APA
ITU DEEP STATE-
DAULAH TERPENDAM
PAGOH
4 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peristiwa rusuhan kaum
yang pernah tercetus pada 13 Mei 1969 boleh berulang jika perpecahan
dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan
negara terus dipersoalkan.
- dipungut
dari Utusan Malaysia 4 Julai 2014
Deep
State - terjemahan mudahnya ialah Daulah Terpendam. Apa sebenarnya
Daulah Terpendam ini. Dan apa pula yang dapat kita semua fahami
tentang maknanya Daulah Terpendam. Dari mana asalnya? Dan apa
perananya?
Perkataan
Deep State/Daulah Terpendam ini mula rancak bermain dalam media pada
awal tahun 2011. Ini ketika berlakunya Tamarod di Mesir – ketika
anak-anak muda Mesir sedang menggerak warga Mesir untuk turun ke
jalan raya. Ketika anak muda sedang bertempur dengan polis di Cairo
untuk menumbangkan kerajaan Husni Mubarak. Media dan ajensi media
Barat mula menulis tentang wujudnya Deep State di Mesir.
Tetapi
Daulah Terpendam atau Deep State ini bukan satu yang baru. Sebelum
kita merungkai apa itu Daulah Terpendam biar saya jelaskan apa itu
DAULAH. Daulah dalam bahasa Inggeris ialah STATE – tapi bukan
negeri atau negara. Daulah ialah pemusatan kuasa atau kuasa yang
dimiliki oleh satu sosok atau satu kumpulan.
Pada satu ketika dahulu sosok yang dipanggil Raja memiliki Daulah. Raja itu Daulah dan Daulah itu Raja. Justeru kita melaungkan 'Daulat Tuanku'. Daulat itu ialah kuasa yang dimiliki. Raja berdaulat atau Negara berdaulat memberi makna ada kuasa dibelakang raja dan negara.
Pada satu ketika dahulu sosok yang dipanggil Raja memiliki Daulah. Raja itu Daulah dan Daulah itu Raja. Justeru kita melaungkan 'Daulat Tuanku'. Daulat itu ialah kuasa yang dimiliki. Raja berdaulat atau Negara berdaulat memberi makna ada kuasa dibelakang raja dan negara.
Dalam
konteks politik moden – kuasa dimiliki oleh satu kumpulan i.e
parti politik yang berkuasa. Parti politik yang bekuasa ini memiliki
struktur pembahagian kuasa. Dalam Malaysia parti politik yang
berkuasa ialah United Malays National Organisation. Puncak kuasa
terjatuh pada tangan Perdana Menteri.
Kuasa
yang ada pada parti Gerombolan Ketuanan Melayu ini akan dilihat
lompong – tidak berkuasa - jika tidak ada jentera untuk menunjukkan
dan membuktikan kuasa tersebut wujud. Justeru – polis, askar,
mahkamah - adalah jentera atau alat daulah untuk membuktikan kuasa
itu wujud.
Dalam
konteks Malaysia – Najib sebagai Perdana Menteri akan mengarahkan
Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi untuk mengarahkan polis untuk
menangkap Anwar Ibrahim. Polis hanya jentera daulah.
Najib
juga boleh dan telah mengarahkan mahkamah untuk membebaskan kawanya
Razak Baginda dari didakwa dimahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya.
Mahkamah hanyalah jentera untuk kuasa.
Najib
boleh dan telah mengarahkan Pengerusi SPR untuk merancang cara dan
taktik undi tipu untuk memastikan United Malays National
Organisation menang dalam PRU13 dan terus berkuasa.
Tiga
contoh diatas adalah bukti tentang kuasa daulah dan apa itu jentera
daulah. Ini bukan bermakna Najib angkat talipon dan memanggil Ghani
Patail '.... bebaskan Razak Baginda... dia kawan aku...' Cara kuasa
daulah bergerak ada seninya. Cara kuasa bergerak halus dan terancang.
Satelah
memahamai apa itu Daulah dan apa itu jentera daulah maka apa pula
Daulah Terpendam?
Daulah
Terpendam ini ialah satu lagi kuasa yang lebih berkuasa dari KUASA
DAULAH. Apakah ini bermkana ada lagi yang lebih berkuasa dari kuasa
Perdana Menteri Najib? Jawabnya betul – memang wujud kuasa ini.
Ertinya ada yang lebih berkuasa dari Perdana Menteri. Kuasa tertinggi
inilah yang dikenali sebagai Deep State atau Daulah Terpendam.
Untuk
memahami apa sebenarnya Daulah Terpendam saya akan membawa pembaca
melihat bagaimana Daulah Terpendam ini bergerak melalui babak-babak
sejarah.
Ketika
Perang Dunia berjalan CIA telah merasakan bahawa parti nasionalis
kiri dan parti komunis akan berkuasa satelah kalahnya Hitler. Ini
kerana peranan penting yang dimainkan oleh parti-parti komunis di
Itali, Sepanyol, Peranchis, German – ketika melawan Hitler. Tidak
dapat tidak diera pasca Perang Dunia Kedua - parti parti komunis
yang tersusun dan teruji dalam kancah perang akan menjadi amat
popular. Parti-parti komunis ini pasti akan mendapat sokongan rakyat.
Justeru
CIA telah merancang dan menubuhkan kumpulan-kumpulan rahsia
di-negara-negara Eropah ini. Kumpulan rahsia ini wujud di Itali,
Sepanyol, Peranchis, dan di Belgium. Hari ini satelah tamatnya Perang
Dingin - sejarah telah merakamkan bahawa kumpulan-kumpulan ini
adalah satu projek yang dinamakan GLADIO.
Peranan
Gladio ini ialah untuk memastikan gulungan kiri dan parti komunis
tidak dapat bekuasa di Itali, Sepanyol, Peranchis atau Belgium.
Gladio ini ialah Daulah Terpendam. Siapa ahli-ahli Gladio? Hingga ke
hari ini TIDAK diketahui.
Bagaimana
Gladio sebagai Daulah Terpendam bergerak?
Pada
tahun-tahun awal 70'an ada kemungkinan besar malah telah dirancang
dan diketahui umum bagaimana Parti Christian Demokrat (CD) Itali yang
berkuasa telah bersedia untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan
Parti Komunis Itali.
Tetiba
pada 16 March 1978 bekas Perdana Menteri dan pemimpin CD Aldo Moro
telah di culik oleh Red Brigades kumpulan 'extreme kiri'. Suasana
di Itali menjadi tegang. Bekas PM telah diculik. Negara gempar - 55
hari kemudian mayat Aldo Moro ditemui dihadapan balai polis di
Rom.Itali menjadi kacau bilau.
Pada
2 Ogos 1980 satu letupan bom telah berlaku di Stesen Besar keretapai
Bologna Itali. Seramai 85 telah tewas dan 200 cedera. Sekali lagi
Itali gempar. Kali ini 'tukang bom' telah dilakukan oleh kumpulan
Fascist extreme kanan Nuclei Armati Rivoluzionari.
Apakah
saheh Red Bridges kumpulan kiri dan Nuclei Armati kumpulan kanan –
bertanggung jawab? Hari ini sejarah telah membuktikan bahawa memang
betul organisasi ini wujud tetapi dibelakang mereka adalah DAULAH
TERPENDAM. Kedua-dua organisasi telah diresapi oleh Daulah Terpendam
dan berrjaya digunakan untuk menakut-nakutkan warga Itali.
Dari
segi kerja politiknya cukup senang. Takut-takut rakyat Itali dari
menyokong parti komunis. Takut-takut rakyat Itali dengan kumpulan
fascist. Maka rakyat Itali akan terus menyokong kerajaan yang sedia
ada. Kerajaan yang wujud adalah yang pro-Nato, kerajaan yang
membenarkan Amerika mendirikan pengkalan tentera di Itali. Ini
bermakna kerajaan yang pro kaum pemodal akan selamat.
Penculikan,
pembunuhan dan letupan bom ini memang TIDAK diketahui oleh
politikus. Tidak diketahui oleh media. Semua ini dijalankan secara
rahsia dan terancang. Siapa dibelakang Dualah Terpendam TIDAK
penting. Apa yang penting ialah daulah dan negara selamat.
Di
Amerika pembunuhan John F. Kaneddy dikatakan dirancang oleh DEEP
STATE. Kenapa Kennedy dibunuh? Kerana berniat hendak menghentikan
Perang Vietnam? Kerana melarang Israel membuat bom nuklear? Sebab
dibunuh TIDAK penting – yang penting Daulah dan Kuasa imperilais
Amerika terus berkembang.
Satelah
membaca dokumen Gladio, satelah membaca tulisan-tulisan terbaru
tentang Perang Dingin, satelah meneliti pembunuhan Kennedy – saya
berani merumuskan bahawa Mei 13 1969 adalah kerja DAULAH TERPENDAM di
Malaysia.
Betulkah
pendapat rumusan ini? Bagaimana saya boleh sampai ke rumusan ini?
Jawabnya cukup senang. Dalam PRU3 tahun 1969 parti United Malays
National Organisation telah kalah di Pulau Pinang, di Selangor dan di
Perak. Kuasa ditangan gerombolan Ketuanan Melayu ini terlucut. Maka
Daulah Terpendam telah datang untuk menyelamatkan United Malays
National Organisation dari terkubur.
Jika kurang percaya biar saya buktikan dengan satu kes yang pasti semua kita boleh ingat dan tak perlu ke Itali atau ke Amerika.
Jika kurang percaya biar saya buktikan dengan satu kes yang pasti semua kita boleh ingat dan tak perlu ke Itali atau ke Amerika.
Pada
tahun 2011 Najib yang ingin dilihat liberal dan terbuka telah
mengumumkan penghapusan Ordinan Darurat. Dalam masa yang sama Najib
juga telah mengumumkan ISA dan Akta Hasutan akan juga dihapuskan.
ISA
digunakan untuk memenjarakan tanpa bicara musuh-musuh politik
United Malays National Organisation. Manakala Ordinan Darurat ini
digunakan untuk samseng , penjenayah dan tokan dadah. Dua-dua
undang-undang menghalalkan tangkapan tanpa bicara. Dua-dua
undang-undang ini diwujudkan oleh Penjajah British untuk memastikan
kuasa mereka TIDAk dapat dilawan.
Ramai yang TIDAK bersetuju dengan langkah Najib ini. Dalam kes Ordinan Darurat ianya dilhat telah membawa mudarat ke atas negara. Ini kerana Ordinan ini telah membebaskan banyak samseng dan penjenayah. Suara-suara tidak bersetuju ini lantang tetapi Najib yang TIDAK berani membuat apa-apa keputudsan terus menikus.
Ramai yang TIDAK bersetuju dengan langkah Najib ini. Dalam kes Ordinan Darurat ianya dilhat telah membawa mudarat ke atas negara. Ini kerana Ordinan ini telah membebaskan banyak samseng dan penjenayah. Suara-suara tidak bersetuju ini lantang tetapi Najib yang TIDAK berani membuat apa-apa keputudsan terus menikus.
Akhirnya
Daulah Terpendam muncul. Dalam masa dua bulan rompakan bersenjata
telah meledak disana sini. Pembunuhan terjadi bersilang seli.
Apakah pembaca lupa laporan akhbar 20 Ogos 2013 seramai 5 orang
samseng India telah ditembak mati di Pulau Pinang. Apakah ini bukan
kerja Daulah Terpendam?
Saya
berani berkata demikian kerana tidak lama sesudah ini satu
undang-unadng baru diwujudkan. Undang-undang baru ini dikatakan
bertujuan untuk melawan kembali samseng dan penjenayah yang tidak
takut lagi kerana Ordinan Darurat telah dihapus.
Tup
tup saperti telah disusun semua samseng India akur dan senyap. Mereka
tidak menjenayah, tidak merompak dan tidak membunuh. Dari
pemerhatian saya yakin rompakan , tembak menembak dan pembunuhan ini
adalah perancangan Daulah Terpendam untuk mengolah persetujuan agar
rakyat menerima undang-undang baru ini.
Pada
ketika ini saya berpendapat memang telah ada perancangan licik untuk
menimbulkan apa yang dikatakan oleh Muhyiddin ' ....Mei 13
berulang...'. Timbalan Peradan Menteri yang kurang cerdik ini telah
gatal mulut. Pasti pembaca akan terus bertanya siapa-kah di belakang
DAULAH TERPENDAM di Malaysia ini? Pada hemat saya, kita tidak
berkeupayaan mengenali mereka. Pada ketika ini siapa mereka hanya
akan dapat kita ciumi dengan memahami politik harian yang sedang
berlaku. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melangan sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-----------
TT, tak kisahlah Daulah ke Daulat.Yang sebenarnya Malaysia bawah mat monggol dalam "DEEP SHIT", negara tong taik!
BalasPadamKah..Kah..Artikel melalut,pemikiran ala ala khomaini nampaknya.Bila berlaku di negara barat kita percaya,bila orang melayu buat semuanya Konspirasi..hehe
BalasPadamabdhakim,
BalasPadamkah...kah....kah....
pena tidak bermaya.....
kah...kah...kah....
Daulah terpendam saya kurang pasti, tapi lurah dendam saya tau la... Kah..kah..kah
BalasPadamOmg! This is something new to me. Thanks tt. Will dig out more info regarding deep state.
BalasPadamKiki Kamaruddin pun Daulah Terpendam..kahkahkah..
BalasPadamLembu india sgt kuat membajak sawah.(kerja)
BalasPadamSyg..aqal x ado.
Najib sgt suka membaca
syg malas berfikir.
Fikir2kan lah.
Keh keh keh.
TT time kedarah manggis n tgok gmbar rosmah jer otak beku.
Deep state. Siapa jack the ripper, ashkenazi dan rothschild?
BalasPadamhttp://m.youtube.com/watch?v=qHX49hLYQPs
https://m.youtube.com/watch?v=IDknrunR6ao