Selasa, 12 Ogos 2014

WAN AZIZAH MB SELANGOR BARU



KENYATAAN MEDIA
11 OGOS 2014


Pakatan Rakyat Perlu Namakan Menteri Besar Selangor Yang Baharu 
Untuk Tangani Krisis Perlembagaan

BERSIH 2.0 hari ini berpendirian bahawa Pakatan Rakyat perlu dengan kadar segera menamakan Menteri Besar yang baharu dari kalangan mereka untuk menangani dan menamatkan krisis perlembagaan yang sedang melanda Selangor. 

BERSIH 2.0 terkejut dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan dengan kedudukan beliau di Selangor. Kami ingin mengingatkan bahawa kemelut yang timbul hasil perdebatan berkaitan dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telah pun menyebabkan timbulnya krisis perlembagaan di Selangor hari ini. Maka yang demikian, untuk menyelesaikan kemelut dan memecahkan kebuntuan ini, Pakatan Rakyat melalui sidang kaukus ADUN Pakatan Rakyat perlu segera menamakan Menteri Besar yang baharu.  

Berikut adalah pendirian penuh BERSIH 2.0:

1. Badan Eksekutif dalam sistem berparlimen seperti yang diamalkan di negara ini perlu berfungsi sebagai sebuah pasukan yang seia dan sekata. Tidak wajar sebuah kerajaan atau badan eksekutif dianggotai oleh ahli yang bercanggahan dari segi kedudukan politik. Pengekalan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar hanya menyebabkan berlaku krisis perlembagaan disamping menafikan hak rakyat Selangor untuk mempunyai sebuah kerajaan yang sah dan berfungsi sepenuhnya.

2. Seorang Menteri Besar perlu ditentukan oleh parti politik atau gabungan yang mendapat majoriti di dalam pilihan raya, bukan sebaliknya. Maka dengan itu, Pakatan Rakyat di Selangor bertanggungjawab memanggil sidang kaukus yang perlu dihadiri oleh kesemua 43 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat, yang telah pun membentuk majoriti 2/3 DUN bagi melantik ketua ADUN yang baru dan seterusnya mengisi jawatan Menteri Besar. Pakatan Rakyat kemudiannya boleh mengemukakan nama calon Menteri Besar yang baharu secara rasmi untuk perkenan Sultan.

3. Dengan nama calon yang dikemukakan melalui lantikan kaukus ADUN Pakatan Rakyat tersebut, Duli Yang Maha Mulia Sultan kini jelas boleh menentukan ADUN yang benar-benar secara sah mendapat sokongan majoriti dalam kalangan mereka, seterusnya layak dan perlu diperkenankan menjadi Menteri Besar seperti yang digariskan di dalam Artikel 53(2) Perlembagaan Negeri.

4. Kami memohon Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memberi ruang kepada proses ini mengambil tempat di Dewan Undangan Negeri. Adalah penting bagi DYMM Sultan dari kalangan Raja Berperlembagaan untuk tidak diheret ke dalam pergelutan politik partisan yang hanya akan mencemarkan imej dan nama baik DYMM.

5. Setiap pihak dan parti yang terlibat perlu mengambil langkah segera dalam menangani krisis ini secara bijak dan mengikut Perlembagaan. Kepentingan rakyat Selangor, kelangsungan Raja-raja Berperlembagaan, dan keutuhan kerajaan Negeri perlu diutamakan berbanding mana-mana kepentingan peribadi, mahupun kepentingan parti, individu atau badan institusi.

Ditandatangani oleh
Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada:
Masjaliza Hamzah (Bendahari), Farhana Halim, Thomas Fann (Naib Pengerusi Semenanjung Selatan), Jannie Lasimbang (Naib Pengerusi Sabah), Simon Lee Ying Wai (Naib Pengerusi Semenanjung Tengah) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (Naib Pengerusi Semenanjung Utara).


------------

7 ulasan:

  1. Wan Azizah amat sesuai tuk jawatan MB Selangor , malah juga mantap tuk menduduki jawatan PM.

    Tidak salah wanita jadi PM , Sonia Gandhi & Angela Merkel beribu ribu kaki lebih baik dari Mr Pink The Benggap.

    Tomgku , Botoll besar ke botol kechik ?

    BalasPadam
  2. BAYANGAN TUHAN vs ANUGERAH TUHAN....siapa lebih afdal?

    BalasPadam
  3. tak faham.

    kalau ada susuk yang MASIH boleh kekalkan jawatan seperti MB selepas dipecat daripada parti. Sultan pula boleh bagi izin untuk kekalkan jawatan MB.

    kalau macam tu apa guna sebelum ni masuk jadi ahli parti, menang pilihanraya atas tiket parti, dianggkat naik ke jawatan MB atas cadangan ahli2 parti?

    kalau macam tu sapa2 pun boleh jadi MB asalkan sultan bagi izin.

    kes ini:
    takda mewakili parti = jadi MB
    sultan izin = jadi MB
    tak pasti sama rakyat Selangor masih sokong atau tidak = jadi MB

    SAYA PUN NAK JADI MB MACAM NI. ASALKAN SULTAN BAGI IZIN DAH LE. SAYA PEDULI APA RAKYAT SOKONG KE TIDAK, PARTI PECAT KE TIDAK.

    BalasPadam
  4. Setelah Khalid Ibrahim terpecat sewajarnya undi tak pecaya tak percaya dijalankan dan calon MB baru dikemukakkan kepada istana.

    BalasPadam
  5. Macamana nak online dengan sultan? Bukan dengan tuhan.

    BalasPadam
  6. kah kah kah...kenapa pengerusi bersih 2.0 tak sign surat ni??? kah kah kah...I rest my case lah ya...kah kah kah...

    pengerusi taknak terlibat ke??? kah kah kah..

    BalasPadam