Malaysians for Beng Hock, Pemuda KLSCAH & Pemuda NSCAH
Kenyataan Media Bersama
5hb Julai 2014
Membatalkan Perintah Melarang Umat Islam berpuasa di Xinjiang, China
Menurut liputan media antarabangsa , kerajaan China melarang umat Islam etnik Uighur di Xinjiang daripada menunaikan ibadat puasa pada tahun ini. Larangan tersebut dipercayai dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing.
Didapati beberapa agensi kerajaan China juga melarang kakitangan awam, guru dan pelajar muslim menunaikan puasa pada bulan ramadan. Misalnya, Jabatan kajicuaca di Qaraqash di barat Xinjiang menyebut larangan itu adalah "arahan pihak atasan" dan ia meminta "semua kakitangan dan bekas kakitangan tidak berpuasa dalam bulan Ramadan".
Lebih teruk lagi, menurut Kongres Uighur Sedunia, pihak kerajaan China memberi makanan percuma kepada penduduk Xinjiang untuk menggalakkan muslim tidak berpuasa. Pihak berkuasa tempatan akan membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa.
Kami berpendapat larangan telah mancabul kebebasan beragama etnik Uighur. Ini merupakan penindasan terhadap kumpulan agama minoriti di China dan kita membantah segala penindasan terhadap etnik dan kumpulan minoriti di dunia. Demi menjamin kebebasan beragama, kami menggesa kerajaan China menghapuskan printah tersebut dengan segera.
Malatmat Kerajaan China melarang puasa ialah untuk meghapuskan pengganas (terrorist) dan pegiat pemisah (separatist) di Xinjiang. Malangnya penindasan dan penyekatan kebebasan beragama tidak akan mendatangkan harmoni, bahkan mendorong perkembangan kegiatan pemisahan sebagai tindakan reaksi yang menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap diskriminasi dan ketidaksamarataan di Xinjiang.
Kami berasal dari negara bermasayrakat majmuk, memahami kepentingan saling hormat-menghormat antara kaum dan agama, ia merupakan pancasila keharmonian masyrakat. Kami menggesa kerajaan China menjamin hak asasi manusia etnik Uigur dan membatalkan perintah yang tidak munasabah tersebut.
.
Ng Yap Hwa, Penyelaras Malaysians for Beng Hock
Robert Lua, Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor
Koo Kai Soon, Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cin Negeri Sembilan
---------
Tak payah lah...
BalasPadamWe are disqualified to condemn negara Cina
Sebab sini main paksa orang berpuasa.
Tak puasa kena tangkap
Tak puasa kena angkut van keranda
Sakit otot pi rumah urut pon kena tangkap...