Khamis, 24 Julai 2014

SELAMAT BERBUKA





SELAMAT

 BERBUKA


setiap kali bulan puasa
sampai
aku teringat akan kamunting
teringat  dalam sel bersama tian chua
bila bulan puasa sampai
 tian nak puasa
tapi
kem komandan tak beri
lalu bertelagah
tian chia tak makan siang
akhirnya dapat berpuasa

MASIH INGAT LAGI
puasa tahun pertama
kami dibenarkan berbuka puasa sama

lalu 6 orag kami bertemu
ustaz badrul dengan lokman
ezam dengan pak abu
aku dengan tian
semua datang kumpul
dalam bilik
ezam dan pak abu

seronok
memang seronok
hadiah hari raya  yang
tidak akan aku lupakan

malam raya 
ditahun pertama kamunting
untuk pertama kalinya
kami 6 orang dibenarkan
duduk bermalam dalam satu blok
hanya untuk satu malam

hadiah hari raya  yang
tidak akan aku lupakan

pagi raya
kami ke masjid penjara
jumpa macam macam

orang baik dalam dunia ini
ada dimerata pelusuk
dalam penjara pun
ramai yang baik

UNCLE HO
ho chih minh kata
kalau nak tahu
erti musim bunga
wajib tahu musim dingin

aku kata
nak tahu nikmat kebebasan
kena tahu apa itu penjara

PETANG INI
nak tengok
bangsar utama
kalau sempat
nak lihat bazar ramadan
jam dah 6:30
ada lagi atau tidak

RAYA TAHUN INI
aku bukan dalam sekolah
tak perlu baju baru
tak perlu kasut baru
tak perlu apa pun yang baru

raya tahun ini
macam  20 kali
raya aku ketika berkelana
tapi kali ini
aku akan beraya dengan
lebai google
dan
siti youtube

SELAMAT

 BERBUKA





---------

7 ulasan:

  1. Ada satu penjara terbaik di dunia. Raja segala penjara. Sekali masuk, tak mahu keluar lagi..sudah menginjak 100 tahun. Namun masih utuh dijaga..penghuninya bebas meloloskan diri siang dan malam..ternyata pabila bebas, mereka dengan rela hati balik ke sel masing2 tanpa dipaksa..penjara paling padat di dunia.. hari rayanya ialah setiap hari..tak perlu tunggu lihat anak bulan.tak perlu tunggu mohor besar raja buat pengumuman, tak perlu freeloader approve bila nak raya..

    Erotiknya penjara ini saban tahun semakin kecil..dari saiz asalnya 22000km2...dikecilkan menjadi 400km2.. entah apa alasannya.. nabi khidir pun tak tahu.. ditambah penghuninya yg padat, saiznya kini hanya sebesar 70% langkawi.. yg berkepadatan 2 juta manusia yg bersalah.. kesalahan mereka kerana diciptakan sebagai manusia.. tuhan telah tersilap mendesign dikilangnya..sebagai tanda protes terhadap tuhan yg tersilap mendesign, penghuninya perlu dibereskan..

    Anehnya..penghuninya merayakan letupan bom dan bedilan missile saban hari tanpa rasa takut.. malah lebih bahagia dengan kematian dari meloloskan diri entah kemana hendak dituju..pun tak siapa dapat membantu.. malah orang luar cuma sebok berniaga dgn membuka akaun bank, dikutip wang drpd yg simpati, lalu dibawa anak bini melancong serata dunia..memang meriah hidup ini..jika kurus, tak cool.. mesti kene perut boyot.. ini baru Allah berkati..

    Indahnya hidup disini...oasis Dir al balah...datanglah ke penjara bahagia..

    BalasPadam
  2. Setiap kali raya...walau sebelum jumpa tt...youteber...gogol....prinsip aku satu...dulu kristian sekarang muslim tatap sama dan berpincin....kita raya...cina kaya...kita raya...pakistan kaya..kita raya bangla kaya....mana ada malaysian jahit baju sendiri..gunting rambut sendiri...servis kereta sendiri....semua bayar...bayar........dan bayar....bukan pelit atau jimat...cuma biar kapital itu mati disempadan benang dompet aku........kita raya kapital kaya.....adakah itu cerdik.....mcm di kota belud...dusun tindal tanam padi....alih alih beli beras kat pasaraya GUII....cina lagi...bukan rasis tapi menyampah....betullah kata ko sham...projek malaysian ini satu projek yang amat gagal...segagal hassan malik nak jadi cerdik.......kalau good busniesmen...satu projek yang gagal itu akan ada mangsa dan kambing hitam...hentikan projek dan pecat siapa yang punya idea itu......BODOH AMAT......

    BalasPadam
  3. Azmin tak join hang ka masa dalam kemunting??? Hahaha

    BalasPadam
  4. Tt cuba renong apa sumbangan lu pada negara ini..

    BalasPadam
  5. bab ni setuju dgn ko bhai
    org yg pernah susah dpt hargai kesenangan
    bila madey jadi pm
    dia kenal kesusahan rakyat
    sebab dia pernah susah
    makan duit utk diri keluarga tu mana mana pun ada
    tapi dia jadi pm yg hebat
    walau licik walau apa pun
    rakyat masih hargai madey
    tapi kelompok politikus skrg
    semua jenis tangan lembut
    tak pernah susah
    bibir pakai gincu
    semua kategori bangsawan freeloader
    mewah dgn kedudukan
    pasal tu mereka tak reti kesusahan rakyat
    mereka harap penasihat
    tapi penasihat ada agenda sendiri
    sekolah tinggi habuk pun tak ada
    kah kah kah

    kerajaan yg jauh dari.aspirasi rakyat
    akan tumbang satu hari nanti
    setiap hari main sandiwara
    untuk.sampai.penutup
    kah kah kah

    selamat hari raya tukar tiub dan.geng
    cuma nak bagi tau satu
    sekarang ni semua dah mula pakai tayar tubeless
    jadi.tiub tiub.nie akan pupus juga
    kah kah kah

    BalasPadam
  6. Klu nak tau apa sumbangan tt pada nagara..tunggu bila dia dah barada di alam ghaib nanti..orang yg berjasa biasanya bila dah takda baru nampak jasa n sumbangannya..itulah hakikatnya !

    BalasPadam
  7. Selamat hari raya untuk TT.Kita memang bukan sekolah lagi.Tak perlu baju raya.Umur pun dah mampos.Tunngu kubur saja menjemput.Pakai baju raya masa remaja,masih boleh pakai.kah..kah..kah..

    Hati mau senang.Nak kerja pun tak perlu sebab dah kaya-raya.kah..kah..kah..

    Tapi tak merasuah dan merompak macam umno celaka.

    Ada otak yang bagus,sudah berkelana merata dunia selepas menuntut.tapi bukan dengan duit parti haram jadah. Duit sendiri,kumpul dari kecil sampai kena masuk sawah padi.kah..kah..kah..

    Work smart bukan work hard. Tapi melayu banyak celaka,kerja asyik nak tipu melayu,cina lagi mereka tipu.kah..kah..kah,,

    Akhir kata nasihat untuk hari raya mari kita ramai2 gulingkan kerajaan mat monggol.kah..kah..kah..

    BalasPadam