Rabu, 20 Ogos 2014

APA DIA KRISIS SELANGOR








APA DIA KRISIS SELANGOR?

Apa yang berlaku di Selangor dari bulan March 2014 hingga sekarang adalah perjalanan sejarah. Ianya adalah pertembugan garis politik antara suara ramai dengan suara sosok Khalid Ibrahim. Pertembungan garis politik ini wajib dilalui untuk mendewasakan pemahaman kita tentang politik.

Semua yang telah dan yang akan berlaku adalah babak-babak politik yang wajib dijadikan ilmu pengetahuan. Kenyataan dari pelbagai sudut bukan hanya merancakkan lagi suasana dan iklim politik Selangor. Kenyataan ini membawa pencerahan untuk dijadikan ilmu pengetahuan

Suara-suara dari pemimpin yang terlibat sedang membuka kembali latar persejarahan Khalid Ibrahim. Paling terbaru ialah kenyatan YB Khalid Samad dalam satu forum terbuka pada petang 17 Ogos ini. YB Khalid telah menerangkan bagaimana PKR telah becadang untuk mengugurkan Khalid Ibrahim dari menjadi calon PRU13. Ini telah dibantah oleh PAS.

PKR sebenarnya telah lama sedar bahawa Khalid Ibrahim ini tidak terdidik kefahamanan politiknya dan tidak dapat disusun dalam struktur kepartian. Dua pekara ini menjadikan penggal pertama Khalid Ibrahim di Shah Alam sebagai 'okay' sahaja.

Potensi Selangor untuk dijadikan basis mengepong wilayah negeri lain gagal dilakukan. Selangor gagal dilihat sebagai negeri contoh yang menjadi rupa bentuk pentabiran kerajaan Pakatan dibawah pimpinan PKR. Shah Alam hendak dijadikan kota Baghdad saperti dizaman Khalifah Harun Al-Rasheed gagal meleset. Baitul Hikmah menjadi Batu Bebal.

Mengikut YB Tony Pua dalam satu forum - cara pentabiran Khalid Ibrahim telah menjadi titik hitam yang perlu dibaiki. Cara pentabiran tanpa perbicangan kolektif ini mejadikan DAP tidak bagitu selesa. Secara terbuka dalam satu forum YB Tony Pua telah membocorkan bagaimana pucuk pimpin PAS dan DAP secara senyap-senyap telah pergi menemui Khalid sebelum Khalid menerima watikah dari PKR. Si Khalid ini sedar yang dia akan disingkir telah berjanji untuk mengubah cara mengendalikan Selangor.

Fakta-fakta saperti ini makin diketahui ramai. Malah satu fakta yang amat memeranjat umum ialah bagaimana 500 juta ringgit duit peruntukan dari Kerajaan Pesekutuan untuk memperbaiki jalan-jalan di Selangor telah tidak digunakan. Menurut YB Tony Pua, apa yang TIDAK diketahui umum ialah duit ini telah dimasukan sama ke dalam DANA SELANGOR – yang diheboh-hebohkan oleh Khalid sebagai satu kejayaan mengumpul dana. Maklumat – duit tidak diguna pakai – telah disahkan pula oleh laporan terbaru Audit Negara.

Dalam hujah menolak pimpinan Khalid, PKR telah menimbulkan kecurigaan tentang 'hutang Khalid Ibrahim'. Soal cara penyelesian hutang Khalid sebanyak 70 juta ringgit dengan Bank Islam menimbulkan banyak persoalan. Kecurigaan bukan hanya datang dari PKR malah warga Selangor yang mula mendapat pencerahan kini mempersoalkan bagaiman hutang 70 juta rinngit dapat dilupuskan bagitu sahaja.

Kepada warga Selangor dan kepada rakyat Malaysia pasti akan bertanya TIDAK KAH PKR tahu tentang hutang Khalid ini berpotensi untuk dijadikan bahan ugutan?

Jawabnya: Para pemimpian PKR telah berkali-kali menemui Khalid Ibrahim dan meminta dia menerangkan duduk pekara. Ini sebelum Pilihgan Raya Kecil Ijok, sebelum PRU12 dan sebelum PRU13.

Hutang Khalid yang berjua-juta ringgit ini bukan satu rahsia. Umum telah berkali-kali membaca diakhbar tentang saman Bank Islam terhadap Khalid Dan juga saman Khalid terhadap Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Justeru, Khalid telah menerangkan kepada pimpinan PKR bahawa hutang piutannya akan diselesaikan. Kes hutangnya masih dimahkamah. Dalam masa yang sama PKR juga memiliki keyakinan bahawa Khalid Ibrahim bekas CEO PNB dan Guthrie ini memiliki keupayaan untuk melunaskan hutang hutang ini. Khalid Ibrahim bukan meniaga petai di Pasar Chow Kit.

Saya yakin pasti masih ramai masih tertanya-tanya apa sebenarnya dibelakang krisis Selangor ini? Selain dari hutang apakah lagi yang tersorok. Apakah lagi yang wajib diketahui umum? Justeru. disini saya akan cuba membawa pencerahan agar kita semua dapat mempelajari dari krisis ini.

Saya akan cuba merungkai apa yang terpendam. Apa yang tidak dapat dilihat. Dan apa yang tersorok, terselit dan tersepit dari penglihatan mata.



Hakikatnya, semua laporan akhbar – sama ada dari media milik United Malays National Organisation atau pun media baru – hanya melaporkan menifestasi. Babak-babak politk, berita berita politik yang telah berlaku ini hanyalah manifestasi dari pertempuran yang lebih luas.

Tidak dapat tidak dibelakang krisis ini ialah ringgit dan dolar, Para pembaca jangan sesekali lupa bahawa kuasa politik ialah kuasa ekonomi. Kuasa ekonomi bermakna memiliki harta kekayaan, dolar dan ringgit. Hukum ini tidak akan berubah – sama ada dalam parti PAS, parti DAP, parti PKR atau parti Islam , parti bukan Islam mahu pun dalam Parti Ketuanan Melayu. Asas politik ialah ekonomi. Perebutan politik ialah perebutan ekonomi.

Justeru jika kita melihat kembali krisis kerajaan Pakatan di Perak (2009) – kita akan bertemu dengan fakta 'pow' atau 'diugut'. Ugutan bukan dengan hutang tetapi dengan 'China Doll'. Kita juga difahamkam dibelakang Krisis Perak ialah kontrek Gamuda – projek MRT yang bernilai berbilion-bilion ringgit.

Krisis Selangor juga pada hemat saya TIDAK ada bezanya dari apa yag telah berlaku di Perak. Saya akan buktikan bahawa apa yang berlaku di Perak ada hubung kait dengan apa yang sedang berlaku di Selangor.

Selangor wilayah terkaya dalam Asia Tenggara selama ini telah dijadikan ' tabung buluh' oleh United Malays National Organisation. Projek-projek mega di Selangor telah memberi para polong United Malays National Organisation hisapan darah yang tak putus-putus. Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan Parti Ketuanan Melayu menjadi polong Kontrektor Kelas F yang berkerja mencari dan menjual projek. Semua polong-polong ini mati kering sesudah PRU12.

Pertama: Projek Langat Dua – waduk takungan air yang akan menjamin keselesaan warga Selangor untuk beberapa jenerasi yang akan datang. Projek ini bernilai hampir 3 billion rinngit. Ini bukan projek buat meriam buluh. Projek Langat Dua ini akan mengeluarkan taring polong-polong United Malays National Organisation yang selama ini tidak berkarat.

Hingga tulisan ini digarap tidak ada siapa yang tahu apakah perincian perjanjian Langat Dua. Selain dari Khalid tidak ada siapa yang tahu. Perjanjian ini diwartakan sebagai sulit. Justeru ini samalah saperti perangai United Malays National Organisation yang hingga ke hari ini tidak ada satu pun perjanjian lebuh raya yang diketahui umum. Semuanya rahsia kerajaan.

Kedua: Projek Lebuh Raya Kidex. Projek inilah yang berkait rapat dengan apa yang telah berlaku di Perak pada tahun 2009. Projek Kidex ini bernilai lebih 1 bilion ringgit. Projek ini dimiliki oleh Peguam yang memenangkan United Malays National Organistaion dalam kes 'rampasan kuasa di Perak'. Tuan empunya Projek Kidex telah menyerahkan Perak kembali kepada United Malays National Organisation.

YB Rafizi secara terbuka dalam media telah berkata penglulusan Kidex ini dilakukan oleh Khalid sebagai sebahagian dari 'deal' hutang Bank Islam. Malah YB Rafizi telah berkata ' tuan empunya projek ini mempertahankan Khalid Ibrahim dan menentang keras Wan Azizh. Menurut Rafizi jika Wan Azizzh menjadi MB Selangor Projek Kidex ini akan bungkus. Tidak ada kata dua lagi.

Untuk memahami apa yang tersorok kita wajib melihat kepentingan ekonomi dalam semua projek-projek ini. Siapa pemiliknya, siapa pemegang sahamnya dan siapa yang akan mendapat laba apabila Khalid Ibrahim meluluskan projek-projek ini. Siapa pula yang akan hilang kekayaan jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor.

Pada Ahad 17 Ogos 2014 – Parti Pas , DAP dan PKR – dalam persidangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah bersetuju menobatkan Dr Wan Azizah Presiden PKR untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim. Keputusan ini jelas saperti siang dipanah matahari. Malah dua hari sebelum ini seramai 30 DUN Selangor telah menanda tangai surat akuan untuk menyokong Wan Azizah.

Akhirnya, sama saperti di Perak kita akan berhadapan dengan peranan Sultan. Sultan dan lembaga Raja Raja Melayu dalam Perlembagan Persekutuian jelas dinyatakan peranan mereka. Sultan dan Raja diangkat sebagai Ketua Agama, simbol adat istiadat Melayu dan menjaga amanah anak semua bangsa dalam negara ini. Malaysia mengamalkan Raja Berparlimen. Sultan dan Raja hanyalah simbol kerana dalam sistem Raja Berparlimen suara terkuat ialah suara majoriti rakyat. Ini jelas tertulis dalam Perlembagan Persekutuan.

Ketika tulisan ini ditulis Sultan Selangor sedang berada diluar negara. Baginda hanya akan pulang pada 27 haribulan ini. Kalau mengikut ilmu politik. Kalau mengikut lunas demokrasi. Kalau mengikut Perlembagaan Persektuuan, Kalau mengikut apa yang telah berlaku di Perak pada tahun 2009 yang lalu – jelas Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Menteri Besar Selangor yang baru. Tetapi ini Malaysia. (TT)

NOTA
tulisan ini
telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini 
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
--------

17 ulasan:

  1. "Dalam masa yang sama PKR juga memiliki keyakinan bahawa Khalid Ibrahim bekas CEO PNB dan Guthrie ini memiliki keupayaan untuk melunaskan hutang hutang ini. Khalid Ibrahim bukan meniaga petai di Pasar Chow Kit."

    Lu silap besar TT! Penjaja yang meniaga macam kat Pasar Chow Kit tu tak banyak hutang! Mana ada bank berani bagi hutang kat dia orang!

    Tapi dia orang ni nampak je macam orang susah tapi cashflow dia orang OK berbanding penjawat awam yang hidup bergaya!

    BalasPadam
  2. Suka hati lu lah bro nak tulis.sebetul nya lu jealous.siang malam mengutuk orang.ingat dosa pahala lu dah tua.besuk mati jawab lah dpn Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua malaon gerombolan datang melawat..1.22ptg dan 1.24ptg..

      Sila bangun dan tabik hormat.. horMATILAH kedua2 malaon ni..

      Padam
  3. pencerahan 'clear' & tuntas,ABU !

    BalasPadam
  4. Kah..kah..kah...

    Satu penyerahan yang tak perlu pencerahan.

    Umum mengetahui parti "United Malay No Otak" adalah polong-polong dari kerabat ali baba dan 40 penyamun.Semua tau.Hatta bayi baru lahir pun sudah tahu.kah..kah..kah..
    Hatta nak ternak lembu pun perlu penyamun gerombolan UmNoOtak.

    Maka dengan bungkusnya khalid gagap taik kucing,oksigen untuk merembat tabung buluh rakyat Selangor akan terbantut.kah..kah..kah..maka meracau-racaulah babi-babi dalam parti penyamun United Malay No Otak,selagi rakyat tak mudah ditipu oleh berita-berita palsu barua-barua mereka,Kah..kah..kah..

    BalasPadam
  5. Sultan Selangor ni apa benda yang mustahak sangat samapai tak boleh batalkan urusan di luar Negara?

    Negeri ada isu begini masih boleh terbang keluar? macam ada yang tak kena saja?

    Sultan Selangor. Ingat Allah SWT akan soal setiap satu. Amanah atau khianat.
    Kalau memilih untuk khianat kerana nak dapat habuan dunia ni, ingat sama api neraka sedang menunggu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sultan dh pendekkn cuti.. 23 hb insyaAllah berangkat pulang & buat decision untuk reject Dr Wan Azizah.. yess..!

      Padam
  6. akan ada pula lagi kah sidang dun bawah pokok?kah kah kah

    BalasPadam
  7. Krisis perak bukan kidex.kidex adalah habuan.ia psl jalan keretapi laju.pasal gamuda betul.banjir besar dulu kat seberang perai guan eng kacau gamuda suruh korek kasi air lalu.hang rasa korek gunung buat tunnel,balak 100thn cabut boleh tanam balik ka,angkat pegi jual ka?

    BalasPadam
  8. OH HEAVY STUFF

    too much horrible info to swallow with my morning coffee

    KORUPSI , tamak haloba. semua ciri2 buruk ada cukup.

    pentingkan diri sendiri

    BalasPadam
  9. Mengutuk bukan mencerca. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada yang lupa, memberi ingatan kepada yang bebal untuk membuka mata dan minda. Dalam perkataan yang mudah dihadzam ia dinamakan keretikan membina!

    BalasPadam
  10. Woit langkah kajang nak pecat khalid. Lepas tu nak lantik dia kadi penasihat ekonomi negeri..kah..kah apa cerita ni labuuu..kah..kah

    BalasPadam
  11. aku puji sahak sebab air free di selangor (20liter pertama), dia pandai berjimat, dia lunaskan hutang anak toyo, dia kumpul duit negeri selangor, dia kutip hutang pasir, dia tak songlap duit, dia buat benda-benda yg anak toyo tak buat. itu yg aku nampak sebagai rakyat marhaen. aku nampak dia baik.

    yang mana aku tak nampak, aku tak peduli. dia berhutang, kidex, loji langat blah bluh blah, aku tak peduli.

    yang aku tau, PKR pecat dia, parti komponen PAS dan DAP setuju sahak mesti diturunkan dari kerusi MB. aku nak tumbangkan kerajaan BN, walaupun dimata aku sahak nampak baik, aku tetap istiqamah utk tumbangkan BN.

    sahak, kalau aku sokong kau, BN takkan tumbang tapi kalau aku sokong PR, insyaAllah BN akan tumbang. sori sahak. khalas.



    BalasPadam
  12. OK...tapi wan azizah...aper class Beb...TT bingailah

    BalasPadam
  13. Dah lama orang tua tu tak kongkek...,
    Bulan posa tahan... air dah penuh kepala... asyik pekena sirap, oren...banyak jemputan rumah terbuka...bosan...lama tak "taannik" air anggur....kah...kah....
    Bagi la chance kawan tu sepancut dua...kah...kah...nanti balik la....
    Sabar la...Abang Gagap.....kah...kah....kah...
    Nanti balik la mamat tu....kah...kah...

    BalasPadam
  14. Semua startegi Gerombolan beli tiket freeloader antar keluar negara apabiola sampai masa mahu tembak habis habisan, freeloader disuruh kemballi segera.
    Freeloader sudah batal cuti akan balik 23 Ogos iaitu 4 hari lebih awal sebab sudah terima skrip dari Gerombolan.
    Jeng jeng......jangan terkejut....freeloader akan kejutkan penyokong pakatan.

    BalasPadam
  15. kah kah kah lancau la tt, lu punya fakta syoookk sendiri..lu cakap pasal ekonomi tapi lu tak reti baca busines, sama macam khalid reti busines tapi tak reti baca politik..sbb tu kena kencing dengan anuar, rakyat selangor sokong khalid ini fakta..pkr pegi mampos aku x akan sokong kah kah kah

    BalasPadam