KOMENTAR
bayangkan
jika minyak sarawak
hanya untuk sarawak
tak perlu dibawa ke semenanjung
bayangkan!
Eksploitasi dua kali
KUCHIING: Lapan puluh peratus daripada 2.6 juta penduduk Sarawak dijangka akan terjejas teruk disebabkan oleh kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter.
Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, kenaikan itu akan mempunyai kesan ke atas penduduk yang kebanyakannya tinggal di luar bandar berkerja sebagai petani sara diri dan nelayan.
Beliau berkata, kenaikan itu akan memberi kesan ketara dalam kos pengangkutan barangan yang digunakan setiap hari oleh kumpulan ini, yang telah dikenalpasti oleh kerajaan sebagai paling miskin di negara ini.
“Ini adalah harga yang kita bayar untuk pembaziran yang berterusan dan tidak berhenti-henti, rasuah serta kronisme yang diamalkan oleh kerajaan BN,” kata Chong pada sidang akhbar semalam.
Beliau dakwa pengurangan berterusan subsidi petrol menyebabkan harga runcit yang lebih tinggi disebabkan oleh “pembaziran, rasuah, dan kronisme”.
Perkara ini sangat jelas kerana Malaysia dikurniakan dengan sumber asli yang melimpah ruah, tetapi rakyatnya bersusah payah.
“Oleh kerana pembaziran, rasuah dan kronisme, kita sebenarnya hidup dalam kos sara hidup yang tinggi, tetapi dengan pendapatan yang rendah. Inilah dilema kita,” katanya.
KAH
KAH KAH
bayangkan!
i rest my case
my lord
------------
Undilah Bn.
BalasPadamBn menang rakyat senang....senang ditipu.
Ini bukan bayangan.Sarawak kena bantai 101% keturunan monggolia.Dulu kena belasah 95% royaliti minyak dan sekarang kena 6% gst.kenapa sarawak pengeluar minyak dan gas perlu tanggung subsidi negeri yang tiada minyak?
BalasPadam