IKRAQ
BACALAH
bacalah berita ini
bacalah dengan teliti
fahami dan fahamilah
inilah sebenarnya berita
inilah sebenarnya segala induk berita
inilah sebenarnay politik
inilah sebenarnya ibu politik
di uk ada akhbar financial times
di amerika ada bloomberg
di malaysia ada the edge
inilah akhbar lapor berita benar
inilah akhbar bawa berita tepat
akhbar yang lain
the guardian
the times of london
the new york times
the new strait times
the star
berita harian
utusan malaysia
hanya melaporkan manifestasi
dari berita ekonomi
hanya melapor apa
yang sebenarnya berlalu
di belakang tirai
ekonomi ialah punca berita
manusia bergerka kerana ekonomi
politik ialah perebutan ekonomi
perebutan politik
aialh perebutan punca punca ekonomi
iraq di bom kerana minyak
tapi akhbar melaporkan nak bawa demokrasi
syria diserang kerana melawan israel
tapi akhbar katakan tak ada demokrasi
jelas
politik ialah perebutan
punca punca ekonomi
agama bahasa bangsa
semua ini hanyalah untuk
mengolah persetujuan
dalam usaha untuk mengepong
punac punca ekonomi
mak cik felda
pak cik warung
mat jual burger
pak haji kontrektor
datuk dan tan seri
pemilik lesen kelas A
cik gu dan ustaz dan tok guru
towkay kedai runcit dan tok peraih
mereka semua ini hanyalah statistik
yang digunakan untuk mengolah persetujuan
siapa memiliki punca punca ekonomi
dialah yang berkuasa
duit ialah kuasa
siapa ada duit dia ada kuasa
ada kuasa duit boleh beli kuasa politik
duit dari mana?
duit dari bank
macam mana bank buat duit
bank cetak duit
khalas period bass
Putrajaya berdepan kritikan berhubung cadangan penggabungan bank
Putrajaya kini berdepan kritikan terhadap cadangan penggabungan CIMB Bank, RHB Bank, dan Malaysian Building Society Bhd (MBSB) apabila kesatuan perbankan nasional, pemimpin Umno dan kerajaan Abu Dhabi membantah pembentukan bank terbesar negara itu.
The Malaysian Insider difahamkan, Abu Dhabi menghantar wakilnya ke Putrajaya untuk menyuarakan bantahan mereka berhubung penggabungan itu, dan berkata kuasa pasaran seharusnya ditentukan pada harga terbaik untuk saham RHB yang mereka miliki sebanyak 21.4%.
Sumber memberitahu, mesej dihantar Abu Dhabi kepada Putrajaya adalah mereka akan mempertimbangkan pelaburan berbilion ringgit untuk projek Rapid Petronas di Pengerang, Johor sekiranya penggabungan bank itu diteruskan tanpa mengambil kira kepentingan negara Timur Tengah itu.
Mereka berkata, Aabar Investment PJS, yang mempunyai saham dalam RHB tidak bersetuju dengan sebarang tawaran di bawah RM12 sesaham kerana ia merupakan kos keseluruhan ditanggung Aabar ketika memperolehi pegangan saham daripada Bank Komersial Abu Dhabi pada 2011.
Negara teluk itu turut tidak gembira dengan tempoh eksklusif 90 hari diberikan kepada CIMB Bank untuk berunding tentang penggabungan yang mana bakal membentuk bank mega dengan aset sejumlah RM613.7 billion, mengatasi bank utama di Malaysia, Maybank Bhd yang memiliki RM578 bilion.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) Tan Eng Hong juga menyuarakan rasa tidak puas hati dengan Bank Negara dan berkata pihaknya tidak dipanggil berunding untuk tujuan itu.
NUBE juga khuatir akan berlaku kehilangan pekerjaan terhadap pekerja kerana situasi itu sering berlaku dalam setiap penggabungan.
Secara politiknya, pemimpin Umno merungut kerana terpaksa berdepan pembangkang yang sering membantah nepotisme, menjelaskan, pemimpin tertinggi dalam CIMB merupakan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datuk Seri Nazir Razak.
Nazir turut menjadi individu penting dalam penggabungan CIMB sebelum ini dengan Southern Bank Bhd.
Bank berkenaan baru-baru ini mengumumkan Nazir akan dilantik sebagai pengerusi apabila penggantinya ditemui menjelang September.
Sesetengah pemimpin Umno bagaimanapun pelik kenapa Nazir dilantik untuk menguruskan aset negara, Khazanah Nasional Bhd, atau dibenar meneruskan penggabungan itu, dan berkata, tindakan itu tidak akan memberikan kesan buruk kepada imej Putrajaya sekiranya meminta Maybank bergabung dengan RHB dan MBSB.
Tidak jelas jika Najib sanggup menerima kritikan terhadap bantahan ini, dengan beliau bergantung daripada kebenaran Umno, Abu Dhabi yang merupakan pelabur utama dan juga kesatuan.
Pemindahan pegangan saham yang dilaksanakan Najib tiga tahun lalu antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia masih tidak menentu selepas 9 bulan berikutan bantahan daripada kesatuan sekerja MAS.
Lebih ironi lagi, perjanjian MAS-AirAsia itu dibrokerkan oleh sayap dagangan CIMB.
Cadangan penggabungan terbaru CIMB dengan RHB adalah pembaharuan daripada pelan asal pada 2011 yang dibatalkan. Maybank juga ingin membeli RHB namun rancangan itu tidak berlaku.
Penggabungan yang dilihat sebagai pembentukan bank Islam mega oleh pemerhati itu akan membentuk pasaran modal berjumlah RM88.4 bilion berdasarkan kadar pegangan dan keuntungan bersih RM7 bilion, melebihi Maybank yang berjumlah RM6.55 bilion.
Penganalisis berkata, kadar nilai saham RHB dan MBSB masing-masing pada RM11.80 dan 2.55, di bawah sedikit permintaan Aabar pada kadar RM12 untuk setiap pegangan mereka dalam RHB.
Antara pemilik saham utama bank itu adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF), pengurusan terbesar pencen negara, yang memiliki 14.5% saham dalam CIMB, 41.3% dalam RHB, menurut data yang dikumpul Bloomberg. Kumpulan itu turut memiliki sejumlah 65% saham dalam MBSB. – 16 Julai, 2014.
KAH
KAH KAH
mustahil
tak faham
dah 3 minggu
berpuasa
tak kan masih
bebal lagi
kah kah kah
-----------
aku tak mahu baca.
BalasPadampuasa 3 minggu konon,tapi seronok sebar fitnah sesama rakan sendiri,
banyak dosa tt,apatah lagi fitnah dilontarkan keatas individu yang baik hati seperti azmin ali.,,.
Betul kata anom. 12.55 TT meracau-racau, gambar azmin yang tiada kena mengena dengan balaci mat monggol juga yang timbul.Semua orang tahu azmin bebudak baik, tapi TT budak nakal.Kalu kau letak gambar najib kangkong kaki penipu lebih baik supaya semua penipu dalam umnongok sedar diri.kah..kah..kah..
BalasPadamkah kah kah, azmin dah hantar balaci utk serang TT!! kah kah kah masyukkkkkk
BalasPadam