Ahad, 14 September 2014

AIR BADAK SIAPA PUNYA?




'Cerita Malam Jumaat bukan cerita sex'

Penganjur program pengucapan jenaka 'Cerita Malam Jumaat' berkata acara tersebut bukanlah satu program ceramah politik tetapi bersifat sebagai persembahan yang mengetengahkan kritikan berhubung isu semasa.

Jurucakapnya, Faisal Mustaffa (kiri) dari Rumah Anak Teater berkata, kontroversi yang timbul sebelum ini hanya berpunca dari persembahan seorang aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Menurutnya, persembahannya pada 12 Jun itu antara lainnya membangkitkan mengenai isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ekoran itu, ada sesetengah golongan yang tidak memahami konsep sebenar lawak ini dan menganggapnya sebagai ceramah politik, jelas Faisal ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu Hishamuddin ketika dihubungi menjelaskan, jenakanya itu merujuk kepada perbahasan yang timbul pada tahun lalu mengenai kos menyelenggara Seri Perdana - kediaman rasmi perdana menteri dan isteri.

Ia berpunca dari laporan bahawa rakyat menanggung kos lebih RM2.2 juta untukmembiaya bil elektrik Seri Perdana pada 2012.

Para MP pada masa itu turut mempersoalkan mengenai bil air Seri Perdana, yang kemudiannya didapati berjumlah RM311,174 untuk tahun sama.

“Air itu yang digunakan oleh Rosmah Mansor untuk mandi di Putrajaya,” kata Hishamuddin kepada Malaysiakini.
http://www.malaysiakini.com/news/274534


KAH KAH KAH


tukar tiub buat lawak
air mandi suami najib
dibotolkan dan dipasarkan
sebagai air badak
kah kah kah


JUMPA  DI JB
---------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan