Parti
Politik, Masyarakat dan Perniagaan di Kelantan.
Umumnya
mengetahui masyarakat Kelantan mempunyai budaya berniaga sejak turun
temurun, dari Pasar Siti Khatijah, Wakaf Che Yeh, pasar pagi, pasar
malam, stadium semasa perlawanan bola sepak, di ceramah-ceramah
politik atau di mana sahaja, selagi mendapat permintaan dan ada
kamahuan. Kelantan telah ditadbir oleh kerajaan PAS sejak 1990
sehingga sekarang, walaupun pelbagai cara cuba digunakan oleh
kerajaan pusat untuk merampas Kelantan masih tidak berjaya walaupun
mungkin ada beberapa kerusi yang telah di menangi UMNO.
Ingin
disentuh di sini, mengenai hal-hal kebajikan kepada peniaga-peniaga
yang semakin terabai dan tidak dibela oleh kerajaan negeri pimpinan
PAS umumnya.
Dataran
Ilmu di Jalan Dato’ Pati salah satu tempat kuliah bagi kerajaan
negeri pada setiap pagi Jumaat, maka tempat itu sehingga ke Jalan
Sultan Ismail telah menjadi satu tumpuan kepada peniaga-peniaga dari
makanan, budle, buku-buku, pakaian, tembakau rokok, cincin permata,
barang antik, buah-buahan, sayur-sayur kampung dan pelbagai macam.
Tempat itu menjadi tumpuan umum dan pelancong apabila ke Kota Bharu
kerana jalan telah ditutup untuk diberi laluan aktiviti-aktiviti
tersebut sehingga tengahari. Aktiviti perniagaan berjalan sekian lama
seiring dengan aktiviti kuliah yang dijalankan, tanpa ada sekatan dan
halangan daripada kerajaan negeri mahupun PBT MPKB-BRI.
Ianya juga
pernah diberi ulasan dalam media harakah daily. Alangkah malangnya
sejak Ogos 2014 selepas Aidilfitri para peniaga tidak dibenarkan
menjalankan perniagaan sekiranya kuliah tidak diadakan, sedangkan
sebelum ini masalah sebegini tidak pernah timbul. Perkara ini cuba
dipertahankan oleh peniaga-peniaga, tetapi pihak PBT MPKB-BRI memberi
pelbagai alasan yang sangat tidak masuk akal.
Rentetan itu, sempena
Muktamar PAS di Johor sekali lagi pihak yang berwajib telah
mengeluarkan arahan untuk tidak menjalankan perniagaan kerana kuliah
tidak dijalankan, pada 19 september 2014 sedangkan sebelum ini
sebarang masalah mengenai pelarangan ini tidak pernah berlaku.
Para
peniaga di sini yang sebenarnya menyumbangkan kemeriahan
aktiviti-aktiviti tersebut. Di sini juga tempat masyarakat untuk
berbelanja mahupun beriadah, mendengar kuliah. pada cuti umum di pagi
Jumaat, tanpa mengira parti politik masyarakat tempatan mahupun luar
Kelantan ramai yang begitu teruja untuk menikmati aktiviti-aktiviti
ini.
Ini adalah salah satu budaya masyarakat Kelantan. Situasi ini
seperti sebenarnya situasi menang-menang antara kerajaan negeri dan
peniaga. Inilah kebajikan yang diinginkan oleh masyarakat Kelantan.
Kepada pihak kerajaan negeri, PBT dan mereka yang terlibat nilai dan
fikirkan sejenak mengenai perkara ini, mungkin ada yang berpendapat
ini perkara kecil, tapi perkara ini melibatkan hasil pendapatan
peniaga.
Ahli exco, Yang Berhormat, ulamak-ulamak selami dan turunlah
dekati peniaga-peniaga, lihat apa yang mereka niagakan, apa luahan
hati mereka, saya yakin mereka bukan inginkan sumbangan wang ringgit
kalian tapi sekadar ingin kebajikan dan ruang untuk mereka berusaha
dan menambahkan pendapatan.
Sekian, terima kasih
Wan
Azman bin Wan Hassan
Wakil
Peniaga di Medan Ilmu
Kota
Bharu, Kelantan.
------------
t.kaseh tt
BalasPadamwan azman
Mengikut kajian PAS, orang Melayu adalah orang yang paling haibat. Bila kantoi agak2 seluar dah nak terlondeh nampak botoi kicap, apa yang perlu dibuat ialah gertak putuskan hubungan kawan. Merajuk cukup kuat. Anak omak la katakan. Tapi yg penting, melayu tetap boleh survive.
BalasPadamkemungkinan sebab larangan:
BalasPadam1-jejaskan kelancaran lalulintas kenderaan di jalan2 terbabit setiap hari berbanding hanya sekali seminggu,
2-beban kerja dan kewangan tambahan pada majlis bandaran jika perlu mengawal lalulintas dan memantau perniagaan setiap hari berbanding hanya sehari seminggu,
3-jejaskan sedikit sebanyak pendapatan peniaga2 lain di kawasan sekeliling terutama pekedai2 yang tiba2 kini terpaksa berdepan pesaing lebih banyak dan setiap hari pula berbanding cuma sekali seminggu, sedangkan pekedai2 perlu membayar lebih pada majlis berbanding peniaga kecilan ini yang mungkin berniaga percuma (atau bayaran kecil sahaja)
jika itulah alasan larangan, maka agak munasabah sebenarnya. oleh demikian saya sebagai pihak berkecuali, dengan serius mencadangkan jalan tengah, baka kata orang banjar dulu2, meet me halfway across the sky, yg longgarnya ditafsir: beransur lah bertolak kerana masa tidak menunggu manusia yg berdolak sebaliknya manusia tercari2 masa yang setiap kesemua doanya tidak ditolak maka janganlah bersikap tamak.
oleh itu, satu cara jalan tolak ansur adalah membenarkan hari tambahan pada peniaga kecil di jalan terbabit tetapi bukannnya setiap hari sepanjang minggu. contohnya 3 hari seminggu. dan ambil kesempatan ini juga untuk menambah amal jariah dengan menambah pula kuliah. win-win situasions. pekedai win, peniaga kecil win, dewan bandaran win, ulamak win, duniawi win, akhirat win.
jika ada sebab lain (contohnya penguasa tak dapat bayaran bawah meja dari peniaga kecil ini) maka kemungkinan besar larangan itu adalah mengarut malah membunuh sifat rajin, sifat kreatif dan sifat berdikari peniaga kecil. ia juga menambah sifat benci dan kurang keyakinan rakyat pada pihak berkuasa yg diberi amanah mentadbir. janganlah jadi umpama budak diberi wisel, bingit ditiup wisel berterusan seolah dialah peniup sengkakala yg paling berkuasa!
tak salah nak bagi pandangan, tapi lagi bagus klu ada ditempat kejadian, atau tanya org yg di situ sendiri. klu alasan tutup jalan menganggu lalulintas, masalah kedai2 di situ perkara tu tak pernah timbul oleh pekedai2 di situ, hari jumaat hari cuti kedai2 kawasan tu tutup kecuali kedai makan.. ganggu lalulintas rasanya sudah semua maklum jln di situ ditutup setiap pagi jumaat hingga tenghari. di situ bukan jln utama. lagi pbt dah keluar notis perniagaan sehingga jam 11:30 pagi dan perkara diikuti oleh peniaga2. tujuan sy hantar masalah ini psl mcm2 cara dah guna utk selesaikn.pergi mpkb, suk org berkaitan tak ada, telefon nak jmpa YDP MPKB, exco, etc semua sibuk tak leh jumpa mcm2 alasan. bg sy ni jln terakhir supaya perkara diketahui umum, dan dpt selesaikan.. itulah sy fikir hantar kat TT minta dia siarkan, org2 yg berkaitan yg tak tahu dan yg tahu dan buat2 tak tahu dpt selesaikan, tapi tulah masalah org melayu ni suka berckp je lebih tak nak fikir.. ckp2 tapi tak buat apa2.. bila kritik mula ckp mcm.. harap benda ni selesai lah...
BalasPadamwan azman