Penyingkiran Pengarah UMCEDEL Malapetaka Kepada Kebebasan Akademik
Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) melahirkan kekesalan berhubung dengan penyingkiran Profesor Dr Mohamad Redzuan sebagai Pengarah UMCEDEL dan tidak disambung sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Penyingkiran ini adalah atas arahan Kementerian Pendidikan.
MKM percaya penyingkiran ini berlaku kerana banyak hasil kajian UMCEDEL yang diketuai oleh Profesor Dr Mohamad Redzuan tidak menguntungkan kerajaan.
Ini merupakan satu malapetaka kepada kebebasan akademik. Bulan lalu, mahasiswa UMSKAL menjadi mangsa kini ahli akademik turut mengalami nasib yang sama. Prof Redzuan hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyelidik dalam melakukan kajian akademik.
Pihak kerajaan seharusnya bersikap terbuka dengan hasil kajian yang dilakukan biarpun tidak menguntungkan kerajaan sekalipun. Penyingkiran ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan ingin mengekang ahli akademik daripada melakukan kajian secara bebas dan berilmiah.
MKM ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Muhyiddin Yassin dan Idris Jusoh bahawa menyekat ahli akademik menjalankan kajian secara bebas akan menjatuhkan lagi prestasi pengajian tinggi Negara. Oleh itu, MKM mendesak agar ditubuhkan satu Select Committee untuk mengkaji usaha reformasi kebebasan akademik serta prestasi pengajian tinggi negara
Naqiuddin bin Nazrin
Mahasiswa Keadilan Malaysia
----------
TT tak nak komen diplomat nak entot free kat NZ ke?
BalasPadamDia boring tinggal lama di NZ tak banyak aktibiti social mcm di KL. Inila akibat berebut nak posting overseas.
BalasPadamPasni pi lantik prof kuat kipas kasi jahanam itu kerajaan
BalasPadam