Jumaat, 25 Julai 2014

KENYATAAN DAPUR JALANAN



KENYATAAN MEDIA DAPUR JALANAN KUALA LUMPUR 24 JULAI 2014: 

PEMASANGAN PALANG BESI DI BANGKU-BANGKU AWAM SEKITAR PUSAT 
BANDAR KUALA LUMPUR HADIAH HARI RAYA DARI DBKL BUAT WARGA 
MISKIN KOTA. 

Dapur Jalanan Kuala Lumpur mengutuk sekeras-kerasnya pemasangan palang besi di bangku-bangku  awam sekitar Kuala Lumpur oleh pihak DBKL. Kami menganggap ini tindakan kejam dan tidak bertimbang-rasa serta satu bentuk serangan baru pemerintah terhadap warga miskin kota. 

Seperti yang diketahui, organisasi-organisasi yang prihatin tentang warga miskin kota termasuk Dapur Jalanan Kuala Lumpur sedang dalam perbincangan dan perundingan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai isu warga miskin kota dan golongan tak berumah. Mesyuarat sudah diadakan dua kali serta masuk ke peringkat merangka penyelesaian. Pertemuan secara terus di antara pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan komuniti warga miskin kota sedang dirancang. 

Masalah timbul kerana tindakan DBKL itu membelakangi semangat perundingan dan perbincangan. Tindakan agresif memasang palang besi di bangku-bangku awam ini juga telah mensabotaj usaha semua pihak dalam mencari penyelesaian isu warga miskin kota dan golongan tak berumah. 

Dapur Jalanan Kuala Lumpur mengingatkan pihak pemerintah terutama sekali DBKL supaya 
menghormati semangat perundingan. Bagi menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan pihak 
pemerintah. Dapur Jalanan Kuala Lumpur sudah dari awal lagi menyeru kepada pemerintah untuk 
menghentikan segala operasi “pembersihan” dan penangkapan serta apa jua bentuk tindakan agresif 
kepada warga miskin kota. 


“MAKANAN ADALAH HAK ANAK SEMUA BANGSA” 

DAPUR JALANAN KUALA LUMPUR 
24 JULAI 2014 







------------

2 ulasan:

  1. Bro tt..daripada pasang besi kat bangku tu lebih baik la Dbkl pasang bangku mudah alih je.pasang kul 8 pagi pastu kul 5 petang simpan balik.hari sabtu dari kul 8 pagi hingga kul 1 tengahari.hari ahad langsung takyah pasang..baru la nampak malaysia negara maju..

    BalasPadam
  2. alangkah baiknya kalau dbkl memerangi habis habisan pusat pelacuran dan judi xberlesen , tapi apa nak buat warga miskin kota tidak boleh menyumbangkan apa apa pada k/tangan dbkl

    BalasPadam