Rabu, 6 Ogos 2014

DAULAH TERPENDAM SEKALI LAGI





SEKALI LAGI DAULAH TERPENDAM

Di United Kingdom – Deep State – Daulah Terpendam dipanggil – Men In Grey Suits. Sama saperti watak Daulah Terpendam – men in grey suits juga memiliki kuasa ekonomi dan kuasa politik yang ampoh. Sosok-sosok yang tidak dikenali ini boleh menggariskan arah dan dasar negara.

Siapakah sosok-sosok yang terlibat dalam Daulah Terpendam ini? Jawabnya: mereka bergerak secara rahsia. Justeru kita tidak akan dapat mengenali mereka. Yang dapat dicium hanya langkah-langkah yang telah mereka ambil dan jalankan. Garis-garis politik yang berjalan serta dasar negara yang dilakukan.
Apa yang jelas mereka ini terdiri dari elit politik dan elit ekonomi. Mereka juga dibantu oleh gulungan profesional yang mereka percayai. Ertinya Daulah Terpendam adalah sosok-sosok yang memiliki kepentingan ekonomi dalam sesebuah negara. Sebelum satu-satu dasar besar negara diambil maka pandangan sosok-sosok ini akan dirujuk dahulu.
Tujuan Dulah Terpendam ialah untuk mempertahan daulah yang wujud. Untuk memastikan sistem ekonomi apa yang mereka panggil ' free market' akan berterusan. Maknanya peranan Dulah Terpendam ialah memastikan sistem ekonomi kapitalis ini tidak akan digangu gugat, Ertinya Daulah Terpendam ini menjaga kepentinagan kaum pemodal kerana mereka juga dari kelas yang sama.
Daulah Terpendam memiliki dana yang tidak termasuk dalam buku akoun audit negara. Dana mereka melimpah ruah. Melalui dana ini Daulah Terpendam boleh membunuh. Boleh meletakkan calon dalam PRU. Boleh meledakan bangunan. Boleh meletakan kepala babi dalam masjid. Pembunuhan dan pengeboman dijalankan hanya untuk menjayakan dasar agenda yang telah dipersetujui. Kematian dan kemusnahan hanyalah 'kerosakan cagaran -collateral damage'. Ertinya Daulah Terpedamlah yang melakar dan meracang 'agenda setting' yang tersendiri.
Justeru dari mana dana ini datang? Jawabnya dari daulah sendiri.
Contoh paling baik untuk memahami dana Daulah Terpedam ialah melihat cara Petronas menguruskan keewangan. Ramai rakyat Malaysia TIDAK SEDAR bahawa duit masuk dan duit keluar Petronas ini tidak diketahui oleh Parlimen, oleh kerajaan atau oleh jabatan oleh audit negara. Yang tahu hanya Perdana Menteri Malaysia. Kalau dahulu yang tahu hanya Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty atau Abdullah Badawai. Hari ini yang tahu hanyalah Najib Razak dan Rosmah Mansor. Ini bukan fitnah. Inilah adalah Akta Minyak 1974.
Daulah Terpendam wujud disetiap negara. Mari kita lihat bagaimana Daulah Terpendam bergerak di Britain. Pada bulan November 1990 - Parti Konservatif Britain telah mengadakan pemilihan pucuk pimpinan. Margaret Thatcher Perdana Menteri ketika itu telah dilawan oleh Micheal Haseltine.
Perebutan pimpinan Parti Konservatif antara Thatcher dengan Haseltine cukup sengit. Berminggu-minggu fokus media tertumpu - siapa yang akan menang. Saya masih ingat lagi - ketika keputusan diumumkan saya berada di South Bank dan sedang bersama dalam London Film Festival. Keputusan tidak muktamad. Pertandingan wajib dilakukan sekali lagi.
Ketika pengumuman dibuat Perdana Menteri Thatcher berada di Paris. Di tangga pejabat Presiden Mitterrand Margaret Thatcher telah membuat pengumuman bahawa dia akan bertanding sekali lagi untuk mempertahankan kedudukan. Betulkah akan ada pertandingan sekali lagi?
Jawabnya TIDAK. Sepulang Thatcher dari Paris - Men in Grey Suits telah datang ke No 10 Downing Street. Esoknya Perdana Menteri Britain ini mengumumkan bahawa dia tidak akan bertanding dan akan meletakkan jawatan. Inilah kekuatan Dulah Terpendam. Inilah bukti wujudnya Deep State. Inilah bukti kuasa yang dimiliki oleh Men In Grey Suits cukup ampoh. Kuasa mereka lebih tinggi dari kuasa politik kepartian.
Mari kita lihat apa yang telah berlaku di Jakarta pada tahun 1998. Krisis ekonomi telah melanggar Asia Tenggara. Indonesia bergolak. Suharto anak beranak dan para kroni telah menjadi sasaran. Kes rasuah dan kezaliman Suharto bukan satu yang baru. Krisis ekonomi 1998 telah dijadikan alasan. Anak mahasiswa telah turun ke jalan raya. Mereka menuntut Suharto berundur. Ombak jalan raya melimpah ruah. Tetapi Suharto yang dikepong oleh anak muda terus berdegil. Kuasa dan sokongan Suharto dikalangan tentera cukup kukuh.
Tetiba pada 12 Mei 1998 empat pelajar dari Universiti Trisakti telah ditembak mati oleh soldadu. Ini menyemarakkan lagi kemarahan anak mahasiswa. Malah elit politik dan elit ekonomi yang setia menyokong Suharto mula retak kerana pembunuhan ini. Daulah Terpendam kelihatan berjaya. Suharto mengumumkan yang dia akan undur.
Pembunuhan 4 mahasiawa itu pastilah dilakukan oleh soldadu. Ini tidak perlu kita dipertikaikan. Apa yang wajib kita fahami ialah makna pembunuhan ini. Pembunuhan ini adalah kerja Daulah Terpendam. Elit politik dan elit ekonomi Indonesia telah merasakan perubahan amat perlu dilakukan. Jika tidak seluruh sistem kapitalis Indonesia ini akan runtuh. Elit politik dan elit ekonomi merasakan bahawa Suharto yang berdegil sedang membawa bencana besar. Maka pembunuhan ini dilakukan di Trisakti.
Bagitu juga dengan kejatuhan Marcos. Gerakan gerila Parti Komunis Pilipina sedang ampoh dan hampir menguasai banyak wilayah dan daerah Pilipina. Marcos menjadi focus kebencian rakyat. Perang gerila semakian merebak. Daulah Terpendam membuat keputsan bahawa Marcos yang menjadi fokus kebencian rakyat wajib diganti. Senator Banigno Aquino musuh ketat Marcos dibawa pulang dari Amerika.
Senator Bagnino Aquino mati dibunuh. Rakyat keluar ke jalan rtaya. Hasilnya - Marcos mengundur. Gerila Tentera Rakyat Baru dari Parti Komunis mengundur. Ombak kebencian rakyat mengendur. Kaum pemodal Pilipina selamat. Pemodal antarabangsa terus mendapat untung. Inilah kejayaan Daulah Terpendam di Pilipina.
Di Malaysia sebaik sahaja Pakatan Rakyat mendapat kejayan pada PRU12 kepala babi pun mula bertaburan dalam masjid. Tidak cukup dengan kepala babi – masjid juga disimbah cat. Tidak cukup dengan masjid – gereja juga di simbah cat.
Apa sebenarnya semua ini? Ini adalah perancangan Daulah Terpendam. Daulah Terpendam sedang mentuntaskan ajenda merenggangkan silaturahim antara bangsa-bangsa. Menanamkan rasa benci Melayu terhadap Cina dan India. Menanamkan rasa takut Orang Cina danb India. Menimbulkan syak wasangka antara bangsa-bangsa.
Setiakawan antara Melayu, Cina dan India dalam Pakatan Rakyat adalah merbahaya kepada kuasa hegemoni United Malays National Organisation. Kuasa hegemoni parti Ketuanan Melayu sesudah tahun 2008 dilihat semakin terhakis. Ini amat-amat merbahaya untuk elit politik dan elit ekonomi. Ini merbahaya untuk kaum kapitalis. Ini merbahaya untuk pemodal antara bangsa.
Jika kita melihat sejarah Mei13 – walau pun belum wujud kajian teperinci tapi kita boleh mencium bahawa Mei13 adalah kerja Daulah Terpendam. Kuasa politik United Malays National Organisation runtuh pada tahun 1969. Kerajaan Selangor, Perak dan Pulau Pinang jatuh ke tangan parti pembangkang. Maka pergaduhan dan pembunuihan bangsa-bangsa adalah jawapanya. Sosok saperti Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty, Musa Hitam. Harun Idris adalah pemain penting yang menjalankan ajenda Daulah Terpendam.
Warga Cina dan India diserang dan dibunuh. Kedai dan rumah milik Cina dibakar. Rumah Orang India di Sentul juga dibakar. Apakah semua ini berlaku secara sepontan? Jawabnya TIDAK. Jawabnya mustahil berlaku tanpa perancangan. Mei13 dirancang untuk mentuntaskan satu ajenda. Ajenda induk untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.
Hari ini Daulah Terpendam sedang bergerak aktif. Ajenda mempertahankan Ketuanan Melayu semakin menjadi penting terutama sesudah dilihat bahawa 52% rakyat Malaysia telah menyokong Pakatan Rakyat. Manakala hanya 47% menyokong Parti Ketuanan Melayu. Daulah Terpendam sedar bahawa kemenagan 47% ini juga adalah hasil penipuan.. Yang menjalankan penipuan dalam PRU13 adalah Daulah Terpendam juga.
Kalau sebelum dan sesudah Mei13 Daulah Terpendam mengolah persetujuan dengan ajenda Melayu dan Raja Melayu. Kini Islam telah juga ditambah untuk dijadikan ajenda bersama. Daulah Terpendam hari ini sedang mengajukan – Melayu, Raja-Raja Melayu dan Islam – sebagai tembok dan benteng untuk mengolah persetujuan.
Justeru kita lihat munculnya NGO – Melayu Islam yang kadangkala menyerang Cina dan India. Ada kalanya menyerang Melayu yang tidak menyokong Ketuanan Melayu. Ada kalanya ramai yang ditududh anti Raja. Atau menghina Raja-Raja Melayu. Akhir-akhir ini semakin galak dilihat tuduhan menghina Islam.
Semua ini terancang. Ngo-Ngo ini telah diwujudkan sebelum PRU13. Malah sesudah PRU12 telah direncanakan oleh Daulah Terpendam akan strateji pengunaan Ngo sebagai suara efektif untuk mengapi-apikan kebencinan kaum. Ini diselaraskan pula dengan bantuan media milik United Malaya National Organisation. Ajenda ini juga dibantu oleh Face Book, Blog dan Twiter. Alamat palsu, nama palsu dan akoun palsu digunakan untuk membakar apai perkauman.
Secara menyuluruh - Daulah Terpendam kali ini sedang menyediakan tiga strateji yang jelas: Pertama menakut-nakut Orang Melayu dengan menggambarkan bahawa Orang Melayu dan Raja Raja Melayu akan hilang kuasa politik. Negara akan tergadai kepada Cina. Buktinya Melayu hilang kuasa apabila Raja mula dikritik. Dan Islam mula dihina dengan penmggunaan kalimah Allah.
Kedua: Menaikkan kemarahan Orang Melayu untuk membenci Orang Cina dan India. Ini persediaan untuk mengulang laku Mei13. Cakap-cakap dan kenyataan tentang Mei13 sering didengarkan. Ini untuk menaikkan semangat Melayu. Ketiga: menakut-nakutkan Orang Cina dan India dengan Mei13. Jika ketakutan berjaya disebar dan ditanamkan maka kuasa politik Ketuanan Melayu akan kekal.
Daulah Terpendam. Deep State atau Men in Grey Suits sedang aktif merancang. Minggu lalu pesawat udara milik syarikat MAS telah ditembak jatuh di Ukraine. Ini juga adalah kerja Deep State. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADILAN

----------

11 ulasan:

  1. apakah deep state ni merupakan anggota CIA? mohon pencerahan

    BalasPadam
  2. Deep State ini adalah apa yang dikenali dengan ZIONIS.

    BalasPadam
  3. Kes selangor belum sampai daulah terpendam lagi...setakat palat terpendam jew.

    BalasPadam
  4. 639saya tak setuju kumpuLan giLa ini di beri nama "dauLah terpendam"
    kerana[1] dauLah itu bahasa arab [2] terpendam tu bunyi macam teremdam macam tempoyak perkasam, kaLau breeze dan fab okey Lah juga...so saya cadangkan di tukar kepada "KERAJAAN LUBUK PUAKA" SEBAB LUBUK Ni DUDUK PUAKA-PUAKA JiN, JERONG BESAR DAN HANTU2 YG BESAR2...AMiNNN...TOLONGLAH JANGAN KATA AKU KAKi LEBONG, INi CUMA MEMECAH SAJA...SEBAB TULiSAN TT TADi SANGAT SERiYUS DAN BERAT, SO SAYA NAK BAGi PUAK2 UMNQ TU TERUS SAJA BODOH, JANGAN CERAH-CERAH...BiAR MAMPUS DALAM GELAP...

    BalasPadam
  5. daulah terpendam ini nama orang iban ke.... macam pernah dengar aja , "daulat tong-ku"

    BalasPadam
  6. Boring la topik ini.Balik2 ulang2 cerita 52% ko tu.Skrg PR nak runtuh.Ko tak risauke tt.

    BalasPadam
  7. Ngo-ngok ngok ini ditubuhkan oleh Parti ketuanan melayu sebagai barua-barua yang jenis muka tak malu.Mereka tidak dilantik oleh rakyat,maka mereka adalah pariah-pariah anjing kurap.Hatta katak Braheng juga tidak dilantik oleh seekor melayu pun.Jadi mereka cuma anjing-anjing jalanan sama seperti pelacur jalanan mencari duit dengan cara yang cukup hina.

    BalasPadam
  8. Atan Lempoyang berkata -

    tt, Daulah Terpendam kita tukar kepada Kuasa Dajjal Glocal - iaitu global dan local.
    he!he!he! Syaitan Glocal.

    BalasPadam
  9. aku ingat ko ni bangang..rupa2nyo bodo + bangang

    BalasPadam
  10. TT ni hanya berteori dan berkonspirasi..bukti satu pun tak ada..hanya tuduhan2 liar..macam ni susah dia nak dituduh menghasut..fakta kabur..senang dia nak berlepas tangan..

    BalasPadam
  11. maknanya setakat ni daulah terpendam tu melihat tiadanya keperluan menukar k'jaan sediaada maka dilakukan pelbagai angkara untuk mengekalkannya...

    bolehkah dikatakan nanti bila pr jadi k'jaan itupun atas rancangan daulah terpendam?

    BalasPadam