ASAL
USUL ISIS
November
16, 2014 "ICH"
- "The
Independent"- The
Islamic State (Isis) has recruited an army hundreds of thousands
strong, far larger than previous estimates by the CIA, according to a
senior Kurdish leader. He said the ability of Isis to attack on many
widely separated fronts in Iraq and Syria at the same time shows that
the number of militant fighters is at least 200,000, seven or eight
times bigger than foreign in intelligence estimates of up to 31,500
men.
- Akhbar INDEPENDENT – 16 November 2014
Dari
mana agaknya perlu saya mulakan surah ini. Dari detik mana wajib
saya jadikan patukan kelahiran ISIS. Saya bertanya kerana saya ingin
berlaku adil ketika kita besama-sama membaca salasilah dan memahami
ISIS.
Kepada
anak-anak muda biar saya nyatakan bahawa pada 11 September 2011 dua
bangunan World Trade Center di New York telah meledak dilanggar oleh
kapal terbang penumpang. Juga Bangunan 7 dengan tak semena mena telah
runtuh. Ini 12 tahun dahulu. Semenjak itu dunia yang kita diami ini
telah berubah. Dunia hari ini bukan saperti dunia sebelum ledakan
WTC.
Biar
saya rungkai sejarah. Ketika ledakan 9/11 berlaku saya dikurung di
Kamunting. Justeru, tidak banyak lambakan berita yang masuk. Tetapi
saya masih ingat bagaimana pada minggu pertama satelah 9/11 ada
muncul 'kesah' ajen Saddam Hussein bertemu dengan wakil Mohamed Atta
di Praque. Muhamad Atta – dikatakan dari kumpulan Al-Qaeda. Si Atta
ini juga pemimpin 19 'pengganas' yang dikatakan telah meledakkan
WTC.
Bagitu
pantas risikan Amerika telah mengetahui rancangan Al-Qaeda. Malah
maklumat ini dikatakan telah diketahui 5 bulan sebelum ledakan.
Tetapi, hairan bin takjub - TIDAK ada apa-apa yang dilakukan.
Akhirnya
pada 19 March 2003 Iraq telah diserang oleh Amerika atas tuduhan
Saddan Hussein memiliki Senjata Pemusnah - weapon of mass
destruction. Tetiba kesah Saddam bersubahat dengan Al-Qaeda
meledakkan WTC hilang ghaib bagitu sahaja.
Saya
mengulangi-ulangi kesah ini kerana saya merasa terpanggil oleh
sejarah untuk merakamkan apa yang telah berlaku satu dekad yang lalu.
Iraq dan Saddam Hussein tewas. Presiden Iraq ini digantung mati.
Tetapi perang TIDAK mengendur tapi berterusan dan hari ini semakin
melebar.
Satelah
Baghdad jatuh yang datang menjadi wakil Rumah Puteh ke Baghdad ialah
seorang diplomat bernama Paul Bremer. Langkah pertama Mamat Bremer
ini telah meruntun dan memusnahkan apa sahaja lembaga-lembaga daulah
dari kerajaan Saddam. Pegawai kerjaaan, guru sekolah, pensyarah,
pemandu, wartawan semua dibuang kerja.
Paling
memeranjatkan dunia ialah apabila semua askar, soldadu dan pegawai
polis Irag dilucutkan senjata. Beratus ribu hilang pekerjaan.
Mengikut
lojik Bremer - semua ini dilakukan untuk memastikan semangat dan
kesetiaan terhadap nasionalis Saddam dan parti Baath dapat
dilupuskan.
Maka
perang gerila anti-Amerika dan anti-kolonial bermula. Perang gerila
ini ini dipandu dan dipimpin oleh bekas soldadu dan tentera yang
masih setia dengan Saddam. Mereka terdiri dari pelbagai jalur
termasuk kaum nasionalis, kaum agamawan juga dari kabilah-kabilah
suku Badwi yang memiliki kesetiaan lepada ketua kabilah.
Perang
gerila ini menghuru harakan Rumah Puteh. Ramai soldadu Amerika dan
sekutunya gugur. Langkah Bremer melupuskan tentera Saddam dilihat
sebagai satu kesilapan besar. Maka satu taktik baru dimunculkan.
Saperti
kuasa kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu dan berhadapan
dengan Perang Gerila Rakyat Malaya – Amerika juga menggunakan
taktik 'pecah perentah'. Kalau di Tanah Melayu – kaum Cina
dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan Melayu. Di Tanah Melayu Cina
dan Melayu digaduh-gaduhkan. Di Iraq – penganut Sunni dan Shia
digaduh-gaduhkan.
Satu
malam yang gelap ajen Amerika secara sulit telah meledakan Masjid
Sunni. Satu minggu kemudian ajen yang sama telah meledakkan Masjid
Shia. Pemimpin Sunni dibunuh. Pemimpin Shia dibunuh. Semua ini
dilakukan beruang-ulang. Akhirnya setia kawan yang dibina dizaman
kerajaan nasionalis hancur lebur. Kesedaran satu bangsa – Bangsa
Iraqi hancur. Kini jati diri diwakili dengan kesedaran mazhab.
Wilayah
Utara Iraq menjadi negara Kurdish. Dari Baghdad ke Basrah menjadi
wilayah Shia. Penganut Sunni menduduki diantara dua kawasan ini. Kota
Baghdad yang kosmopolitan – dimana warga kota tidak memilih mukim
Sunni atau Shia kini hancur. Dalam kota Baghdad daerah dan mukim
mula dipisah-pisah melalui mazhab.
Taktik
pecah dan perentah ini membawa kejayaan besar kepada Amerika. Perang
gerila mengendur dan akhirnya dapat dipatahkan. Puak penentang
Amerika dari jalur nasionalis termasuk kumpulan Islamis telah hampir
hancur. Mereka berundur ke wilayah padang pasir yang lebih selamat.
Ketika
inilah Presiden Obama dengan bangganya membawa bala tentera Amerika
meninggalkan Iraq. Pada Disember 2011 Obama mengumumkan semua soldadu
dan bala tentera Amerika selamat pulang. Iraq dipulangkan kepada
Iraqi dibawah pimpinan Presiden Maliki.
Iraq
Baru - dibawah pimpinan Presiden Maliki membawa satu harapan kepada
rakyat Iraq. Presiden Maliki diharap-harapkan akan membawa keamanan.
Tetapi harapan tinggal harapan. Maliki dilihat bukan Presiden
Iraq, bukan mewakili Iraqi tetapi menjadi Presiden Shia. Sikap
berpuak Maliki ini cukup tebal dan ini GAGAL untuk melahirkan Iraq
Baru pasca Saddam.
Pilihanraya
2010 telah memperlihatkan cara pengundi memilih. Sama saperti yang
berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1955. Melayu undi Melayu. Cina
undi Cina. Di Iraq Shia undi Shia dan Sunni undi Sunni. Sikap
sekterian mazhab ini semakin menebal.
Pertelingkahan
Shia/Sunni ini menjadi bertambah buruk. Naib Presiden Tariq
al-Hashemi telah dituduh oleh Maliki bersekongkol. Dengan 'puak
pengganas'. Tariq melarikan diri. Pada September 2012 dia telah
dijatuhkan hukum mati. Kini Tariq seorang Sunni hidup dalam buangan
di Doha.
Sikap
sekterian Maliki ini tidak berkesudahan. Kini seorang lagi Menteri
Keewangan Iraq dituduh bersekongkol dengan 'puak pengganas'. Raffi
al-Issawi dilihat sebagai perwakilan Sunni dalam kabinet Maliki. Pada
bulan Disember 2012 sosok ini diserang dan cuba ditangkap. Raffi
yang amat-amat dihormati dikalangan Sunni kini melarikan diri. Dengan
ini keyakinan warga Sunni terhadap kerajaan Iraq Baru hancur.
Ketika
semua ini berlaku Abu Bakar Baghdadi mungkin dalam penjara Amerika
di Kem Bucca atau mungkin telah dibebaskan. Apa yang saheh dalam
penjara Iraq ada ratusan anak-anak muda Sunni yang telah ditahan
oleh soldadu Maliki.
Dalam
masa yang sama kumpulan Rela Shia terus menerus membunuh anak-anak
muda Sunni walau pun mereka tidak terlibat dalam apa gerakan politik.
Shia bunuh Sunni menjadi lumrah hinggakan saban hari mayat
bergelimpngan ditemui dipinggir jalan.
Ketika
ini juga Amerika sedang menjalankan strateji induk untuk mendominasi
telaga minyak dunia. Racangan kaum imperialis Amerika untuk mengepong
dan memiliki telaga minyak dunia sedang dijalankan satu persatu.
Libya kini telah menjadi wilayah Amerika. Gadaffy telah mati dibunuh.
Maka langkah saterusnya ialah menyerang Syria.
Amerika
menyerang Syria adalah sebahagian dari tindakan yang telah dilakar
dan dirancang. Amerika dengan licik telah menggunakan dasar 'pecah
perentah'. Di Iraq Amerika mendokong kerajaan Shia manakala di Syria
Amerika menyokong Sunni untuk mengodam Bashir yang dikatakan dari
mazhab Shia.
Perang
Syria ini telah membuka peluang yang amat baik untuk Al-Qaeda cawagan
Iraq. Pada musim panas 2011 mereka telah memasuki Syria. Di Syria
Al-Qaeda telah mendapat sambutan hangat. Mereka dilihat sebagai
pejuang Sunni.
Saudi,
Qatar dan Kuwait telah menyokong dengan dolar dan dinar segala jenis
macam kumpulan-kumpulan Sunni yang katakan ingin menumbangkan
kerajaan Bashir. Senjata mula masuk mencurah-curah dari Amerika dan
sekutunya. Amerika, Britain , Peranchis dan Tutkey telah terlibat
secara langsung dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan Bashir di
Damascus.
Disinilah
Al-Qaeda yang berpengalamn dalam taktik perang gerila telah
membuktikan ketrampilan mereka. Kalau dahulu mereka hanya menunggu
duit zakat dan sedekah kini duit dan senjata datang mencurah-curah.
Mereka juga telah mula menjalankan 'road blok' untuk memungut cukai.
Melakukan 'rompakan' untuk menambah dana. Al-Qaeda juga telah
berjaya menawan telaga minyak di Syria.
Pada
bulan April 2013 warga Sunni di Iraq telah melakukan tunjuk perasaan
di Bandar Huwija. Seorang soldadu telah 'ditembak' mati. Tapi tindak
balas dari Presiden Maliki cukup memeranjatkan. Seramai 56 penunjuk
perasaan telah ditembak mati oleh soldadu Maliki. Keadaan ini
menjadikan semua pekan dan kota bermajoriti Sunni – Ramadi,
Fallujah, Takrit dan Mosul- keluar berdemo untuk bersetia kawan.
Dalam
suasana inilah kumpulan Al-Qaeda cawangan Iraq berhujah bahawa –
pilihan raya telah dijalankan: hasilnya Menteri Sunni ditangkap.
Tunjuk perasaan telah dilakukan hasilnya ramai yang ditembak mati.
Al-Qaeda kini berhujah bahawa masanya telah sampai untuk semua anak
muda Sunni bangun menentang Maliki dengan mengangkat senjata.
Lima
bulan sesudah pembantaian di Huwija – Al-Qaeda telah menyerang
penjara Abu Ghraib. Serangan ini membebaskan 500 tahanan. Ini
bermakna Al-Qaeda bertambah 500 orang gerila.
Dengan
senjata dari Syria dan sokongan warga Sunni Al-Qaeda telah menyerang
Ramadi dan Falujjah. Dua kota Sunni ini berjaya ditawan. Amat jelas
soldadu Maliki tidak ada kepuayaan untuk menentang kumpulan Al-Qqeda
ini.
Pada
bulan April 2013 Al-Qaeda Iraq menukar nama untuk menjadi Negara Iraq
dan Levan (ISIS) dan melantik Abu Bakar al-Baghdadi sebagai pemimpin.
ISIS menghidupkan kembali konsep Khalifah. Konsep ini dilihat telah
berjaya menjerut bukan sahaja anak muda di Iraq malah ialah telah
menjerut dan memanggil ramai anak-anak muda Sunni dari benua Arab
dan Eropah untuk menyertai revolusi dalam usaha untuk menegakan
kembali sistem Khalifah Islam.
Laungan
Kahlifah Islam ini juga telah sampai ke Malaysia. Justeru lauangan
inilah yang telah memanggil saya untuk menulis dan memberi pencerahan
tentang ISIS. ( TT) (bersambung)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45
----------------
Baik punya foreplay aaa encik TT...gua dah stim ni...cepatlah kasi klimaks
BalasPadamIni stim paling lama bro. Seminggu. Baru boleh klimaks
PadamBro TT
BalasPadamTerima atas rencana yang telah menjernihkan kefahaman saya tentang ISIS.
ISIS adalah dewi esther.dewi esther(dewi kesuburan) memerintah babylon selepas dewa nebuchadnezzar mati digigit nyamuk.dimesir dia digelar ISIS atau dewi nil sebab air nil mengalir dari kakinya.di babylon dia digelar Semiramis.
BalasPadam