Jumaat, 13 Jun 2014

UNIVERSITI DODOL





UNIVERSIT DODOL


PENSWASTAAN UITM MELALUI SISTEM KONSESI MENGUNTUNGKAN KRONI DAN MERUGIKAN RAKYAT

Salah satu belanja besar yang dimasukkan di dalam Belanjawan Tambahan kali ini ialah bayaran sewa tahunan kepada pemegang konsesi bagi enam kampus cawangan UiTM di seluruh negara. Pada tahun 2014, pemegang-pemegang konsesi ini akan menerima bayaran sewa sebanyak RM234 juta seperti yang dipohon di dalam Belanjawan Tambahan yang sedang dibahaskan.

Saya telah membidas kaedah pembiayaan melalui sistem konsesi untuk membina kampus-kampus cawangan UiTM dalam sesi-sesi perbahasan yang lepas. Dalam jawapan Parlimen sebelum ini yang bertarikh 10 April 2014, Perdana Menteri mengakui bahawa:

1.      Di antara tahun 2009 hingga 7 Mac 2014, 6 syarikat telah dilantik sebagai pemegang konsesi untuk membina 6 kampus cawangan UiTM di Pasir Gudang (Johor), Jasi (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).

2.      Kos untuk membina setiap kampus ini hanyalah di antara RM280 juta ke RM315 juta.

3.      Walau bagaimana pun,  kerajaan telah menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun dan bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap satu.

Ini bermakna, Kerajaan Persekutuan selepas ini terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun (mengambil sewa tahunan purata setiap kampus sebanyak RM62.5 juta untuk 6 kampus cawangan) selama 23 tahun.

Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada 6 syarikat terbabit selama 23 tahun adalah RM8.6 bilion yang akan ditanggung oleh rakyat.

Sedangkan kos untuk membina 6 kampus cawangan ini dianggarkan hanyalah sebanyak RM1.8 bilion sahaja (mengambil kos purata iaitu RM298 juta setiap kampus untuk 6 kampus cawangan) sekiranya Kerajaan Persekutuan membinanya tanpa diswastakan kepada syarikat-syarikat melalui sistem konsesi.

Ini bermakna, sistem konsesi yang sedang rancak digunakan oleh Barisan Nasional untuk membina kampus-kampus UiTM adalah penerusan kepada sistem penswastaan yang memberi keuntungan besar kepada syarikat kroni dan menjadi bebanan besar kepada rakyat. Dalam kes 6 kampus cawangan ini, rakyat terpaksa menanggung bebaban kos sebanyak hampir 5 kali ganda lebih mahal (iaitu kos pembinaan kampus hanyalah RM1.8 bilion tetapi rakyat terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM8.6 bilion kepada syarikat konsesi).

Saya juga khuatir kerana bayaran sewa tahunan kepada syarikat konsesi ini bakal menjadi salah satu perbelanjaan terbesar yang bakal ditanggung oleh pengurusan UiTM. Contohnya, bagi tahun 2014, bayaran sewa konsesi sebanyak RM234 juta adalah 11% dari keseluruhan peruntukan kepada UiTM tahun ini iaitu sebanyak RM2.15 bilion.

Bermula Isnin depan, saya akan perincikan siapakah sebenarnya yang memiliki syarikat-syarikat konsesi yang menerima konsesi penswastaan 6 kampus UiTM ini. Mereka adalah pemimpin-pemimpin Umno sendiri atau kroni terkenal mereka yang rapat atau memegang jawatan di dalam Umno.

Barulah rakyat dapat memahami bahawa Umno tidaklah membela UiTM seperti yang selalu dilaungkan, malah sekarang Umno menggunakan UiTM dengan cara membebankan UiTM dengan bayaran konsesi untuk mengkayakan pimpinan-pimpinan Umno dan kroni mereka.

  
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

12 Jun 2014


----------

3 ulasan:

  1. atas nama nak tolong melayu, umnoputera kaya raya.

    BalasPadam
  2. Ini dinamakan MELAYU HAPRAK..wahai anak2 muda..jangan jadi melayu haprak..nak jadi melayu cool bangun dan lawan melayu haprak iaitu umno/bn celaka..hahahaha!!!

    BalasPadam
  3. rafizi, kau tu budak kecik hingus meleleh tak reti apa tapi nak belagak hebat. kau tak tau, kalau takde hang tuah, melayu hilang di dunia. kau tak tau, kalau takde uitm, dodol hilang di melayu. kat kampung kawan aku di rembau, dia kata kalau takdo dodol, takdo raya. haa, ni 2 minggu je lagi nak puasa, kau nak order kuih raya 10 balang dgn aku rafizi?

    BalasPadam