Isnin, 30 Jun 2014

SELAMAT BERBUKA





HARI KEDUA
diluar panas
gwa dalam rumah
balkoni terbuka luas
kipas terpasang
hari ini gwa ada dateline
gwa sudah berperang
dari awal pagi
siri ke empat menulis
tentang bangsa bangsa

ezi dan jai
setia memerhati
mereka menunggu 
untuk turun merayau


hari ini gwa
mahu masak udang 
gulai lomak cili besar
tapi tak pedas
tak pakai kelapa
pakai susu
tak pakai cili padi
pakai lada besar

berbuka
ada murtabak
ada kueh gulung a.k.a ketayap

malam tadi di chow kit
beli lagi buah manggis
buah manggis
adalah buah terbaik
dari bumi melayu

SAHUR
malam tadi gwa sahur
di restoran tikus
puasa tahun lalu
  gwa selalu datang restoran ini

cissss... sudah merosot
masakan tanpa cinta
masakan tanpa kaseh sayang

untuk gwa restoran tikus
sudah jadi perang dunia ke dua
never again
YANG LAIN

gwa tak tahu
gwa belum masuk bazaar ramadan
tapi kalau panas macam ini
jamin gwa tak akan keluar

gwa dengar hari pertama
masih lembab
tak ramai peniaga
tak ramai pengunjungh
kita tunggu dan lihat
mak cik kakak adik
ada banyak duit tak

SELAMAT 

BERBUKA



------------

3 ulasan:

  1. mlm ni TT pergi shpping bundle kt bawah stesen monorel jln TAR,ada baju kegemaran TT kat situ

    BalasPadam
  2. Woiit...TT tk gi terawih kerrr....asyik citer pasal bebuka ngan sahur jerr

    BalasPadam
  3. pasal apa pakai susu? Ko anti kelapa ke malas nak gi kedai? Santan tu jauh lg baguz tt
    .

    BalasPadam