FACE BOOK
Pyanhabib Rahman shared a link.
APABILA abang yang perkasa mahu pancung leher sesiapa yang perkotak-katik agama dan memperlekeh sultan, gua teringat satu pakcik, lama dahulu ada bilang hukum hudud akan bikin orang yang mencuri kena potong tangan dan akan banyak orang yang akan kudung tangan, otak gua yang jahat pun terbayang akan banyaklah orang yang perkotak-katikkan agama dan memperlekehkan sultan akan kudung kepala dipancung abang yang perkasa. Gua yang jahiliah ini cuma mahu bertanya: Mana yang sewajibnya kita laksanakan iaitu mendidik si jahat, si bahlol, si bangang dengan ajaran yang tuhan Allah perturunkan atau tidak fasal-fasal anut ajaran abang yang perkasa, pancung putus kepala manusia sampai mampos?
BAIK PUNYA BARANG
--------
Ya bahana ka tuh
BalasPadam