Khamis, 6 November 2014

APA ITU ISIS








APA ITU ISIS?

Perang di Timur Tengah hari ini semuanya bermula dengan ledakan WTC pada 9/11. Ini kenyataan salah. Semuanya bermula dengan Perang Iraq. Ini juga kenyataan salah. Semuanya bermula dengan Iran. Ini juga salah. Semuanya bermula dengan Zionis Israel. Ini juga salah. Semuanya bermula dengan Saddam dan Gadaffy. Ini juga salah. Semuanya bermula dengan pertelingkahan Sunni dan Shia. Ini juga tak betul. Semuanya bermula dengan CIA dan KGB. Dengan MI6? Ini juga salah.

Jika semua salah – jika semua tak betul - apa puncanya perang yang sedang melanda Timur Tengah hari ini?

Biar saya nyatakan disini : Perang dan pergolakkan politik dunia hari ini semuanya berpunca dari: PETROL – bahan bakar petrolium. Minyak petrol telah menjadi punca Perang Dunia Kedua. Dan kini Perang Dunia Bahagian Ke2 juga disebabkan oleh minyak petrol. Pergolakan politik dunia hari ini adalah pergolakan pengeluaran bahan bakar pertolium.

Saya telah banyak menulis tentang teori 'Peak Oil' atau Puncak Minyak. Saya juga telah cuba membawa pencerahan tentang peranan minyak dalam tamadun manusia moden. Semua ini saya lakukan dengan harapan para pembaca akan memiliki latar untuk memahami apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini. Memahami apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita semua.

Sayugia diingatkan bahawa dunia hari ini amat jauh bezanya dari dunia arwah ibu dan ayah saya. Malah dunia hari ini amat jauh bezanya dari dunia yang saya lalui ketika saya membesar di sekolah rendah hingga ke universiti.

Dalam masa yang amat singkat Malaysia telah mengalami perubahan mendadak. Dalam masa yang singkat dunia telah berubah. Perubahan mendadak ini berlaku kerana wujudnya bahan bakar petrolium. Semenanjung Malaysia mula menjadi pengeluar minyak pada tahun 1974. Asas ekonomi Malaysia mula beralih. Dari getah dan bijeh kini dengan duit modal minyak – Malaysia mula membina infrastruktur untuk menjemput pemodal luar. Tanpa bahan bakar minyak Malaysia pasti bukan Malaysia yang kita hadapi hari ini.

Dunia hari ini adalah dunia petrolium. Asas dunia hari ini ialah minyak. Tanpa minyak dunia hari ini akan terhenti dan tidak bergerak. TERHENTI dan TIDAK BERGERAK? Betul - apabila minyak habis maka dunia ini akan terhenti. Tamadun kita hari ini akan terhenti.

Tamadun kita hari ini ialah Tamadun Minyak. Dunia hari ini bergerak kerana wujudnya minyak. Tamadun Minyak ini bergerak melalui satu sistem ekonomi yang dipanggil sistem eknomi kapitalis. Dari Tamadun Minyak dan dari sistem ekonomi kapitalis ini muncul budaya, nilai, politk dan negara bangsa. Umat manusia hari – anak semua bangsa - semuanya adalah Umat Minyak.

Persoalan muncul berapa lama agaknya minyak akan terus mengalir dari perut bumi? Berapa lama lagi bahan bakar ini akan terus dapat menjana dan membakar agar sistem kapitalis ini terus bergerak?

Salah satu jawapan datang dari Peak Oil Theory atau Teori Pucak Minyak.Teori ini telah cuba menjawab soalan ini. Teori ini secara ilmiah dan berdasarkan fakta telah meramalkan kehabisan minyak dalam dunia ini. Apabila minyak habis maka Tamadun Minyak yang berumur kurang lebih 150 tahun ini akan terhenti dan runtuh.

Mengikut teori ini kita TELAH melintasi puncak dan SEDANG memasuki zaman meleset. Ini bermakna dari hari ke hari bahan bakar minyak petrolium akan berkurangan. Permintaan makin bertambah. Ekonomi kapitalis bergantung kepada pengeluran dan permintaan. Pabrik dan kilang memerlukan bahan bakar minyak untuk bergerak. Permintaan untuk minyak bertambah manakala pengeluran minyak makin berkurangan. Harga minyak tidak menentu dan semakin mahal.

Jika minyak menjadi bagitu mahal dan pengeluaran berkurangan maka tamadun kita akan runtuh. Keruntuhan tamadun bukan satu yang baru. Dari kajian arkeoloji kita membaca bagaimana Tamadun Inca berkembang dan runtuh di Amerika Latin. Kita juga membaca bagaimana Tamadun Lembah Ganges berkembang dan runtuh di India. Kita juga membaca bagaimana Tamadun Mesir kuno maju dan runtuh. Malah dalam kita-kitab suci agama-agama ada kesah dan surah tentang tamadun kuno yang telah runtuh. Al-Quran ada menyebut tamadun Aad dan Thamud untuk dijadikan pengajaran.

Apa yang saya lakarkan disini bukan satu dogeng. Fakta-fakta telah membuktikan bahawa bahan bakar petrolium ini akan habis. Minyak adalah sumber asli – mengalir keluar dari perut bumi. Minyak bukan macam getah atau sawit – boleh ditanam untuk dituai. Lima leter minyak yang dibakar bermakna minyak dunia berkurangan sebanyak lima liter. Minyak yang telah dibakar TIDAK dapat ditokok tambah.
Dari data resmi International Energy Agency tahun 2011 - dunia telah membakar 89 juta tong minyak sehari. Satu tong ialah 156 liter. Dalam setahun dunia membakar 32 bilion tong setahun. Ini data tahun 2011. Tahun 2014 pasti bertambah.

Fakta minyak semakin berkurangan ini diketahui oleh Obama, diketahui oleh Putin, di ketahui oleh pemodal international, diketahui oleh CIA , diketahui oleh perancangan dasar Rumah Puteh dan juga perancang dasar untuk Kremlin. Fakta ini juga diketahui oleh Beijing dan Parti Komunis China. Malah Najib Razak 6 tahun dahulu pernah berkata bahawa pada tahun 2016 Malaysia juga akan kekeringan minyak.

Perang Dunia Kedua telah membuktikan bagaimana Hitler telah cuba masuk ke Afrika untuk menawan telaga minyak di Mesir. Bahan bakar petrolium adalah asas utama penggerak sistem ekonomi kapitalis hari ini. Tanpa minyak maka sistem ekonomi kapitalis ini akan runtuh. Bibit-bibt keruntuhan ini semakin jelas dapat dilihat. Krisis keewangan yang bermula pada September 2008 telah melanggar dunia kapitalis masih menggelodak. Sistem kapitalis kelihatan rebah bangun. Harga minyak naik dan turun. Setiap kali ianya bangun sistem ini semakin lembik dan rapuh.

Justeru para pemikir, para perancang dan panglima perang penyokong tegar sistem ekonomi kapitalis berkumpul berfikr dan merancang. Kaum imperialis Anglo-Amerika menyedari pekara ini. Mereka melahirkan STRATIJI untuk memastikan diri mereka selamat dari ledakan kekeringan bahan bakar petrolium.

Stratiji ini ialah mengepong dan menawan semua telaga-telaga minyak mentah dalam dunia ini. Ini adalah prinsip asas perancanga ini. Selainya hanya mekanisma dan taktik untuk memastikan telaga minyak ini akan dapat mereka miliki.

Justeru – Islam, Sunni, Shia, Arab, Parsi, Kurdish, Bako Haram, Al-Qaeda, KMM, Al-Nusra, Mujahideen termasuk ISIS hanyalah projek sampingan. Semua ini adalah pecahan dari projek induk untuk memastikan bahan bakar petrolium ini jatuh ke tangan kuasa imperial Anglo-Amerika.

Project for New American Century (PNAC) Alaf Baru Untuk Amerika - telah difikirkan, dirancang dan ditulis. Projek PNAC ini sedang dijalankan satu persatu. Projek ini berpayung dibawah projek induk untuk mewujudkan New World Order – tatasula dunia baru. Peraturan baru dunia dimana semua umat manusia ini akan dikawal dan menjadi hamba kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Mungkin ada yang menganggap tulisan ini agak susah untuk dipercayai. Atau kurang diyakini. Saya menyedari pekara ini – kerana apa yang saya cuba paparkan disini ialah Gambar Besar – The BIg Picture. Saya melukis hutan belantara yang penuh dengan duri dan ranjau. Saya tidak berkesah tentang kayu Jati atau Meranti. Melihat sebatang kayu lebih senang dari melihat hutan. Tetapi batang-batang kayu inilah yang menjadikan hutan.
Maka ISIS , al-Qaeda atau al-Nusra hanyalah batang-batang kayu yang diwujudkan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika untuk memastikan projek menawan semua telaga minyak di Timur Tengah. Mereka ini hanya 'aparacik' untuk menjayakan Projek Alaf Baru Amerika.

Iraq dilaporkan sebagai wilayah yang memiliki minyak terbanyak sesudah Saudi Arabia. Ini diikuti oleh Iran dan Rusia. Iran dan Rusia bukan sekutu Amerika. Bagitu juga Iraq ketika dibawah Saddam Hussein. Dari perancangan strateji Projek Alaf Baru Amerika ini seluruh Timur Tengah termasuk Iran, Turkey, Afghanistan dan Pakistan wajib dimasukkan dalam bakul Anglo-Amerika. Justeru Perang Drones di Utara Pakistan, serangan gerila Sunni ke Timur Iran, Perang 'non stop' di Afghanistan adalah sebahagian dari stratiji ini.

Sebenarnya Perang Dunia Kedua yang berpunca dari perebutan telaga minyak hanya berhenti ' rehat' sabentar. Dunia hari ini masih lagi berperang. Di Yemen Perang Drones sedang berjalan. Bako Haram di Nigeria ialah perang perebutan telaga minyak. Perang juga sedang berjalan di Libya untuk merebut telaga minyak. Kurdish dan Arab berperang di Iraq untuk merebut Kirkuk wilayah telaga minyak Iraq.

Bagaimana dengan ISIS? Bukan kah ISIS ini berjuang untuk menegakkan Islam. Bukankah ISIS ini ingin mendirikan kembali sistem Khalifah Islam?) (TT) (bersambung)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa ingan melanggan akhbar minngun ini
siula pukul talipon
03-92-21-30-45

------------

5 ulasan:

  1. dan proses untuk kaut/sauk keuntungan minyak berlandaskan kemusnahan agama islam demi melawan militan oleh imperialis ! ABU jangan lupa !

    BalasPadam
  2. The difference between CRAZY and STUPID


    One truck driver was doing his usual delivery to a Mental Hospital.
    He discovered a flat tyre when he was about to go home.
    He jacked up the truck and took the flat tyre down.
    When he was about to fix the spare tyre, he accidentally dropped                               all the bolts into the drain.
    As he can't fish the bolts out, he started to panic.One patient happened                      to walk past and asked the driver what happened.
    The driver thought to himself, since there's nothing much he can do;                           he told the patient the whole incident.
    The patient laughed at him & said "can't even fix such a simple problem...
    No wonder you are destined to be a truck driver..."
    "Here's what you can do, take one bolt each from the other 3 tyres and                      fix it onto this tyre.  Then drive to the nearest workshop and replace the
    Missing ones, easy as that"

    The driver was very impressed and asked:"You're so smart but why are you here at the Mental Hospital?"

    Patient replied:"Hello, I stay here because I'm Crazy not STUPID!"

    Tukar Tiub orang gila tetapi Tukar Tiub bukan bodoh...kah kah kah


    BalasPadam
  3. ISIS ini peperangan Minyak Kelapa ke ????

    Malaysia ada banyak Pokok Kelapa kenapa tak keluar Minyak Kelapa ???

    Minyak Kelapa boleh buat Minyak jadi harga murah...

    Orang Orang Melayu tu bangsa Bahalol ke ??? Minyak Kelapa boleh jana motor kereta tau....

    Janganlah tanya mat monggol yang Bahalol tu.

    Kalau tak de KY Jelly , Minyak Kelapa pun boleh pakai tau.

    Mamak !!!! sapu ini kontol dengan Minyak Kelapa okaaayyyy

    BalasPadam
  4. http://www.youtube.com/watch?v=LP9TbnpDgSg&index=1&list=FLUUxxW8tB7lCo-dfQT_Qcwg

    *
    **

    BalasPadam
  5. ISIS lahir dari fatwa senget ulamak2 yang hanya tau berfatwa dari dalam bilik tidur...

    BalasPadam