau nak expalin atau takut rakyat tau rompakan yg dilakukan, terus kata orang yg mengadu tak faham.... apa, depa ingat kita bahlol macam depa ka?
BalasPadamsri hartamas