KITA BERHIMPUN
DI DATARAN MERDEKA
MALAM 30 OGOS
KIBARKAN SANG SAKA
APA ITU BANGSA
Selama
tiga kali yang lalu saya telah menulis tentang isu yang sama. Saya
menulis tentang bangsa - tentang hubungan bangsa-bangsa dan juga
tentang sikap perkauman. Ini termasuk sikap benci membenci antara
kaum dan bangsa.
Tulisan
saya dalam konteks Malaysia. Latar tulisan saya ini ialah apa yang
sedang berlaku di Malaysia hari ini. Tulisan ini adalah gambaran
lanskap hubungan bangsa-bangsa di Malaysia.
Harus
diakui hari ini, dari pengamatan saya, masih ramai Orang Melayu
tidak mahu menerima Orang China dan Orang India sebagai warga negara.
Masih ada – secara sedar - Orang Melayu menganggap Orang China
dan Orang India sebagai kaum imigran. Orang China dan Orang India
dianggap kaum pedatang. Malah dari hujah kaum pendatang kini satu
pandangan baru telah muncul. Kini Orang China dianggap Penceroboh ke
Tanah Melayu – perosak tamadun Melayu.
Pandangan-pandangan
ini bukan satu pandangan baru yang hanya muncul dari mulut Isma atau
Perkasa. Parti politik United Malays National Organisation, secara
terbuka tidak bercakap saperti Isma atau Perkasa. Tetapi dalam
kumpulan tetutup, dalam mesyuarat sesama ahli parti sendiri - para
pemimpin parti ini tidak segan-segan mempropagandakan bahawa China
atau India adalah kaum pendatang yang membawa masalah dam mudarat
kepada Orang Melayu.
Malah
para menteri dari United Malays National Organisation secara tertutup
akan mempertikaikan peranan Cina dalam MCA atau India dalam MIC.
Para penyokong dan pemikir Parti ini juga mempertikaikan apakah
manafaatnya MCA dan MIC bersama dalam Barisan Nasional.
Dari
segi sejarah United Malays National Organisation ini telah ditaja, di
pupuk dan didukong oleh British – untuk menggantikan kuasa
pentabiran kolonial British. Parti barua budak suruhan British ini
melaungkan Hidup Melayu sebagai slogan ketika anak semua bangsa
mengangkat senjata melawan British. Malah hingga ke hari ini Parti
tajaan British ini masih lagi berpaksi dan melaungkan slogan
Ketuanan Melayu.
Ini
tidak pula bermakna PKR atau PAS lebih cerah pandangan. Terdapat juga
ahli PAS atau ahi PKR jika dicarik kulit jingganya akan terserlah
resapan kesasauan Ketuanan Melayu. Ini bukan dongeng. Ini fakta.
Ucapan-ucapan pekauman ini terhambur dimulut pemimpin atau ahli
PKR/PAS kerana perasaan itu sentiasa berkubang dalam otak mereka.
Pada
hemat saya – sikap Kecinaan juga wujud dalam Parti DAP, MCA dan
parti Cina yang lain. Ini jelas muncul melalui beberapa dasar induk
parti DAP dan MCA. Manakala MIC pada hemat saya, kerana mereka
terlalu kecil bilangan dan tidak memiliki keupayaan ekonomi saperti
MCA maka suara Kekelingan mereka tidak banyak kedengaran.
Semua
yang saya nyatakan diatas ini bertujuan untuk menyokong hujah saya
bahawa Malaysia telah gagal sebagai sebuah negara bangsa. Masalah
kaum dan bangsa masih belum selesai. Pembangunan nasion masih
tergendala. Cita-cita untuk mendirikan negara bangsa masih jauh
patin dari tempoyak.
Dalam
tulisan ini saya ingin membuka wacana tentang Yang Lain/The Other.
Rasa saya ini amat penting untuk kita memahami apa yang sedang
belaku. Saya rasa ramai tidak bagitu jelas apakah maknanya teori Yang
Lain/The Other.
Teori
Yang Lain ini mucul salepas datangnya penjajah. Teori ini sering
diguna pakai oleh akademia di Asia, Afrika dan Amerika Latin dalam
penganalisan mereka terhadap masing-masing negara. Teori Yang Lain
ialah pengalaman anak tanah jajahan pasca kolonial.
Dalam konteks Tanah Melayu – yang lain ini muncul satelah Orang Melayu di Bumi Melayu bertemu dengan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini bukan bermakna sebelum Mat Saleh dan Jepun ini datang tidak ada Yang Lain. Ada Banjar, ada Jambi, ada Minang, ada Melayu Kedah, ada Melayu Riau dan dan dan. Tetapi ini tidak dianggap Yang Lain kerana Yang Lain ini dikaitkan dengan kuasa tentera dan kuasa ekonomi.
Kesampaian
Portugis atau Inggeris atau Jepun ke Tanah Melayu menimbulkan
kesedaran Siapa Aku. Menimbulkan kesedaran bahawa Melayu dan Orang
Puteh adalah dua makhlok yang berbeza-beza. Perbezaan ini bukan sama
saperti perbezaan antara Melayu dengan Jambi atau Melayu dengan
Jawa. Lebih dari itu. Perbezaan antara Melayu dengan Penjajah disalut
dengan kuasa.
Justeru
dari sinilah lahirnya jati diri. Dari Yang Lain inilah lahirnya
kesedaran KeMelayuan. Kuasa penjajah yang tidak peduli dengan budaya
tempatan membakulkan sesiapa sahaja yang mereka temui sebagai Anak
Tanah Jajahan. Anak tanah jajahan ada yang dijadikan hamba abdi, ada
yang dijadikan kuli, ada yang dijadikan gundek dan ada juga yang
dijual sebagai barang dagangan.
Kaum
penjajah dari Negara Atas Angin ini datang kerana ingin menjarah
kekayaan Tanah Melayu. Mereka mahukan emas, bijeh timah, kayu kayan
dan rempah rampai. Penjarahan dan perampokan Portugis, Belanda,
Inggeris dan Jepun ini telah dirasakan bersama oleh Orang Melayu.
Penjajah tidak mengira siapa kamu. Justeru dari penindasan penjajah
ini telah menimbulkan kesedaran NASIONAL
Pengalaman
– nasional- sademikian bukan hanya dirasakan di Tanah Melayu,
malah di India, Arab, Afrika dan di AmerikaLatin – apabila
anak-anak tempatan – warga asal bertembung dan bertemu dengan kuasa
penjajah maka lahirlah semangat kekitaan. Semangat kekitaan inilah
yang akhirnya menjadi SEMANGAT NASIONALISMA.
Justeru
kita boleh rumuskan bahawa Semangat Nasionalisma ini adalah perasaan
kekitaan hasil dari pengalaman bersama kerana dibuli, diinjak-injak,
dihina, dibunuh dan diburu oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan
Jepun. Perasaan benci kepada penjajah – benci kepada Yang Lain -
inilah yang menjadi asas mendirikan negara bangsa atau nation state.
Mendirikan
negara bangsa ini juga wajib memiliki hukum dan syarat-syarat.
Sebelum lahirnya sebuah negara bangsa wajib wujud dahulu nasion atau
bangsa yang akan menjadi warga negara terlebih dahuku.
Apa
itu nasion atau bangsa? Bangsa ialah satu kelompok manusia yang
berkongsi hidup dalam satu wilayah yang jelas. Satu kelompok manusia
yang berkongsi bahasa, budaya dan cara hidup yang sama. Paling
penting juga kelompok manusia ini bersama-sama dalam satu kancah
perkongsian pengalaman dan sejarah. Tidak cukup dengan ini - kelompok
manusia ini juga wajib berkongsi mimpi, harapan dan cita-cita yang
sama.
Apakah
syarat nasion/bangsa ini telah wujud di Tanah Melayu? Jawabnya IA dan
TIDAK. Malah pada hemat saya lebih banyak Tidak dari Ia.
Dari
fakta sejarah kita telah memahami bagaimana Melaka jatuh ke tangan
Portugis. Kemudian diambil pula oleh Belanda. Kita membaca bagaimana
Dutch East India Company menjarah harta kekayaan Tanah Melayu.
Kemudian kita melihat bagaimana British East India Company membawa
masuk kuli dari India dan kuli dari China. Kemasukan China dan India
ini melahirkan satu lanskap baru dalam polity Tanah Melayu.
Di
zaman Portugis danh Belanda kita membaca bagaimana pahlawan Melayu
telah bangun melawan Portugis dan Belanda. Mereka mengangkat senjata
menghalau THE OTHER. Kita mengingati Tun Fatimah sebagai contoh
keperiwaan melawan Yang Lain. Kita juga kagum dengan Tok Janggut,
Datuk Bahaman dan Mat Kilau yang enggan tunduk dibawah kuasa British.
Kita juga kenal dan bangga dengan Maharaja Lela yang membunuh Residen
British – wakil Baginda Queen dalam Sungai Perak
Semua
ini berlaku sebelum kesampaian satu lagi kumpulan THE OTHER - YANG
LAIN – Yang Lain yang saya maksudkan ini ialah Orang China dan
Orang India yang akan dibawa masuk ke Tanah Melayu.
Dari sinilah berlakunya ketempangan projek mendirikan nasion atau bangsa. Sebelum sampainya China dan India ke Tanah Melayu – Nasion Melayu telah wujud tuntas. Mereka telah wujud dalam satu kancah. Mereka telah merasakan bagaimana mereka ditindas, dibuli, diinjak, digempur, diburu dan dibunuh oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Sebelum datangnya 'pendatang asing' – China dan India - Manusia Melayu telah mendirikan tamadun, telah mendirikan budaya bangsa dan telah mendirikan Empire Melaka. Manusia Melayu telah sama-sama rebah bangun dalam satu cita-cita dan mimpi.
Dari sinilah berlakunya ketempangan projek mendirikan nasion atau bangsa. Sebelum sampainya China dan India ke Tanah Melayu – Nasion Melayu telah wujud tuntas. Mereka telah wujud dalam satu kancah. Mereka telah merasakan bagaimana mereka ditindas, dibuli, diinjak, digempur, diburu dan dibunuh oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Sebelum datangnya 'pendatang asing' – China dan India - Manusia Melayu telah mendirikan tamadun, telah mendirikan budaya bangsa dan telah mendirikan Empire Melaka. Manusia Melayu telah sama-sama rebah bangun dalam satu cita-cita dan mimpi.
Pengalaman
ini tidak ada dalam hari sanubari masyrakat Cina atau India yang
datang kemudian. Mereka mungkin terbaca, mungkin membaca sejarah –
lalu bertemu dengan nama saperti Tun Fatimah, Tok Janggut atau Datuk
Bahaman. Untuk jenerasi Yang Lain yang baru datang ini Maharaja
Lela mungkin hanya nama stesen monorail. Hang Jebat mungkin hanya
nama stesen LRT – tidak lebih dari itu.
Walhal
untuk manusia Melayu di Tanah Melayu nama-nama stesen LRT ini
mengembalikan mereka kepada sejarah asal usul mereka. Nama-nama ini
membuka naratif yang maha luas tentang apa ertinya Melayu dan apa
ertinya semangat Melayu. Dari nama-nama inilah lahirnya naratif
kesedaran Aku Ini Siapa?
Corpus
tamadun Melayu – Hikayat Hang Tuah, Salalatul Salatin, Hikayat
Merong Mahawanga – mungkin nama-nama yang pernah didengari oleh
jenerasi yang dibawa oleh British ini. Tetapi mereka tidak
menghayati tanda dan makna dari nama-nama ini.
Hakikatnya
ratusan tahun sebelum China dan India dibawa oleh British ke Tanah
Melayu – Orang Melayu telah memiliki kesedaran bangsa. Mereka telah
dikumpulkan dalam satu nasion. Mereka telah berkongsi wilayah,
bahasa, budaya – mereka telah mengenali diri mereka sebagai Melayu.
Apakah
yang saya tulis ini hanya kata-kata kosong? Apakah yang saya tulis
ini hanyalah teori kosong. Saya akan mempertahan hujah dan pandangan
saya ini dengan Perlembagaan Rakyat tahun 1946. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADILAN
--------
SELOKA CAK KUN CAK
BalasPadamM.Nasir & SM Salim
Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa
Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang
Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
Kekayaan hendak diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang
Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur
La..la...la..la...
Korus:
Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih
Jadikah bersih, hatipun bersih
Dialah khazanah pintu terpilih
a.a.aa...aa
Awak yang payang membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung
"PEMIMPIN ADIL PEMIMPIN DIHORMATI PEMIMPIN JAHIL PEMIMPIN DISANGGAH "
BalasPadamJENAT MELAKA
Cerita kau ni tt pusing2 itu jugak diulang2. Tak meyumbang apa pun kau ni.
BalasPadamDia begini guru...sebagai seorang kadazan yang fanatik..saya mempercayai logic....sebagai seorang kadazan yang rasisi...saya menghormati TAHAP....tahap apa....tahap dimana saya harus termenung dan menerima....secara logic dan rendah hati..kadazan fanatik ini mempercayai dan mengikhalsi bahawa sampai KIAMAT.... MELAYU harus dan tetap menjadi pemimpin pertama dimalaysia ini...itu tiada kompromi...saya sanggup bergadai nyawa kerana prinsip ini.....yang saya impikan hanyalah....pemimpin yang cerdik...tiada skandal dan yang tak takut bini.....itu saja...kalau itu amat besar dan susah untuk dijadikan kenyataan.....saya sebagai kadazan konsvertif tidak akan berubah seinci pun prinsip ini...tapi tolong lah najib...berhentilah...umno.....bubarlah...bagi peluang pada MELAYU yang berkarisma.....brezzelah brezzelahh.......
BalasPadam