Khamis, 3 Julai 2014

BETUL KE TAK TAHU




KOMENTAR
biasanya kempen bermula
jika ada ketua polis baru
tangkapan dilakukan
untuk memberi laluan
kepada tukang pau yang baru

atau kalau ada menteri kdn baru
atau ada dua pegawai polis
berebuat kawasan yang sama

atau dekat dengan
perhimpunan agong
parti ketuanan  melayu

kempen yang ini
tak tahu apa sebabnya
apakah nak tibai najib
atau nak tibai zahid hamidi




Di mana penguat kuasa?

KUALA LUMPUR 2 Julai - Walaupun pendedahan sudah dibuat sejak Ahad lalu mengenai ancaman mesin judi haram dan disusuli pula dengan komitmen pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu pihak berkuasa namun setakat ini belum ada kesungguhan pihak berkenaan untuk membanteras kegiatan itu habis-habisan.

Sikap agensi penguat kuasa yang 'bertindak seperti biasa' sekaligus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya apakah benar wujudnya amalan rasuah dalam kalangan anggota pasukan tersebut.
Ini memandangkan tinjauan Utusan Malaysia di beberapa negeri mendapati, premis kegiatan haram itu terus beroperasi seperti biasa walaupun memberi ancaman sosial yang serius kepada masyarakat setempat.

Di Sungai Besi, sebuah premis mesin judi haram menjadi tumpuan anggota tentara yang bertugas di kem berdekatan.


KAH KAH KAH
mustahil
selama ini polis tak tahu
mustahil selama ini
menteri tak tahu
seluruh malaysia tahu
kenapa pihak polis tak tahu

atau sengaja buat buat
tidak tahu

KAH KAH KAH




---------

2 ulasan:

  1. woit tt
    jangan lah kacau periuk nasi
    masa ramadhan nie kena kumpul duit
    balik raya pakai banyak duit
    kena bayar tol nie
    isi minyak makan minum
    nak beli baju
    nak beli seluar
    hang tak apalah bujang lapok
    kami ada keluarga
    banyak tanggungan
    bagi chance lah
    lepas raya kita tangkap lah
    ini lah melayu
    suka rosak bangsa sendiri
    ikut cara madey
    kah kah kah

    BalasPadam
  2. Deretan Rumah Kedai (Shoplot) berdekatan 99 Speedmart Taman Pinggiran USJ (sebelah Kolej Vokasional Batu Tiga Shah Alam) kedapatan banyak kedai JUDI CYBER yang bertopengkan perniagaan CYBER CAFE..Pihak POLIS, MPSJ bertindaklah segera terhadap kegiatan jenayah ini..



    BalasPadam