Selasa, 23 September 2014
SELANGOR KINI
KENYATAAN MEDIA:
Selangor Kini tuntut lebih kebebasan media
Selangor Kini sebagai sebuah akhbar rasmi Kerajaan Selangor merakam ucapan terima kasih kepada bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim atas sumbangannya dalam memajukan media.
Pentadbirannya mengangkat nilai kebebasan media ke tahap lebih baik berbanding akhbar negeri ketika zaman pemerintahan Umno BN yang menggunakan nama Era Jaya.
Namun, tahap kebebasan media perlu dipertingkat - tanpa mengikut telunjuk mana-mana pemimpin mahupun parti politik baik pemerintah mahupun pembangkang, sebaliknya menjadi saluran suara rakyat akar umbi.
Ini penting kerana operasi media negeri dijana melalui wang rakyat, sama sekali berbeza dengan penerbitan akhbar kepartian seperti Harakah dan Suara Keadilan. Semua media negeri yang ditadbir Umno BN juga harus mengambil langkah ini
Selangor Kini berharap pentadbiran Menteri Besar yang baharu - walau sesiapapun - bersedia untuk memerdeka akhbar negeri ini dari sudut editorial dengan tiadanya campur tangan politik sebaliknya tertumpu kepada suara rakyat selain menjulang dasar kerajaan negeri.
Oleh itu, usaha tertentu harus dibuat tanpa menjejaskan kebajikan kakitangan sedia ada supaya proses kemajuan media negeri terus berlanjutan melalui pentadbiran baharu.
Fazallah Pit
Ketua Pengarang Selangor Kini
22 September 2014
------------
It's payback time Hisham. The mb is gonna get you dead or alive....lol
BalasPadamsaya mohon cukuplah setakat ini.cuba berikan buah fikran yang bolih membina semula kekuatan PR dari terus membubuh racun kepada kawan sepermainan.Jangan menjemput hinaan dan cemuhan orang kepad kita.belajar muhasabah diri.Bersih ke kita ni?
BalasPadamsaya mohon cukuplah setakat ini.cuba berikan buah fikran yang bolih membina semula kekuatan PR dari terus membubuh racun kepada kawan sepermainan.Jangan menjemput hinaan dan cemuhan orang kepad kita.belajar muhasabah diri.Bersih ke kita ni?
BalasPadamEzam pula jadi Datok Menteri Besar Pulau Batu Putih
BalasPadampencerahan yg selama ni kau bawa mungkin tak sampai atau mungkin orang lain anggap kau syok sendiri. atau mungkin orang politk memang kebal dan bermuka dua.
BalasPadamapa pula lepas ni isham?
gerakan jatuhkan azmin?
bogelkan segala salahlaku azmin?
atau lobi adun lain buat undi tak percaya pada azmin?
tapi aku tetap yakin kau takkan bodek azmin.
teruskan menulis dengan apa yg kau percaya dan perjuangkan.
mat ezzam dapat jadi senatak
BalasPadamSaya cadangkan diujudkan dua bahagian, satu untuk mengetengahkan pandangan dari pihak pemerhati dan satu lagi untuk memuatkan hasrat dan pandangan pihak Kerajaan dan penerajunya.
BalasPadam