Rabu, 13 Ogos 2014

HUTANG BESAR KHALID IBRAHIM







KRISIS SELANGOR DAN 

DAULAH TERPENDAM 

Ketika tulisan ini digarap Khalid Ibrahim sedang berbincang dengan Sultan Selangor. Hari Sabtu 9 Ogos 2014 yang lalu Parti Keadilan Rakyat telah menyingkirkan Khalid dari menjadi ahli PKR. Sebelum ini parti DAP telah juga hilang kepercayaan kepada Khalid Ibrahim. Manakala PAS akan membuat keputusan pada 17 Ogos ini.

Justeru apabila Khalid bersemuka dengan Sultan pada pagi Senin 11 Ogos 2014 , si Khalid ini tidak mewakili sesiapa pun. Dia hanya mewakili dirinya sendiri.

Saya yakin pasti ramai ahli PKR, ahli PAS dan ahli DAP tertanya-tanya apa telah berlaku pada kerajaan Pakatan di Selangor. Saya juga yakin bukan hanya warga Selangor yang ingin tahu apa yang sedang berlaku dalam kancah politik PKR dan Pakatan Rakyat, malah rakyat Malaysia juga mahukan pencerahan.

Pada hemat saya naluri ingin tahu ini adalah satu permintaan yang adil. Lampu picit politik wajib diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pencerahan. Adalah juga adil kepada diri saya sendiri untuk menerangkan sajelas mungkin kepada pembaca tanpa berselindung dengan retorik.


Surahnya bermula disini: Umum mengetahui sebelum Khalid Ibrahim masuk menjadi ahli PKR, sosok ini adalah pegawai tertinggi dalam Perbadanan Nasional (PNB) dan juga menjawat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Guthrie. Pangkat yang besar ini membolehkan Khalid diberi peluang untuk memiliki berjuta-juta saham syarikat Guthrie. Memiliki saham bukan satu kesalahan dari segi undang-undang negara mahu pun dari segi undang-undang Islam.

Untuk membeli saham ini Khalid Ibrahim telah meminjam duit dari Bank Islam. Meminjam duit untuk beli saham - apabila harga saham naik maka saham ini akan dijual. Keuntungan dari penjualan saham membolehkan Khalid membayar hutang. Ini yang di rancang oleh Khalid Ibrahim


Meminjam duit, berhutang, atau menjual saham bukan satu kesalahan undang-undang dan tidak melanggar hukum Islam.


Jika pinjam duit bank tak salah, jika jual saham TIDAK salah dari segi undang-udang – apa kesalahan Khalid Ibrahim?

Apa yang terjadi ialah nasib si Khalid ini kurang baik. Bukan salah ibu mengandung – salahkan turun naik Bursa Saham Kuala Lumpur. Nilai saham milik Khalid merundum. Jika saham dijual – hasil dari jualan ini TIDAK dapat menampung untuk membayar hutang Bank Islam. Hutang Khalid bertapok tambah.

Akhirnya kerana hutang tak langsai - Bank Islam telah mengambil alih saham Guthrie milik Khalid Ibrahim dengan nilai sebanyak $56.5 juta dolar Amerika atau $214.7 juta ringgit Malaysia. Tolak punya tolak. Kira punya kira Khalid Ibrahim masih lagi terhutang sebanyak $18.521.806.12 dolar Amerika atau $56.5 juta ringgit Malaysia. Sebagai hutang tak berbayar maka duit bunga pun naik. Ketika Khalid membuat perundingan gelap dengan wakil Daulah Terpendam jumlah hutang Khalid Ibrahim dengan Bank Islam telah melintasi $70 juta ringgit Malaysia.


Sekali lagi dinyatakan – Khalid berhutang dengan Bank Islam bukan satu kesalahan. Betul. Tetapi yang menjadi satu kesalahan ialah apabila hutang Khalid Ibrahim sebanyak $70 juta ringgit ini telah digunakan oleh United Malays National Organisation sebagai sumber ugutan.

United Malays National Organisation tahu bahawa pada PRU13 dahulu parti Ketuanan Melayu ini telah ditolak rakyat. Hanya dengan penipuan SPR yang membolehkan Parti Ketuanan Melayu ini dapat berkuasa kembali. Amat jelas 52% rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Hanya 47% pengundi memilih United Malaya National Organisation dan kuncu-kuncunya.

Selangor negeri terkaya telah jatuh ke tangan Pakatan. Justeru Daulah Terpendam telah meneliti dan merancang stratiji untuk merampas kembali Selangor. Daulah Terpendam melihat sosok yang bernama Khalid Ibrahim adalah sosok yang bermasalah. Hutang Khalid Ibrahim adalah peluang terbaik untuk dijadikan bahan ugutan.

Ini samalah saperti apa yang telah terjadi kepada Najib Razak. Sejarah merakamkan bagaimana Najib Razak telah bersetuju untuk mengagihkan tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura kepada Lee Kuan Yew.

Berita agihan tanah KTM meledak luas kerana mengikut Akuan Bersumpah PI Balasubramaniam - pertemuan Najib dengan Altantuya bermula di Pulau Sentosa Singapura. Mustahil ajen Lee Kuan Yew tidak mengetahui 'rompi pompi' Najib di pulau ini. Justeru, kemungkinan 'ugutan' muncul maka Najib bersedia memberikan tanah KTM ini dengan harga yang amat murah sekali – lebih murah dari harga kepala ikan di pasar borong Chow Kit.

Hakikatnya Najib kena 'pow' oleh Lee Kuan Yew. Hakikatanya Khalid Ibrahim juga kena 'pow' oleh Parti Ketuanan Melayu. Kalau Najib memberikan tanah KTM di Singapura kepada Lee Kuan Yew. Apa pula yang diberikan oleh Khalid Ibrahim kepada United Malays National Organisation?

Peras ugut yang berlaku diantara Khalid Ibrahim dengan United Malays National Organisation amat jelas. Malah peras ugut ini berlaku secara terang dihadapan mata seluruh rakyat Malaysia.

Peras ugut ini berjalan saperti ini : Pertama Khalid Ibrahim wajib terus duduk jangan bergerak dari jawatan MB Selangor walau pun PKR, DAP dan PAS telah TIDAK percaya kepada kepimpinan Khalid Ibrahim. Ini penting kerana jika Khalid tergelincir dari kerusi MB maka semua perancangan akan gagal.

Kedua: Khalid Ibrahim wajib meluluskan Projek Langat dua yang selama ini tidak bergerak. Banyak kroni tertunggu-tunggu akan projek ini. Malah pelaburan dari Jepun ternanti-nanti. Entah-entah banyak rusuk kroni yang telah patah ditumbuk Jepun.

Ketiga: Khalid Ibrahim wajib meluluskan Projek Kidex – lebuh raya bertol di Petaling Jaya. Ini penting kerana Tuan Empunya Projek Kidex ini telah berjasa kepada United Malays National Organisation. Projek bertol ini adalah 'ucapan terima kaseh' kerana berjaya menggunakan Hukum bin Hakam untuk mengembalikan Perak ke tangan Ketuanan Melayu.

Keempat: Menjual 308.72 ekar Tanah Kerajaan Selangor adik Danny Tan – adik Vincent Tan – towkay judi tersohor. Jual beli ini dilakukan dengan cara gelap – atau lebih molek dipanggil ' negotiated deal' yang mana tak ada siapa pun tahu. Pemimpin Pakatan tidak tahu. Malah Exco Selangor sendiri pun tidak tahu.

Betul ke semua ini? Semua yang saya tulis ini adalah benar bukan fitnah dan bukan tohmah. Jauh sekali retorik politik. Pekara dan fakta ini wajib saya nyatakan kepada pembaca. Saya akan memikul beban politik yang maha berat kerana sayalah secara resmi telah memulakan membuka tentang salah laku Khalid Ibrahim ini.

Dalam SUARA KEADILAN 11 Febuari 2014 – saya telah menulis tentang kepimpinan Khalid – walau pun secara ''touch n go' tapi hakikatnya pada ketika itu semua maklumat telah ada dalam komputer saya. Justeru salah laku Khalid ini – jika TIDAK saya umumkan kepada orang ramai maka ianya akan menjadi beban yang terpaksa saya pikul dalam hidup saya. Melakar fakta-fakta ini adalah tugas jujur seorang warga yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Pekara-pekara yang diatas adalah berdasarkan Laporan Bertulis dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Laporan setebal 24 muka surat ini telah diminta secara resmi oleh Murshidul Am Parti PAS – Tuan Guru Nik Aziz. Tuan Guru telah meminta Setiausaha Agong PKR – Saifuddin Nasution – menerangkan sebab musabab kenapa Khalid Ibrahim ini perlu digugurkan dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Laporan ini telah siap tiga hari sesudah Hari Raya dan telah diberikan kepada semua pucuk pimpinan PAS dan DAP. Ini bertujuan untuk menerangkan dan memberi pencerahan kenapa PKR sebagai sebuah parti politik telah hilang kepercayaan terhadap Khalid Ibrahim. Kenapa Khalid Ibrahim wajib diundurkan dari jawatan Menteri Besar.

Sayugia saya ingatkan bahawa kes hutang Khalid Ibrahim ini telah lama berligar. Ini sebelum dia masuk menjadi ahli PKR. Sebelum dia bertanding dipilihan raya kecil Ijok. Kes ini sering mendapat laporan dari media – terutama ruang media yang bersangkutan dengan perniagaan.

Lalu timbul pertanyaan – kalau Khalid Ibrahim ada kes salah laku kenapa TIDAK buat laporan kepada SPRM. Ini sabenarnya satu pertanyaan yang amat jujur jika pertanyaan  ini  datang dari Mak Cik Felda. Tetapi apabila pertanyaan ini datang dari Senator, Pemimpim AMK atau dari Ketua Cabang PKR – maka jelas ada niat busuk dibelakang pertanyaan ini.

Semua aktivis politik , ahli politik , aktivis Ngo dari apa saja bentuk sedar bahawa SPRM ini adalah jentera daulah. Deep State atau Daulah Terpendam menggunakan SPRM ini bukan untuk menyelesikan kes rasuah atau untuk membasmi rasuah. SPRM ini akan digunakan untuk membunuh musuh politik kumpulan elit yang berkuasa.

Apakah tuan-tuan pembaca terlupa apa yang terjadi kepada Datuk Norza – Ketua Pemuda United Malaya National Organisation Wilayah Persekutuan. Datuk muda yang bersinar cahaya politiknya ini adalah kawan baik menantu Pak Lah. Tetiba pada bulan Januari 2009 Norza dituduh memberi rasuah. Norza yang juga ahli Majlis Tertinggi akhirnya gugur dari perlawanan merebut jawatan. Yang menarik bukan Norza TIDAK bertanding. Apa yang menarik ialah bagaimana SPRM telah digunakan oleh Daulah Terpendam. Kes Datuk Norza ini padam bagitu sahaja.

Jika Khalid Ibrahim TIDAK mengikut skrip maka Khalid juga akan dijadikan Datuk Norza. Khalid akan diistiharkan bangkrap dan SPRM akan masuk. Pada ketika ini mustahil ini akan berlaku. Betul SPRM akan datang. SPRM akan datang untuk menobatkan Khalid - lebih puteh dari puteh - lebih bersih dari bersih. Kita lihat dan tunggu. (TT)

ulang baca disini tentang berita awal rasuah khalid
yang telah disiarkan dalam suara keadilan 11 feb 2014:

http://tukartiub.blogspot.com/2014/02/memahami-kajang.html




NOTA
tulisn ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN 
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukul talipon 03-92-21-30-45


----------

23 ulasan:

  1. Khalid ni tak makan duit rakyat, dah ok dah. Dah utang personal pulak. Guna kedudukan dan kuasa untuk diri sendiri. Kerja pow mengepow ni memang specialist bagi UMNO. Kena pow atas bawah kiri kanan dengan negara luar dia orang jugak. Apa punya nasib. Jual orang lagi untung dari jual manusia. Kahkakahakahakahakahakaha

    BalasPadam
  2. ada orang-orang dalam PAS juga ambil kesempatan untuk begabung. Boleh lah kita katakan PAS akan jadi bodoh, dulu, kini dan selama lamanya

    BalasPadam
  3. Kau gebanglah apa pun tt, yg penting gua punya din ayam dan din vellfire selamat di singgahsana...hehehee. ..

    BalasPadam
  4. Pecat aja anwar Tak payah kamu pening kepala


    BalasPadam
  5. Hancur bangsa ada Melayu macam ini. , mana ada Khinzir gigit tangan yang menyusp nya.

    Ingat !!!!
    Pakatan bukan Ber daftar...

    Itu cara caksp2 Khinzit DUMNO.

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-kepada-teng-ingat-pakatan-bukan-badan-berdaftar

    BalasPadam
  6. ada betulnya..........
    gagap amat jahat......
    kah...kah...kah....

    BalasPadam
  7. Kisah Khalid ini bagai membaju kan Kuda dengan Keldai....

    Selangor akan ada Padang Lumba Kuda ter besar di Asia di Bestari Jays , anak anak Melayu akan belajar bagaimana pil pil kuda membuat Unta Umta ber lari selaju Keldai Keldai mengatasi Tok Guru Tok Guru.

    My Botol , I Rest My Case !!!!!!

    BalasPadam
  8. Sesiapa yang hendak lihat bagaimana seseorang penghutang yang berserabut/kalut lalu bertindak bagaikan orang tak siuman sosok Khalid Ibrahim adalah contoh sempurna. Khalid Ibrahim masih beragama Islam lalu nak ambil nyawa sendiri agak suli, kalu orang lain mungkin dah bunuh diri kerana hebat stres nak langsaikan RM 59.6 juta ooooi! Lalu dia rela dipergunakan oleh UMNO konon percaya itu caranya terbaik tak kisahlah jika tindakan dan perilakunya menjadi bahan lawak mega. Hoi apa jadahnya Khalid Ibrahim sanggup mengambil hutang begitu banyak untuk objektif apa? Lagi kau nak kejarkan ilusi hidup kaya raya lagi dekat kau rasa yang hayat kau akan dipanggil. Khalid adalah contoh insan yang tersilap kira mengejar cita-cita kejayaan palsu alau hilang stabilitinya dan kasi ramai orang benggong dengan tingkah laku sewel yang kini segalanya yang dia buat adalah restu suci dari sultan, hadi awang, haron din, nik aziz dan mustapa ali. Manusia edan, serabut dan kalut bagi Selangor!Satu lawak benggong!

    BalasPadam
  9. Pkr ni syok sendiri buat ulasan. Tapi bukti x kuat. Peguam berlambak knp x saman @ fail dimahkamah. Seandainya benar umno lama dah mengkuburkan khalid masa khalid dilantik( lepas pru 12)

    BalasPadam
  10. kah..kah..kah..
    exco xtau jual beli tanah tropicana?
    kah..kah..kah..
    ini cerita nk bodohkan m.cik felda
    kah..kah..kah..
    knapa exco dap xnk berenti awl2
    kah..kah..kah..
    ini cerita nk bodohkan rakyat marhaen
    kah..kah..kah..
    dap xtau menahu dan xdpt bahgian dlm jual beli tanah tropicana
    kah..kah..kah..
    ini cerita nk bodohkan anak semua bangsa
    dap xtau pun sape danny tan dan xpenah kenal
    kah..kah..kah..
    ean yong hian wah ni exco yg xtau apa2..
    kah..kah..kah..
    xkan bro tt kene bodoh?
    kah..kah..kah..
    atau bro tt nk bodohkn org
    kah..kah..kah..

    BalasPadam
  11. Macam mana Mahayuddey suruh umno sokong Khalid. Ini mesti nak rosak kan khalid ni. Anwar dia tak sebut sokong. Kalau ikut formula konek tua TT apa2 yang datang dari umno kalau 'ya' makna 'tidak' dan kalau 'tidak' maknya 'ya'. Cissh!! mesti Anwar dah bersongkol dengan Mahayuddey ni. Haramhadas!! betul...cilako..kobau botoi yuddey.

    kah...kah...kah..kah.. Hisapmuddin..Fekah tak nak cuba ke atau konek ko dah macam konek itik ...berpintal-pintal..kah...kah

    BalasPadam
  12. Kalor aku Anwar aku pecat jer PAS.

    BalasPadam
  13. Tgh mabok ketum ke kene ganja sambil tulis ni bro...hahaha

    BalasPadam
  14. Bengong punya tt. Hutang kalid bukan baru.Ko org lantik jugak jadi mb..Ko org yg mulakan langkah kajang yg gagal ko org salah kan org lain plak.Sudah lah tt..ko ni semua pembelit dan penjilat bontot bos ko.

    BalasPadam
  15. Mana ada kerajaan Pakatan Rakyat tapi Pakatan Haram sebab tak berdaftar. Kalau pakatan pun haram, sampai bila org berakal tak percaya kerana mereka sendiri tak yakin pakatannya.

    BalasPadam
  16. Pusing sana sini, motif artikel ni satu ja. Nak mengaitkan konon2 khalid 'dibeli' anwar.

    Dalam Islam, benda yang kita rasa betul saja belum melayakkan kita cakap mengenai perkara itu. Sebaliknya kena betul-betul tahu ayat yang kita tulis tu 100% betul, takda ruang langsung. Dan kita tau sebab kita berkait terus dgn hal saham atau dokumen atau sebagainya. Bukan sebab kita baca kat mana-mana atau dengar cerita dari politicians sana sini... Itu ciri-ciri fasik.

    Bahaya ni artikel ni. Jangan sampai setiap hari susut pahala saudara., sebab setiap hari orang baca dan share... Ini betul2 muflis akhirat

    BalasPadam
  17. dari segala segi, PAS dibawah presiden Hadi mmg lembab buat keputusan. Kedah kalahpun sebab lambat dan lembab utk selesaikan hal dalaman parti dan Hadi juga penyebab. Arwah Ust Zizan pun mesti nak kena tunggu keputusan Hadi, bila dah caca marba, habis runtuh punah ranah kerajaan PAS negeri Kedah.

    krisis Selangor semakin meruncing sebab abah mertua lembab jugak. kenapa nak tunggu 17hb Ogos baru buat keputusan?

    Cuba sekali sekala longgarkan sikit ikatan serban tu, kasi oksigen sampai ke otak secukupnya, baru laa akal ligat berfikir utk buat keputusan. Hadi tolong jgn jadi mcm Mat Sembab.

    BalasPadam
  18. alahai... kesiannye....
    last last umno jugak yg kena.... ish ish ish...
    yg lantik kalid jadi calon dulu = PKR
    yg lantik kalid jadi MB dulu = Pakatan Rakyat
    yg buat Kajang Move = PKR
    Yg nak lantik Azizah jadi MB = Anuar Berahim
    Yg menjahanamkan Pakatan Rakyat = PKR

    last last umno jugak yg salah....
    tolonglah hidup di alam realiti..... bukan fantasi...

    tu lah... percaya lagi kat Rafizi.... pengarah strategik konon..... bertanding rebut kerusi PKR kat kampung sendiri pun kalah... tanding naib presiden pun kalah... master mind kajang move konon.... elok rendam dalam kolam taik je budak nie....

    Kalid vs PKR....
    Kalid menang
    20 - 1

    BalasPadam
  19. Woit bapuk Jangan cakap pasal hutang lah Semua manusia pun Ada hutang

    BalasPadam
  20. "Bahaya ni artikel ni. Jangan sampai setiap hari susut pahala saudara., sebab setiap hari orang baca dan share... Ini betul2 muflis akhirat

    13 Ogos 2014 6:43 PTG"

    Bro penulis ayat di atas..untuk makluman, aku rasa mesti ko tak tau yg TT ni pemegang kuat fahaman Komunisme..kira dosa pahala?? takde maknanya...

    sekali lagi tuduhan taraf kedai kopi dibentangkan oleh TT..buktinya ada dalam enam kotak fail ezam..tak percaya?? kah kah kah ...we got the numbers laaa...kah kah kah ..

    BalasPadam
  21. Aku tetap nak mengatakan bahawa apa apa sial yang terjadi mesti ada campur tangan daripada UMNOGOK. Hoi Khalid gagap dah hutang bayarlah sendiri. Apa pulak kontra kontra. Semua orang ada hutang sampai mampus ok

    BalasPadam
  22. Syoknya jadi pukimak kek malaysia ni....jadi pukimak ni..boleh kowtim...above the law...hutang boleh settel....tukang suap boleh langgar......arak boleh minum tapuk tapuk....boleh sombong...lidah boleh cabangkan...syoknya jadi pukimak....aku pun nak jadi pukimaklah...siapa nak jadi pukimak..sila angkat tangan...wow ramainya nak jadi pukimak...syabas semua para pukimak..teruskan majukan negara dengan taik palat puki yang bau hamis asam asam....syabas...selamat berpukimak semua.......dimana ada lendir...disitu ada highpukimakway.......KOWTIM.

    BalasPadam
  23. Apa kejadahnya kaled membeli sampai beratus juta nilai saham???
    Makna dia mmg tak cukup cerdikla bab ekonomi.
    Kenapa dia tak ambik senyap2 rezab tunai selangor yg 3b tu buat settle hutang?? Luak sikit je bukan orang Perasan sangat pon..!
    Kah kah kah

    BalasPadam