MAKNA
DAN TANDA
dikutip
dari
http://www.historytoday.com/richard-cavendish/abdication-king-farouk
Pada
tahun 1952 – saya baru lahir. Jadi apa yang saya tulis ini
hanyalah apa yang saya kutip 20 tahun kemudian. Surah yang saya
tulis ini surah saheh. Tok Perawinya amat ramai - semuanya orang
Arab. Maka saya tidak akan mempertikaikan sanadnya.
Pada
satu ketika dahulu Mesir dibawah pemeritahan Raja Farouk – Raja
Mesir dan Sudan. Mesir menjadi wilayah rebutan kuasa kolonial
Peranchis dan Britain. Mesir kaya dengan sejarah kuno. Negara ini
satu-satunya negara Arab yang ramai penduduk, pertanian subur dan
berpotensi untuk menjadi kuasa besar di Afrika dan Timur Tengah.
Sesudah Perang Dunia Kedua - muncul Free Officer Movement – gerakan nasionalis anti penjajah dibawah pimpinan Gamel Abdel Naseer dan Muhamad Naguib. Mereka melakukan rampasan kuasa. Raja Farouk dinaikkan keatas kapal dan dihantar ke Itali. Mesir menjadi Republik Mesir. Naguib menjadi Presiden dan Naseer menjadi Perdana Menteri.
Raja
Farouk ini adalah raja akhir untuk Mesir. Zaman Firaun dan zaman raja
di Mesir tamat pada tahun 1952. Raja Farouk ini pernah berkata :
akhirnya dalam dunia ini hanya tinggal 5 raja, Raja England, Raja
Lekok, Raja Daiman, Raja Kelawar dan Raja Sepit. Surah ini diketahui
oleh semua warga Arab. Ketika saya berkelana di Timur Tengah – dari
Liban ke Baghdad – surah ini sering saya dengar apabila saya
berkesah kepada anak-anak muda Arab tentang Malaysia yang memiliki
ramai raja.
Kelmarin
kita membaca bahawa seorang Menteri Besar baru telah muncul di
Selangor. YB Azmin Ali telah dipilih oleh Istana untuk menggantikan
Khalid Ibrahim. Kemuculan Azmin Ali ini bukan menjadi berita pelik
tetapi menjadi berita benar.
Adalah
adil bagi saya untuk menambah surah ini dengan memberikan latar
politik yang telah berlaku di Selangor. Saperti Tun Seri Lanang yang
mengkitabkan Salalatus Salatin untuk anak cucu cicit – saya juga
bersurah agar anak cuci cicit kita dapat mengetahui apa yang telah
berlaku pada tahun 2014 di Selangor.
Parti Keadilan Rakyat telah lama hilang keyakinan terhadap Khalid Ibrahim. Maka Langkah Kajang diwujudkan dengan niat untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor. Rancangan ini gagal. Deep State atau Daulah Terpendam telah bergerak dan berjaya mengenepikan Anwar Ibrahim. Masuk Dr Wan Azizah – Presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai ganti untuk menjadi calon N25 Kajang.
Wan Azizah bukan sahaja menang malah undi sokongan bertambah berganda. Ertinya Langkah Kajang mendapat sokongan. Tetapi Khalid Ibrahim – bekas peniaga - yang bijak mencongak jual beli tetapi gagal membaca politik. Khalid menayangkan sikap enggan berundur.
Kengganan Khalid atau lebih tepat lagi kalau saya katakan kedegilan Khalid ini telah mebuka ruang untuk ' hantu dan polong' merancang dan memasang lukah. Memang ramai hantu dan polong menunggu peluang untuk merembat harta kekayaan Selangor.
Surah
ini akan menjadi tempang dan lopong jika saya tidak sebutkan peranan
Haji Hadi Presiden PAS dalam pergolakan politik Selangor. Sikap klik
klok yang diambil oleh Haji Hadi juga membuka satu lagi pintu untuk
polong dan hantu memasang lori dan trailer untuk menawan pasir
Selangor.
Peralihan
MB – dari Khalid Ibrahim ke Wan Azizah ini menjadi bisul yang
menakutkan para politikus. Apa yang mereka takuti ialah proses
'menunggu MB' akan membosankan orang ramai. Sokongan kepada Pakatan
Rakyat akan pudar dan hilang. Ini juga merosakkan ketrampilan imej
Pakatan Rakyat yang telah berjaya menambah kerusi Dun dan Parlimen
sesudah PRU13.
Menunggu Khalid 'celah dan blah' ini telah menimbulkan pelbagai bentuk krisis dalaman. Dalam PKR kita membaca bagaimana Azmin Ali telah merancang senyap-senyap kentut halusnya untuk menawan kerusi MB. Dalam PAS pula kita terbaca, kita terdengar dan kita diberitahu bagaimana kepimpinan Hadi semakin kluk klik. Gohed gostan Hadi ini memeranjat ramai orang. Malah para penyokong setia parti PAS juga terperanjat berok.
Hadi Awang pada satu ketika dahulu adalah protaganis utama politik Islam di Malaysia. Tetiba kedegilan Khalid Ibrahim untuk berundur telah membuka jubah Hadi. Tok Guru yang dahulunya seorang Islamis-Internasionalis kini menjadi jaguh Melayu dari Kampong Rusila.
Gohed
gostan Hadi Awang ini juga telah membuka satu lagi pintu. Kali ini
bukan polong tetapi kemunculan satu gerakan Islam progresif –
sebuah NGO yang dipanggil PASMA. NGO ini adalah wadah anak-anak
muda yang merasa mual, loya dan tidak berpuas hati dengan garis
politik Hadi Awang.
Kalau di Indonesia ada PDIP – Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan. PASMA – di Semenanjung walau pun bukan sebuah parti politik tetapi sentimen sambutan dan aura para protoganis gerakan ini dilihat berkemungkinan menjadi wadah perjuangan sebuah parti politik.
Umum
mengetahui bagaimana Wan Azizah telah mendapat 30 Akuan Bersumpah
dari Adun Selangor termasuk dua dari Adun PAS yang menyokong Wan
Azizah untuk menggantikan Khalid. Umum juga tahu bahawa PKR dan DAP
telah mengajukan hanya satu nama – Dr Wan Azizah Wan Ismail –
kepada Istana. Umum juga tahu bahawa nama Azmin Ali tidak dicadangkan
oleh PKR , oleh DAP atau pun oleh PAS.
PAS
dikatakan telah menghantar 3 nama – kesemuanya adalah Adun dari
PAS. Kesahehan dan nama YB yang mana telah diajukan kepada Istana
hanya Haji Hadi seorang, atau mungkin Din Ayam menantunya sahaja
yang mengetahui.
Kelmarin
diumumkan bahawa YB Azmin Ali dari Gombak telah dipilih oleh Istana.
Saya ulangi : dipilih oleh Istana. Istana telah mengambil langkah
yang amat pelik lagi memelikkan. Biasanya nama bakal MB ini akan
diketahui berhari-hari lebih awal sebelum angkat sumpah. Kali ini
Istana telah melakukan serangan mendadak. Semua ini dilihat gajil
lagi pelik. Semua ini menimbulkan persoalan yang diwajib di tanyakan
untuk kurun ini.
Dalam kenyataan resmi PKR – secara terbuka dan terang telah menyatakan bahawa tindakan Istana itu salah. Perlantikan MB yang baru ini tidak berlandaskan suara majoriti. Azmin Ali TIDAK mendapat sokongan dari mana mana parti dalam Pakatan. Mengikut kenyataan PKR lantikan ini adalah bersalahan dengan Undang-undang Tubuh Selangor. Kenyatan yang sama juga telah dikeluarkan oleh DAP.
Ketika saya menggarap tulisan ini – saya belum terbaca kenyataan dari PAS atau dari Tuan Haji Hadi Awang.
Apa
sebenarnya yang dapat kita baca dari Langkah Kajang-selain dari
berundurnya Khalid Ibrahim. Wajib untuk kita semua mengumpul
pengalaman dan mendewasakan pemahaman politik. Selain dari memberi
ingatan pada anak cucu cicit.
Petama:
tindakan Istana ini membuka banyak implikasi. Jika Istana boleh
memilih MB – maka apa perlunya diadakan pilihan raya. Apa perlunya
diadakan Dewan Rakyat atau Dewan Negara atau Dewan Negeri. Apa
gunanya ahli Parlimen diundi dipilih. Selamatkan dana dari membazir
mengadakan pilihan raya.
Kedua: apa yang berlaku di Selangor ini akan menjadi precedent – rujukan - kepada negeri lain. Apakah mustahil lima tahun dari hari ini tetiba Sultan Kelantan mahu Ibrahim Ali jadi Menteri Besar. Atau Sultan Kedah tetiba mahu Mahfuz Omar menjadi MB Kedah menggantikan cucu Iskandar Kutty.
Ketiga: Dalam Kes Perak 2009 – suara majoriti – tanpa Akuan Bersumpah telah menobatkan Zambry Kadir untuk menggantikan Nizar Jamaluddin. Kenapa suara majoriti ini tidak di nobatkan di Selangor? Ada dua hukum – satu untuk memenangkan United Malays National Organisation dan satu lagi untuk mengalahkan Pakatan Rakyat.
Krisis
Selangor ini telah membuka banyak seluar dalam dan jubah. Secara
makro - hubungan antara PAS dan PKR kelihatan renggang. Ini akan
mengambil masa yang lama untuk diubat baik. Secara mikro pula kita
melihat wujudnya kelompok-kelompok yang tidak segaris wujud dalam PAS
dan dalam PKR.
Keburukan ini pasti ada baiknya. Pada hemat saya satu yang amat positif muncul dari Politik Selangor ini ialah kemuculan jalur garis politik dalam PAS dan PKR. Jalur-jalur ini bertingkah-tingkah. Adalah satu kesilapan jika dibaca bahawa jalur ini adalah perbezaan pribadi antara sosok dengan sosok. Untuk saya ini silap. Dibelakang sosok-sosok ini adalah garis politik. Sosok-sosok ini mewakili satu jalur pandangan.
Dalam pertempuran politik akan muncul pelbagai jenis manusia. Ada yang merancang secara gelap-gelap dalam gua, ada yang terbuka menyatakan pandangan, ada yang pasang janji pasir sana dan pasang janji air disini. Ini adalah perjalanan politik. Ini realpolitik. Kaum orpotunis, kaum kelentong dari pelbagai genre membiak dalam suasana sademikian. Dalam masa yang sama juga dalam krisis melahirkan pemimpin baru dan menguji yang lama.
Akhirnya
kita kembali sekali lagi kepada surah Raja Farouk. Apa yang
dilafazkan dalam surah Raja Farouk itu adalah kebenaran. Apa yang
dilakukan oleh Istana dengan tidak menghormati suara majoriti akan
mendekatkan kita semua kepada Raja Farouk. Apabila Istana memungut
nama Azmin Ali maka ianya memungut Raja Kelawar. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
amput tuanku, depan dipadat belakang sendat...taunku sultan kaki ampun, taik palat nak bertanya....sejak bila urusan pilih kepala menteri ikut suka hati lu....pukimak betul, dahlah muka free, amput amoi senang hati...anak kaki botol gerenti jadi ketua agama...memang taik palat
BalasPadamKah..kah..kah...
BalasPadamnampaknya pencerahan TT kali ini nampak macam sumbang.Nampak dah jadi macam konar sana konar sini macam hadi barua tu.Sebenarnya TT,kau tak manfaatkan ilmu simiotik kau.
hakikatnya, TT, sultan, gerombolan United Malay No Otak dan seangkatan dengannya sudah kena kencing dengan Mr. Defacto keadilan,yaitu pak syeh.
Umumnya tak ramai yang sedari sebenarnya itulah rancangan Raja licik politik malaysia macam belut.kah..kah..kah..
Tengok apa yang terjadi,pasang perangkap bini sebagai umpan, tetapi sebenarnya bukan nak jerat ikan bilis,tapi nak jerat musuh dalam selimut dan penyimpan botol besar.kah..kah..kah..
Wayang mainan pak syeh memang sukar dilakukan oleh sesiapa pun.Hatta TT pun kena pusing macam gasing.cume disini aku tabik spring pada pak syeh. nak menipu lawan politik macam geng barua pil kuda dan united malay no otak,mestilah lebih bingkas, tidak setakat itu saja tahap ketua pil kuda, tahap barua kepada umnongok.
Apa-apa pun aku sangat puas bila si Azmin padang tembaga jadi MB.Seperti yang aku kata, dia memang seorang yang baik hati dan penyabar menghadapi dugaan,Jadi Tuhan sudah balas jasanya atas kebaikan menolong sahabatnya yaitu pak syeh masa dia didera oleh puak gerombolan penyamun ali baba dan penyamun-penyamunnya. sekian. kah...kah..kah..
Apabila payung keramat dah koyak.kita terus basah.dalam hujan politik .yang akhirnya menenggelamkan sisa kepercayaan..tinggal hanya besi yang tajam mencucuk luka demokrasi..semuanya angkara raja ..Raja mana? Rajaa kapoooooooor...
BalasPadamAbih tu nape dap & pkr nyatakn sokongan & restu kt azmin???
BalasPadamNape tk dibuatkn usul tk caye pilihan istana???
Nape nk salahkn istana & pas pulak???
Ni semue poyo la....
Tt ni nmpknye ade unsur2 yg nk mnentangkn kebangkitan islam....
Ni agenda sape ni????
Azmin kn dh dpt suara majoriti sokongan...
Lg satu pr ni bkn cm bn....
Bn kn dibwh telunjuk ameno....
Poyo la btul tt ni.....
Hidup Azmin. Rezeki hang.Pak syeikh nak jadi MB tak jadi sebab kes 'sondol' tak habis. Cuba pula bubuh bini jadi MB wayang kulit tak jadi sebab Raja Farouk dah tahu. HIDUP AZMIN. Memang jawatan tu hang layak dan Raja Farouk tahu hang jujur dan telus berintegreti.
BalasPadam..kah...kah...kah...kah
kih.. kih..kih
BalasPadammcm cerita hikayat merongmahawangsa.
kah.. kah.. kah..
hoi tt dl sultan tganu pun xmau deris jusoh. diambilnya mat said..
masukkan cerita tu dalam surah kau tu tt.
hakikatnya anak2 m.cik felda xbodoh semuanya.
masukkan skali dalam surah kau knapa DAP yg mrh sgt dgn PAS bkn PKR..
kah.. kah.. kah..
masukkan skali tropicana deal, danny tan dan pilihanraya swak guna duit rakyat sgor dlm surah kau..
agar anak cucu kita tau cerita sebenar..
kah.. kah.. kah..
jgn tiru UMNO dlm menulis sejarah.
tu jdk surah melancap
kah.. kah.. kah..
Anuar yg memulakan isu ini juga yang selamat, dari kata nista bloger ni.
BalasPadampoorrah!!!!
BalasPadamwoit brader...
BalasPadamaishah bila nak bawak balik?
Terimakasih abam TT atas ilmu yang dicurahkan dari 98, memberi option kedua dari mainstream, jasamu dikenang selagi hayat dikandung badan.
BalasPadam1952.oooo tua dah kao rupanya TT.tp kepala hotak x mcm org tua.cuma time teriingt awex jer jd tua balik semula kah kah kah.tang kuasa soltan melantik tu aku sokong kao 100%.mana punya undeng2 daaaa...berapa lama agaknya org boley bertahan.masa org masih ada secebis hormat ni berubah laaa soltan...jlnkan tugas dgn benar2 jg rakyat.bkn rakyat yg jaga soltan.jgn jdkan rakyat mcm kerbau bajak sawah.padi beras dibalun.kerbau tetsp bedal rumput n dok kat kandang jer.time susah x der padi beras dera kerbau lg.
BalasPadamKpd pembaca, untuk mengelak kemelut MB Selangor mengulangi, kita mesti menggabul satu undang-undang dengan segara. Iaitu :- MB Selangor tidak boleh membuat keputusan seorangan, tentang hal-hal yang penting. Yang boleh buat keputusan ialah melalui Jawatan kuasa Pakatan Rakyat. MB Selangor tidak ada kuasa mutlak dan tidak ada kuasa diktator. MB Selangor cuma adalah jurucakap kepada Jawatan Kuasa Pakatan Rakyat. Tandatangan MB Selangor perseorangan, tiada bernilai, tetapi cop dan tandatangan Jawatan Kuasa Pakatan Rakyat adalah bernilai. Tujuan ialah untuk elak pemusatan kuasa di tangan MB Selangor seorangan. Elak MB Selangor diperas-ugut oleh orang jahat.
BalasPadamKah kah kah tukar tiub macai pkr.tapi tak daftar pemilih..Kah kah kah...kalau ilmu politik ikut logik gaya begini, budak kecik pun kah kah kah kat tukar tiub.Kah kah kah
BalasPadamaku pun jadi tak paham dgn ahli politik malaysia ni...susah sgt nk larut dgn politik malaysia ni..sedangkan blog pak tt ni..ari-ari dok bagi pencerahan..sebab,akibat,tanda,makna...sesuatu peristiwa...untuk sosial,demokrasi,sekular,erdogan,serbanitas...atau ape saje gelaran kita..semua ade dlm blog pak tt nie..tak yah nk susah2...nk baca kitab,buku..yg kita pun susah nk paham..sebab aku tengok..selalunye ape yg pak tt tulis..mesti jadi bagai yg dijangka kira 8/10 la..yg best nye..bila dah jadi..baru la kita ckp camni.."betul la.. aritu tt dah cakap camtu..."tapi bile jadi je hal(mcm skang ni).masing2 buat2 sibuk dok cari jawapan yg dh pun di bagitahu oleh pak tt..selama ni...hadoiii..benar bagai dikata org, blog tukartiub mcm tong sampah...kena pandai mencari..dan nyata byk yg bernilai...dlm tong sampah ni...
BalasPadamInila peranan utama kenapa penjajah wujudkn ramai watak soltan/raja paling ramai dlm dunia kt malaysia ni....
BalasPadam