KOMENTAR
pada tahun 40'an
pada tahun 50'an
perasaan ini wujud di tanah melayu
perasaan tidak mahu dijajah
persaan menentukan nasib sendiri
perasaan mahu berkerajaan sendiri
perasaan inilah yang sedang
merebak di sabah dan sarawak
akta banginda queen ke
apa sahaja akta tidak akan memadamkan
perasaan ini
perasaan ini juga
dirasakan oleh rakyat palestine
dirasakan oleh rakyat bosnia
dirasakan oleh acheh
perasaan ini
adalah perasaan asas wujudiah manusia
tidak mahu jadi hamba
tidak mahu dijajah
Di Sabah dan Sarawak,
Akta Hasutan gagal
sekat desakan keluar Malaysia
Semakin ramai rakyat Malaysia Timur menandatangani petisyen menuntut supaya Sabah dan Sarawak dipisahkan daripada Malaysia walaupun diancam dengan dakwaan hasutan, kata ahli politik Sabah dalam forum malam tadi.
Jeffrey Kitingan berkata, petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mampu membuka jalan kepada satu pendengaran sama ada Sabah dan Sarawak berhak untuk mentadbir sendiri kini sudah mendapat 20,000 tandatangan.
Petisyen itu masih diteruskan walaupun polis melancarkan siasatan terhadap kumpulan lain yang mengumpul petisyen secara atas talian bagi menentukan sama ada Sabah dan Sarawak perlu meninggalkan Malaysia.Kitingan berkata, siatasan polis itu sebaliknya mencetuskan lagi kebangkitan di kalangan rakyat biasa Sabah dan Sarawak.
"Situasi tidak seperti 20 tahun lalu. Lihat saja di Internet dan media sosial.
"Anak muda tidak takut ditahan kerana mereka percaya sesuatu mesti dilakukan.
"Daripada cuba menimbulkan ketakutan, Putrajaya perlu dengar suara mereka dan faham kenapa rakyat Sabah dan Sarawak tidak gembira dan tidak puas hati," katanya yang juga pesiden parti pembangkang, Parti Pembaharuan Negeri Sabah (STAR).
Di Sabah, kemarahan penduduk tempatan timbul apabila mereka percaya Umno cuba mengubah demografi negeri dengan memberikan kad pengenalan kepada masyarakat Islam daripada Filipina dan Indonesia.
Kitingan pada ceramahnya malam tadi mencadangkan Putrajaya mempertimbangkan cadangan merangka perjanjian Malaysia baharu yang memberi lebih banyak hak pemerintahan sendiri kepada Sabah dan Sarawak.
"Kami mahu penstrukturan semula Perjanjian Malaysia. Kami tidak mahu keluar. Tetapi jika kamu tidak mahu bekerjasama maka kami terpaksa pergi ikut cara kami sendiri," katanya.
------------
kah kah kah simpanan tetap yang digodam ? ABU !
BalasPadam