Selasa, 11 November 2014

BERSEDIA KE JALAN RAYA






KOMENTAR
jika masih ada 
jika masih terdapat
warga yang tidak faham
warga yang tidak sedar
akan peranan spr

spr ada salah satu jentera daulah
spr adalah alat parti ketuanan melayu
tugas spr ialah untuk
memastikan parti ketuanan melayu
terus berkuasa

maka jika pada hari krismas
jika pada hari cuti
jika pada hari libur
spr memulakkan langkah
persempadanan semula
maka ini bukan pekarta tidak baik
ini pekara baik

langkah ini akan mendidik
orang ramai untuk sedar
bahawa pilihan raya ini
hanya satu peniupan

langkah ini akan menaikan kebencian
oranng ramai terhadap spr
akan meberi kesedaran orang ramai
tentang peranan spr

ini akan membantu bersih
ini akan membantu para demokrat
untuk menyusun satu
ombak besar ke jalan raya
NOTA
dalam sejarah moden politik
dalam sejarah moden dunia
tidak ada lagi perubahan kerajaan
dalam negara dunia ketiga
berlaku melaui pilihan raya

ini fakta
bukan propaganda





KENYATAAN MEDIA (11 Nov 2014)
Jangan jadikan tarikh persempadanan semula sebuah teka-teki

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang selama ini gagal melaksanakan tugasnya, kini berpeluang untuk memperbaiki imej dan kredibiliti mereka dengan tidak menjadikan tarikh proses persempadanan semula sebuah permainan teka-teki sebagaimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri (dahulu dan sekarang) kepada tarikh pilihan raya umum (PRU).

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengulangi seruan kami kepada SPR untuk mengumumkan rancangan keseluruhan bagi persempadanan semula seawal yang mungkin supaya orang awam digalakkan menyertai proses ini seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keterbukaan SPR dalam hal ini menjadi amat penting memandangkan orang ramai hanya mempunyai 30 hari di bawah undang-undang yang sedia ada untuk mengambil bahagian dalam proses ini, walhal mereka sepatutnya diberi sebanyak masa yang mungkin untuk meneliti cadangan SPR yang akan memberi kesan terhadap keputusan PRU14 dan PRU15.

Tambahan lagi, jikalau cadangan yang dikemukakan oleh SPR adalah tidak adil dan melanggar peruntukkan Perlembagaan Persekutuan, maka pengundi berhak untuk membantah cadangan tersebut dan SPR harus memberi masa dan ruang yang sewajarnya untuk memudahkan penglibatan pengundi dalam proses ini.

BERSIH 2.0 juga mengingatkan SPR agar tidak menjalakan proses persempadanan semula ini pada musim perayaan yang akan datang. 25 Disember merupakan cuti perayaan Krismas, diikuti dengan cuti Tahun Baru pada 1 Januari dan Tahun Baru Cina pada bulan Februari. Jelas bahawa sekiranya persempadanan dijalankan ketika tempoh-tempoh ini, ia akan mengganggu penglibatan pengundi, dan SPR akan dilihat sebagai berniat jahat dalam menafikan penyertaan umum.

Dalam keadaan sebegini, SPR mestilah menanggung segala tanggungjawab bagi apa-apa pergolakan politik yang terhasil.

BERSIH memberi amaran kepada SPR agar tidak menjalankan proses persempadanan semula ini secara tergesa-gesa kerana persempadanan yang bakal dilakukan ini akan memberi kesan dalam penentuan keputusan PRU14 dan PRU15 akan datang.

Demokrasi bukannya permainan untuk mengejutkan pihak yang bukan berkuasa.

Dikeluarkan oleh,
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada -







-----------

2 ulasan:

  1. Cakap lah apa pun daulah tetap daulah
    Duit memang duit
    Kuasa memang kuasa
    Jawatan memang jawatan
    Yang lain habih air liur
    Kah kah kah
    Buang masa
    Semua tau semua tipu
    Apa lu boleh buat
    Kah kah kah
    Melalak tepi jalan ?
    Berapa lama ?
    Berapa hari ?
    Buat lah kerja berfaedah
    Kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanpa nama 8.24 pg...aku yakin hang ialah seorang melayu...mungkin hang keling...tapi yg pastinya hang ialah manusia bermuka babi ...hari ni hang pas..esok hang umno...palabutuh hang...hang x suka demo xpayah demo sebab keja hang ialah melancap sambil pakai serban...

      Padam