REDUP
RENYAI
malam kelmarin
mendongak ke langit
nampak
anak bulan
dah besar
dah
macam tiga hari
lalu teringat
telok kemang
dimana anak bulan dilihat
dengan teropong
sekarang tak ada lagi
semua disusun
mengikut keperluan
hujung minggu
inilah buktinya
agama itu
disesuaikan dengan masa
dan zaman
awal pagi
langit biru
puteh cerah
bergumpal gumpal
petang redup renyai
guruh sayup didengar
dari sana
dari sini
jai dan ezi
beri tekanan
untuk keluar rumah
puasa hari ke tiga
santai dan mantai
SAHUR
kelmarin sahur
di kampong baru
tidak lagi melangan
restoran tikus
kini buka meja baru
belum cukup kerap mampir
untuk beri komentar
sahur nasi minyak
tanpa lauk
hanya sayur tougeh
bersama teh o kosong
ini sebahagian dari projek
lima kilo
kg baru tak ramai orang
masjid sejarah kg baru
telah dirobohkan
untuk ubah suai
abislah sejarah warisan
parti ketuanan melayu
obses dengan projek
obses dengan yang baru
HUJAN SAMPAI
hujan turun
mengiringi kesampaian
waktu berbuka
ini suasana sedih
kerana
inalah masa
inilah ketika
mak cik adik kakak
berjualan
kita yang puasa gumbira
dalam kesejukan
PANASKAN
orang peranchis kata
rien spesial
hari ini gwa tak ada spesial
tak ada yang baru
semua yang semalam
dipanaskan
untuk berbuka
SELAMAT BERBUKA
------------
Buah Manggih memang terbaik dari kepulauan Melayu!
BalasPadamTT kata nak kurangkan bobot pada bulan puasa. Memang Ramadhan memberi kesempatan kepada kita untuk hidup sihat. Masalahnya apakah kondisi sihat yang telah kita capai ini boleh kita optimalkan dan tetap dipertahankan setelah Ramadhan? Bukan untuk TT saja yang komited berpuasa pada bulan puasa ini tapi ditujukan kepada semua yang bercita-cita nak kurengkan kilo melalui puasa baik berpuasa secara ikhlas mahunpun berpuasa kerana mengikut tradisi.
BalasPadam