Khamis, 17 Julai 2014

DUIT DAN HARTA DI BELAKANG INI



KOMENTAR

jelas yang menghalang
perubahan selangor 
ialah hadi

telah sampai masanya
penyokong pakatan rakyat
kaum kerabat pas
penyokong dan aktivis pas
wajib bertanya
sudahkah ada kaji selidik
kenapa terengganu kalah

sudahkah dikumpul pengalaman
kenapa kedah lingkup

selama satu penggal di kedah
apa yang telah dicapai

hadi sedar dia tidak tahu
bahasa inggeris
hadi  sedar politik antara bangsa
bukan kubang dia selesa  berenang

hadi yang faseh berbahasa arab
memiliki keilmuan di bidang agama
seharuskan boleh memimpin politik islam
bukan hanya di malaysia 
tapi kancah antarabangsa
dan 
tidak bermain politik kampong pil kuda


justeru
hadi gagal untuk dilihat
sebagai pemimpin islam antarabangsa

maka
apa yang diperlihat oleh hadi
hari ini adalah kepimpinan sekterian
kepimpinan  kampongan 
yang tidak memahami realpolitik
dimana anak anak muda
sedang mengombak untuk
mengubah dunia

NOTA
jangan lupa
kepentingan duit
untuk din ayam
kah kah kah



Hadi penghalang utama Pakatan singkir 

Khalid?


Kenyataan Anwar Ibrahim semalam berhubung keperluan Langkah Kajang diteruskan dan harapan PKR untuk menyelesaikan krisis menteri besar Selangor sebelum Aidilfitri sukar direalisasikan kerana halangan utama Pakatan Rakyat (PR) sekarang adalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Ketua pembangkang itu tahu, tanpa sokongan Hadi, Abdul Khalid Ibrahim tidak akan berjaya disingkirkan walaupun PKR dan DAP bersetuju bekas pemimpin korporat itu kini menjadi beban kepada PR dan mungkin menyebabkan mereka kehilangan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Walaupun PAS Selangor juga sebulat suara mahu Khalid digantikan dengan pemimpin yang boleh bekerja secara berpasukan, mereka tidak akan berbuat apa-apa sekiranya Hadi tidak memberi restu.
Sejak dari mula lagi Hadi tidak bersetuju dengan Langkah Kajang yang pada awalnya mahu menjadikan Anwar sebagai menteri besar di negeri terkaya itu tetapi akhirnya gagal kerana terhalang dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Liwat II.
Seorang aktivis kanan PR memberitahu The Malaysian Insider, Hadi secara peribadi tidak suka Anwar kerana sejak zaman mudanya lagi, kedua-dua tokoh itu sering bersaing sebagai pemimpin Islam.
“Kalau Fadzil Noor masih menjadi presiden PAS, langkah politik Anwar akan menjadi lebih mudah kerana beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Anwar,” kata aktivis yang enggan dikenali itu, merujuk kepada bekas presiden PAS yang merapatkan hubungan parti Islam itu dengan Anwar selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 dan kemudian meninggal dunia pada 2002.
“Hadi cemburu dengan Anwar kerana Anwar lebih diiktiraf sebagai pemimpin Islam dari Malaysia oleh masyarakat antarabangsa kerana kefahaman dalam politik antarabangsa dan kemahiran berbahasa Inggeris.
“Sebab itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, beberapa pemimpin PAS bertemu Ku Li untuk tawar jawatan perdana menteri jika Pakatan menang,” katanya merujuk kepada pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Selain faktor peribadi dengan Anwar, antara sebab mengapa Hadi mahu Khalid terus kekal menjadi menteri besar adalah kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu menjaga kepentingannya di Selangor.

Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad diberikan jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), syarikat milik kerajaan negeri Selangor.
Selain itu, Khalid melantik Raja Idris Raja Kamarudin, abang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin sebagai pengerusi kepada beberapa anak syarikat negeri seperti KPSB, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Central Spectrum (M) Sdn Bhd sebuah syarikat yang menguruskan industri hartanah dan halal di Selangor serta Ceres Telecom Sdn Bhd, anak syarikat kepada KPSB.
Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak presiden PAS itu menjadi menteri besar Terengganu pada 1999-2004.
Hadi pada ketika itu melantik Raja Idris sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan ketua eksekutif kepada TDM Berhad, anak syarikat terbesar kerajaan negeri Terengganu.

KAH KAH KAH
i rest my case
my lord oppps..
nanti tak faham
... ini saje kes saya
yang arif... kah kah kah












--------

7 ulasan:

  1. sapa tulis artikel tu bro?

    BalasPadam
  2. Penulis dah tidor sebantal gan adi.itu pasal dia tau

    BalasPadam
  3. Sedap je hang menggoreng.
    Hakkkkk puiiiii la TT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan isham goreng , dia kan balaci anwar,tak payah risaulah, takkan nak percaya cakap orang fasik. Jenis suka main belakang mcm isham ni buat sembang bolehlah...dia ni buat laeak lucah bolehlah, lagipun tak kelakar pun, dia ingat inglish dia bagus sangat.. Bercakap gagap macam burung tekukur. Mintak tolonglah ya ' ustaz cool' nasihatkan si tua ni, suruh si tua ni jaga akhlak sikit, macam mana rakyat nak ikut kalau mulut busuk macam bangkai, entah mandi pagi belum, masa kat mckk dulu, situa ni culas mandi dan tak suka basuh baju.agaknya itu sebab tak kahwin! Susah2 sham kau angkat teresa kok jer lah...

      Padam
  4. Tt tolong fokus
    Musuh adalah umgok
    Spender koyak dlm kelambu jgn di bicarakan
    Cakap PADA BINI ko sahaja

    BalasPadam
  5. Aku rasa bukan fasal tak boleh cakap Inggeris. Masalahnya cara berpolitik orang ini yang tak berapa betul. Berbeza dengan Nik Aziz yang lebih berhikmah dan bijaksana

    BalasPadam
  6. Hati2 TT..dlm PAS, ada 3 org yg betul2 lu x boleh kritik.. kritik sikit manja saja, lu sudah jatuh kafir harbi.. Pertamanya Hadi ni. Keduanya Harun Din. Ketiganya Aruah Ust Azizan xMB. Lain2 xpa..lu boleh balun cukup2..

    Bagi PAS, kalah kerana ketiga2 mereka ini, xpa..biar rakyat kebuluran pun..x apa..asalkan Allah sayangkan kita hatta dpt makan tanah berulamkan rumput pun, x apa.. dijamin syurga la ko TT..

    Pada gua, Hadi ni bagus..tapi tak di pentas antarabangsa spt Nik Aziz. PAS x mampu dan tidak boleh singkirkan Hadi walaupun tahu partinya tak kan kemana pun dgn Hadi dan Harun Din yg sekadar lebai kampung dpt jampi2 tawar penyakit busung. Tiada anjakan yg exponential jika masih harapkan kedua2 ni dr segi politik. Kalo letak dlm badan dakwah, mmg gua respek giler 2 susuk ni.. Dr segi politik, gua ucapkan terima kasih sajalah. Abg Mat Bronson lebih jauh kedepan..Mahfuz pun jauh lebih baik.. apa boleh dibuat.. yg dlm PAS ni sumer org kampungan yg tiada daya fikrah politiknya.. takat pendapat mereka..rezeki Allah..mentaliti ulat dlm batu pun boleh hidup.. lu nak ubah apa lagi hah??? I rest my case your aner..

    BalasPadam