Jumaat, 12 September 2014

KES RASUAH PJ SENTRAL



KOMENTAR
kenapa nama azmin ali
tidak dicadang oleh pkr
tidak dicadang oleh pas
tidak dicadang oleh dap
untuk jadi mb selangor

memerlukan pencerahan?

sila  tanya lebai google
tulis : azmin ali pj sentral
lebai google akan beri pencerahan

  • Audit dalaman PKNS gagal menyoal Azmin berhubung isu ...

    www.themalaysianinsider.com/.../audit-dalaman-pkns-...
    Translate this page
    Jun 21, 2014 - Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berjaya mengelak ... dalam transaksi berkaitan projek PJ Sentral Development (PJ Sentral).
  • Kerajaan Selangor Arah Tiga Exco Dapat Laporan ...

    www.mstar.com.my/berita/berita.../projek-pj-sentral/
    Translate this page
    Jun 21, 2014 - "Perkara (laporan mengenai PJ Sentral) ini dilakukan oleh Bahagian ... dinyatakan masih belum mendapat keterangan daripada Azmin Ali.
  • Kes PJ Sentral: Dokumen Azmin perlu untuk siasatan ...

    bm.selangorku.com/.../kes-pj-sentral-nama-azmin-dala...
    Translate this page
    Mar 4, 2014 - Kes PJ Sentral: Dokumen Azmin perlu untuk siasatan dalaman PKNS ... iaitu YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria.
  • Surat terbuka meminta penjelasan Azmin Ali kerana gagal ...

    www.malaysia-today.net/surat-terbuka-meminta-penje...
    Translate this page
    Jun 16, 2014 - Surat terbuka meminta penjelasan Azmin Ali kerana gagal ... Holdings yang mewakili PKNS dalam PJ Sentral iaitu YB Mohamed Azmin Ali dan ...
  • PJ SENTRAL - AUDIT DALAMAN PKNS GAGAL SOAL AZMIN

    tukargomen.blogspot.com/.../pj-sentral-audit-dalaman...
    Translate this page
    Jun 21, 2014 - Mengapa selaku Ahli Lembaga Pengarah dlm PKNS dan PJ Sentral ... Jika benar dia tidak tahu maka selayaknya Azmin Ali diberhentikan dari ...
  • Azmin disiasat berhubung projek PJ Sentral | MELANAU ...

    www.melanaublogger.com/.../azmin-disiasat-berhubu...
    Translate this page
    Home »Unlabelled » Azmin disiasat berhubung projek PJ Sentral ... daripada Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria.




  • LIDAH 

    PENGARANG

    krisis selangor masih belum selesai
    apa yang jelas 
    khalid ibrahim telah dipecat
    khalid ibrahim bukan lagi mb selangor

    pkr dan dap
    telah bersetuju menamakan
    dr wan azizah presiden pkr
    sebagai mb selangor yang baru

    lalu timbul persoalan

    kenapa satu nama sahaja
    bagaimana dengan cadangan pas
    yang ingin menamakan azmin ali

    persoalan ini perlu pencerahan

    justeru
    untuk menerangkan duduk pekara
    mari kita fahami kembali
    kenapa khalid ibrahim dipecat

    fakta membuktikan
    khalid ada berhutang 70 juta ringgit
    ini hutang khalid dengan bank islam 
    hutang ini telah digunakan
    untuk dijadikan senjata peras ugut

    khalid akhirnya bersetuju
    dengan  projek kidek
    bersetuju dengan langat dua
    bersetuju jual tanah selangor
    kepada adik vincent tan
    semua ini kerana ugutan hutang

    kalau azmin ali dijadikan mb selangor
    semua akan berulang sekali lagi
    peras ugut akan bermula kembali

    umum mengetahui bahawa
    azmin ali yang terlibat 
    dalam kes projek pj sentral
    kes projek pj sentral ini
    macam hutang khalid 
    akan juga dijadikan senjata peras ugut

    dokumen tentang projek pj sentral
    ini jelas menunjukkan bagaimana
    sehinnga bulan mei tahun ini
    azmin ali masih mengelak dari
    memberi jawapan penglibatan dirinya
    dalam projek pj sentral

    berulang-ulang  kali
    pihak berwajib kerajaan selangor
    meminta azmin menerangkan bagaimana
    saham 30% milik pkns lesap bagitu sahaja

    kenapa azmin diminta memberi penerangan?
    kerana azmin  ahli lembaga pengarah pkns

    hingga ke hari ini
    azmin ali masih gagal menerangkan
    apa yang telah terjadi hingga saham
    pkns dalam projek pj sentral lupus

    pj sentral ini hanya satu kes
    yang boleh dijadikan senjata peras ugut

    bagaimana pula duit duit yang dipungut
    oleh azmin sebelum pru 13
    azmin ketika itu ialah
    pengarah pilihan raya pkr
    berapa jumlah duit ini?
    kemana ianya lesap?
    mana laporannya?

    ini juga senjata peras ugut
    yang akan digunakan oleh
    united malays national organisation

    justeru pkr wajib memberitahu
    parti pas tentang 
    siapa dia azmin ali ini

    ketika pkr mahu memecat khalid ibrahim
    tuan guru nik aziz telah meminta
    pkr melalui setiausaha agong pkr
    untuk menerangkan sebab musabab kenapa
    khalid ibrahim wajib ditolak

    maka penerangan yang sama 
    sebab musabab kenapa azmin ditolak
    wajib juga diberi tahu kepada pas dan dap

    parti pas dan dap
    wajib diberi pencerahan

    warga selangor
    rakyat malaysia juga
    wajib menerima pncerahan

    NOTA
    cabut punat bisul
    sebelum meledak









    ---------

    21 ulasan:

    1. Lalu mengapa parti pkr tidak memecat azmin dari jawatannya sekarang? jikalau pkr perlu memberitahu pas, dat mean pkr sememangnya sudah tahu skandal azmin tersebut. so, why tiada tindakan sama seperti yang dikenakan kepada MB Khalid Ibrahim? mohon pencerahan TT.

      BalasPadam
    2. bengong la...dah tau azmin tu banyak liabiliti kenapa tak singkir dari parti je...

      BalasPadam
    3. Pakatan Rakyat
      Kah kah kah
      Kita sudah nampak
      Pakatan tiada pakatan
      Atas nama saja
      PAS kah kah kah
      Inilah parti berteras agama
      Suci murni putih serban
      Kalau jumpa duit atas jalan tak ambik
      Kah kah kah
      Tapi kalau jumpa beg duit terus kebas
      Saja nak tanya
      Jangan mare
      Islam ada sultan raja tak ?
      Sistem negara kata ikut kafir
      Sekarang apa sudah jadi
      Feudal diangkat senobat nabi
      Kah kah kah
      Golongan free loader pulak tu
      Kah kah kah
      Apa pun duit hidupkan manusia
      Itu muktamad
      Kalau duit terlopong mulut
      Haji lebai serban kopiah sama saja
      Tiada pendirian tiada prinsip
      Hanya kiblat DUIT
      Kah kah kah

      BalasPadam
    4. TT, dah terang lagi bersuluh si Azmin ni korup, apahal PKR masih biarkan dia? Timbalan presiden PKR tu. Orang nombor 2 dalam parti. Daripada terangkan dekat Parti PAS, baik pecat je Azmin Ali. Nak simpan lagi ke orang macam ni. Adoi. PKR PKR...parti yang makin merepek. Orang korup kau biarkan dalam parti, lepas tu nak pergi terangkan dekat parti lain supaya jangan lantik dia walaupun dia orang parti saya. Gila tak gila.

      BalasPadam
    5. Abih tu nape tk pecat azmin tu skrg???
      Nape biarkan azmin tu jd timbalan???
      Why??? Why??? Why???
      Ini semue POYO.......

      BalasPadam
    6. nak calonkan tt tak boleh. nanti status bujang terlajak terbabas tt dijadikan bahan ugutan pula. mrk nanti tuduh tt tak suka pompuan, anti pompuan, not parental material, boleh hilang undi pompuan2 Selangor. hahahahahaa

      BalasPadam
    7. Dari Lidah Pengarang yg x bertulang lagi panjang..mujur x bercabang....itu maka nya ramai yg sukakan...apa jua yg dia paparkan...
      sahingga pengunjung TT melebihi jutaan dalam masa sebulan...

      Wa dh penat nk tuliskan.

      Teh tarik secewenn...

      BalasPadam
    8. err.. din ayam tu kawan azmin ali ke? saja tanya, jgn marah :P

      BalasPadam
    9. sikit masa lg PAS akan bercantum dgn umnos dgn alasan maslahat ummah..ko tengok la..tp aku heran dgn beberapa U-turn yg dah dibuat rupanya ramai jugek yg sokong..ttp bg aku mereka sokong PR dulu pun bukan ikhlas..smua yb angan2 nk jd menteri..aku doakan supaya Allah swt tunjukkan tembelang PAS yg sebenar..biar rakyat yg buat pilihan..

      BalasPadam
    10. Dengar khabar kalau nak khawin di selangor kini, kena namakan 3 calon pengantin. Apa punya turd. Memang duri yang mahal punya. haha

      BalasPadam
    11. Bro TT... PENGKALAN KUBOR- Pas kalau degil sangat, suh letak TSKI jadi calun pas. Kendian buat tagname LANGKAH KUBOR atau KUBOR MOVE. confirm masuk

      BalasPadam
    12. Menunggu saat di mana AA diangkat oleh media ameno persis TSKI sekarang.
      Masa tu Mak Tom pun akan keluar sama memuji melangit anak yang dulunya durhaka.

      Apakah mungkn???.

      BalasPadam
    13. Mcm mana macha yg malek hussein campak duit kt muka tu janggut???

      BalasPadam
    14. aku rasakan pas akan kemuka 2 atau 3 muka. muka 1 mungkin benar kak jijah, itu hanya sebagai simbol islamik puak ug pas sahaja demi menayangkan kesetiaan janji pada pakatan.
      muka 2 dah diheboh selama ni sebagai azmin. tapi aku rasa sebenarnya bukan muka azmin yg disembahkan. itu cuma cakap2 cover, cakap2 kulit luar. mustahil seluruh kepimpinan pas tiada tahu menahu cerita2 tentang org2 politik lebih2 lagi tentang org2 saf atas termasuklah cerita tentang azmin. dan lebih2 lagi puak ug yg ligat mencari lorong dan lubang utk menyusup dan mencelah, sudah pasti lebih maklum tentang perihal azmin. kalau tgna mungkinlah kurang tahu sebab nik aziz sibuk beribadat peribadi, sibuk mengajar ilmu, sibuk melawan sakit, kurang berkesempatan sembang hal2 peribody org. puak ug mesti meneroka semua cerita2 peribody ni supaya dapat menangkap tingkap peluang yg dinanti2.
      jadi jika mereka pun dengar peribody azmin diragui, suka bolot dll, mestilah mereka juga tidak mau azmin naik jadi bos di negeri terkaya malaysia.
      jadi sebenarnya muka 2 yg akan disembahkan ialah muka pas ug dalam selangor sendiri!
      alasan: pas adalah parti individu memegang kerusi terbanyak, termasuklah sebagai parti dalam gagasan pakatan rakyat. walaupun dap juga memgang sama banyak kerusi, tetapi 15 org dap tu tiada sorang pun melayu lalu tiada yg layak jadi mb.
      tetapi bilangan sokongan pula jadi batu penghalang utk impian pas ug masa ini, kerana sokongan umno 12 + sokongan kalid 1 + sokongan pas cuma 13 bukan 15 = 26, maka sokongan pada kak jijah lebih banyak iaitu 30 termasuk 2 dari pas morib dan pas hulu kelang.
      sebab itulah yg bertitah melambat2kan perjumpaan dgn kalid, kunun2 tunggu kebalikan dari berjalan2 cari makan. dah jumpa kalid pun, siap bagi lagi 1 minggu tempoh untuk pakatan sembahkan muka2 calon. muka2 calon pun disyaratkan lebih dari 2, tujuannya semata2 bagi pakatan pening dan perlu lebih masa nak pikir solution.
      apa guna pemanjangan tempoh melambat2kan permainan ini? itulah permainan politik kotor untuk menarik kembali 2 org pas tersebut. lihatlah mereka telah awal2 diugut akan ditendang keluar pas. itu cubaan awal supaya 2 org ini akur dgn puak penentu dalam pas. sudah tentu ada kaedah2 lain yg akan dan sedang diambil demi menarik 2 undi berharga ini - rayu mulut, pujuk akhirat (guna hadis dan ayat quran), pujuk duniawi, ugut hutang, dll)
      jika 2org masih degil?
      tempoh inilah diambil utk membeli undi lain pula. pkr terkenal dgn ahli2 termasuk kalangan pemegang jawatan pimpinan yg senang dialih tempat kaki mereka berdiri. dap juga ternyata ada individu berwatak katak seperti terbukti di perak. sudah tentu ada backer menanti dgn kewangan yg menggunung dari parti kawan. jika tiada imbuhan kewangan pun, dah tentu ada janji jawatan.
      adakah anwar terlalu bodoh tak tahu semua permainan ini? dah tentu dia dan kit siang dll semua tahu. itu pasal awal2 dah dihebohkan cerita kunun azmin ditawar jadi mb jika setuju dgn ug. itu rekaan semata. itu adalah cubaan men-checkmate-kan puak ug bila mereka ditepis dari dalam pas sendiri. sebab itulah telah lama dihebohkan azmin adalah muka 2 yg akan disembahkan pas. itu cuma cakap dari pkr, dalam strategi nak menepis tadi. itu pasal kita lihat pas pun tergagap2 kejap ia kejap uturn dll.
      tapi perangkap pkr itu bukan cara yg sangat efektif utk menghentikan jejak puak ug. ug masih boleh menebusi halangan, walaupun calarbalar wajah org di hadapan.
      pakatan hanya boleh menghentikan langkah ug dengan diri mereka sendiri: setiap individu setia sekukuhnya pada pakatan, termasuklah 2org pas yg berkata setia pada pakatan itu. jika ada individu yg lemah dan goyah, habislah.
      1 minggu ini penentu, setiap detik ada cubaan taktik...

      BalasPadam
    15. Kah kah kah kah..DNA umno tatap DNA umno... #HantuRaya #RayaHantu.. Kah kah kah

      BalasPadam
    16. kalau team profesional dalam PAS spt Khalid Samad,Hanipa Maidin,Husam Musa,Salahudin Ayub,Mahfuz Omar,Nizar dll lagi tubuh satu parti lain spt PAS atau masuk PKR confirm takde lagi orang sokong PAS terutama sekali anak2 muda.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Yg ni aku setuju. Puak2 ulamak mabuk quran, mmg dah lama x boleh buat kawan. Hanya depa saja yg mewarisi nabi dan kita kene jadi pengikut x boleh tafsir quran. Allah Taala yg endorsekan sendiri hanya derang saja yg boleh terjemahkan quran dan hadis dan hanya mereka adalah waris nabi. Kita sumer ahli nuraka..

        Padam
    17. Salam TT;

      Australia buat kecoh lagi, kali ini menghalang media australia dari mendedahkan kes kes rasuah pemimpin Malaysia. baca lanjut.

      http://wikileaks.org/aus-suppression-order/

      terima kasih.

      BalasPadam
    18. Kepala butuh pak hang la TT
      1. BELANJA PILIHAN RAYA KIRA BELANJA HANGUS LA. GILA KE SETIAP KALI NAK KASI DUIT NAK TULIS RESIT? NAK TULIS APA KAT RESIT? MAKAN MINUM 3500? Lagi mampos la kalu SPRM tau resit mcm nie
      Kang satu dunia tau hang mega fool kang lagi malu org jelebu. Cikgu aku pesan kalu bodo diam2x. Simpan sikit bodo tu buat Bekalan hari tua.

      2. Hang ingat PKR nie ada duit ka? Kalu azmin berbinkan daim zainudin ka hj vinsen tan ka bole la.
      Kat malaya nak jadi leader kena ada duit. Takde duit ingat jual bulu bole laku?

      Bangang punya penghasut. Nak hasut pong agak2x la. Dah mcm utusan malaya aku tengok hang nie.

      BalasPadam
    19. Yg komen dlm ni bukan nye ceredik mana pn......ulasan mengalahkan profesor....

      BalasPadam