APA
DIA KES ANWAR IBRAHIM
Biar
saya terangkan disini sajelas mungkin. Pekara ini telah berkali kali
saya nyatakan. Disini saya mengulangi apa yang pernah saya tulis.
Lima belas tahun dahulu – 1998 - saya telah menulis pekara yang
sama. Kali ini saya menulis sekali lagi kerana ramai pendatang baru –
terutama anak anak muda – yang kabur tentang KES ANWAR IBRAHIM.
Tuduhan
yang dihadapkan kepada Anwar Ibrahim ini TIDAK – baca TIDAK - ada
sangkut paut dengan undang-undang atau hukum hakam. Tuduhan ini BUKAN
tuduhan jenayah. Ini tuduhan politik. Tuduhan ini bertujuan untuk
memastikan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini gagal dari
mempengaruhi orang ramai. Tuduhan ini bertujuan untuk memalu dan
memburukan nama Anwar. Tuduhan ini untuk memastikan Anwar boleh
dipenjara.
Nama
yang telah dibusukkan dan sosok yang dipenjara dalam perhitungan
Anak Lelaki Iskandar Kutty pasti akan menamatkan nafas politik Anwar
Ibrahim. Kes ini akan menghalang Anwar dari dapat mempergaruhi
orang ramai untuk menggulingkan kerajaan United Malays National
Organisation.
Inilah
sebenarnya Kes Liwat Azizan 1998. Ini jugalah maknanya Kes Liwat
Saiful 2014. Tidak ada perbezaan. Cara konspirasi dijalankan dan cara
mahkamah bertindak pada ahun 1998 dan tahun 2014 adalah sama. Tujuan
dan ajenda asal tahun 1998 masih diteruskan pada tahun 2014. Azizan
yang banyak bulu telah digantikan dengan Saiful Bukhari yang kurang
bulu. Ini saja perbezaan hakiki.
Pada
tahun 1998 - Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan
Presiden Parti Ketuanan Melayu telah belot. Ini satu jenayah yang
amat besar. United Malays National Organisation sebuah parti
politik telah menjarah negara ini semenjak British mengundur –
terperanjat besar apabila Anwar membelot. Kepimpinan parti yang
mengakui mewakili dasar Ketuanan Melayu ini telah merompak dan
melanun harta negara untuk mengkayakan anak isteri bini dan kroni.
Rompakan ini berjalan secara gelap dan terbuka malah diketahui
ramai. Tapi TIDAK ada 'orang dalam yang berani pecah lobang'. Si
Anwar Ibrahim ini telah belot dan pecah lobang.
Pecah
lubang ini terjadi kerana pada tahun 1998 telah berlaku krisis
ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis dunia. Krisis ekonomi bukan
sahaja menimpa Malaysia malah diserata pelusuk dunia. Banyak
syarikat kroni Ketuanan Melayu telah bungkus dan gulung tikar. Ketika
krisis ekonomi ini berlaku Anwar ialah Menteri Kewangan. Anak Lelaki
Iskandar Kutty juga di kenali juga sebagai Mahathir Muhamad ketika
itu ialah Perdana Menteri.
Anak
Lelaki Iskandar Kutty memiliki dasar dan pendekatan yang berbeza
dari Anwar dalam cara menangani krisis ekonomi 1998 ini. Anak Lelaki
Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim lebih cenderong dan
bersedia untuk menerima cadangan Bank Dunia dan International
Monetary Fund ( IMF). Anak Iskandar Kutty ini merasa dasar yang
diyakini oleh Anwar ini akan melungkupkan syarikat kroni dan juga
syarikat Perkapalan Mirzan Cucu Lelaki Iskandar Kutty.
Perbalahan
dasar dalam menangani isu ekonomi telah berlaku. Anak Lelaki Iskandar
Kutty disatu pihak dengan Tun Daim sebagai Panglima manakala Anwar
Ibrahim disatu pihak dengan budak-budak Abim, Mat Ezam, Mat Azmin,
Mat Khalid. Anwar Ibrahim juga disokong oleh peniaga-peniga 'baru
muncul' yang hendak naik dan berkembang.
Dalam
suasana inilah Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar
Ibrahim sedang menyediakan 'kumpulan dan orang-orang' untuk
mengenepikan dan menendang dirinya dari tampok kuasa. Mahathir
Muhamad merasakan dirinya sedang dikepong oleh Anwar Ibrahim yang
memiliki banyak jaringan. Justeru - satu konspirasi dirancang untuk
menangkap dan memenjarakan Anwar Ibrahim.
Hakikatnya
– dalam kaca mata kumpulan penyamun – Anwar Ibrahim telah
melakukan satu pembelotan besar. Anwar dilihat sebagai suara yang
berani melawan. Ini amat-amat bahaya untuk sebuah parti politik
yang selama ini kerjanya merompak dan melanun atas nama Orang Melayu.
Maka
muncul Jubur Azizan, jubur Sukma, pelacur India Kaki Berbulu,
pelacur Mexico. Semua ini hanyalah berita untuk mengolah
persetujuan orang ramai agar melihat Timbalan Perdana Menteri dan
juga Timbalan Presiden Parti sebagai orang jahat. Orang jahat
wajib dipenjarakan.
Kepada
anak-anak muda, atau pembaca yang TIDAK mengetahui apa yang telah
berlaku pada tahun 1998 mungkin terperanjat membaca tulisan saya
ini. Mungkin melihat tulisan ini sebagai propaganda lucah lagi
bohong.
Jangan
silap – saya tulis tentang Pelacur India Kaki Berbulu, jubur
Azizan, jubur Sukma, pelacur Mexico, pelacur Korea – bunyinya
memang lucah. Sebenarnya semuanya saya pungut dari laporan media
milik United Malays National Organisation. Berita berita ini muncul
pada minggu pertama sesudah Anwar dilucutkan kuasa – 20 September
1998. Pelacur-pelacur ini dilaporkan telah dilanggan oleh Anwar
Ibrahim. Jika TIDAK yakin tentang apa yang saya tulis sila rujuk
kepada Arkib Negara.
Justeru
saya terus mengajukan bahawa jenayah Anwar BUKAN meliwat pemandu
kereta Wan Azizah bernama Azizan. Juga bukan jenayah meliwat Saiful.
Jenayah Anwar Ibrahim ialah pembelotan. Anwar belot dan lari dari
gedrombolan Ketuanan Melayu.
Dari
segi sejarah Anwar Ibrahim telah dipungut oleh Anak Lelaki Iskandar
Kutty untuk menjadi ahli gerombolan United Malays National
Organisation. Anwar bekas aktivis pelajar dan juga bekas pemimpin
belia dilihat memiliki ketrampilan pimpinan. Anwar juga memiliki
rekod persekolahan, rekod agama dan pengalaman yang diperlukan untuk
terus memanjangkan usia United Malays National Organisation.
Kenapa
Anwar belot?
Dari
segi pensejarahan - selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bersama dalam
kumpulan perompak dan lanun. Anwar telah dinobatkan sebagai bakal
Perdana Menteri. Ketika dipuncak kuasa Anwar Ibrahim dikelilingi oleh
segala macam jenis manusia.
Sebagai
Mat Santa Klause, sebagai Pemegang Mohor Gula Melaka - Anwar Ibrahim
dikelilingi oleh pelbagai jenis semut yang 'gila projek'. Pelbagai
jenis ' contract junkies' yang mahukan projek. Saya memanggil era
ini – ZAMAN PINK FORM . Inilah kemuncak kuasa Anwar Ibrahim
mengagih-agihkan 'borang saham ' kepada Melayu dan Bumiputera untuk
mendadak menjadi kaya. Dalam masa yang sama menyokong Anwar Ibrahim
ke tampok kuasa.
Pada
awalnya ketika ditampok kuasa – Anwar merasakan rompakan yang
dilakukan oleh para lanun ini boleh dimaafkan. Tetapi apabila krisis
ekonomi 1998 melanggar semuanya berubah. Para lanun dan penyamun dari
United Malays National Organisation mahu Anwar membuka peti simpanan
duit negara. Ringgat, dolar dan dinar harta negara ini dikhendaki
oleh para lanun untuk menyelamatkan syarikat perniagaan mereka.
Perkataan paling popular ketika itu ialah 'bail out' para kroni.
Dasar
' bail out' para kroni ini menajamkan lagi perbezaan antara Mahathir
Muhamad dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya perbezaan ini meledak. Anwar
dituduh meliwat dan dipenjara. Pada 28 dan 29 Oktober 2014 ini kes
liwat ini diulangi. Justeru, saya cukup yakin Anwar akan kembali ke
penjara.
Disini
saya ingin memberitahu bahawa MAHKAMAH wujud sebagai lembaga
keadilan. Ini samalah juga saperti SPRM wujud untuk membentras
rasuah. Sama juga dengan SPR wujud untuk mengendalikan pilihan raya.
Ingin saya beritahu bahawa Mahkamah, SPRM atau SPR adalah jentera
daulah.
Dalam
negara Dunia Ketiga saperti Malaysia – jentera jentera daulah ini
memiliki peranan yang sama dengan lembaga-lembaga daulah di London,
di Sweden attau di Norway. Dalam buku, dalam kertas – memang
mahkamah di Sweden atau di Denmak atau di Putrajaya tugasnya ialah
untuk menegakkan keadilan.
Tetapi
dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia – mahkamah ialah jentera
dan alat daulah untuk menghukum sesiapa sahaja yang dianggap 'bahaya'
oleh Rosmah, oleh Najib , oleh United Malays National Organisation.
Mahkamah di Malaysia tidak ada sangkut paut dengan keadilan atau
bercita-cita untuk menobatkan keadilan. Hukum dan undang-undang
digunakan untuk menumpas mengalakkan dan memenjarakan musuh politik.
Ini bukan tohmahan, Ini bukan fitnah.
Biar
saya beri tahu disini : 1998 Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo
Tivoli Villas Bangsar. Apabila Peguam Pembela membuiktikan tarikh
Azizan diliwat bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum
wujud..oppps... lalu tarikh liwat diubah suai. Ini bukan fitnah
Hishamuddin Rais. Ini apa yang berlaku pada bicara tahun 1999.
Dalam
kes liwat Saiful - lupakan tentang jubur Saiful tersumbat plastik
selama tiga hari. Ingatkan kembali bagaimana Si Saiful ini telah
pergi mengadap Rosmah dan Najib sebelum membuat aduan polis. Apabila
pekara ini dihebohkan media Najib telah menerangkan bahawa Saiful
ini datang ke rumahnya untuk bertanyakan hal biasiswa. Najib berkata
Si Saiful ini ingin belajar untuk menjadi juruterbang. Ini bukan
fitnah Hisdhamuddin Rais. Ini laporan media.
Saya
TIDAK akan meragui kejujuran dan baik hati para pembaca yang masih
berharap keadilan akan dinobatkan pada 28 dan 29 Oktober. Saya juga
angkat tabik penuh hormat kepada sesiapa sahaja yang akan turun ke
Putrajaya untuk bersetiakawan dengan Anwar Ibrahim pad a pagi 28 dan
29 Oktober ini. Salut.
Kepada
kawan-kawan para Reformis dan anak anak muda yang akan turun ke
jalan raya saya ada pesanan:
Jika
inilah harga yang wajib dibayar
Maka
inilah harganya
Datanglah
penjara tali gantung
Perjuangan
ini tetap disambung - (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
--------------
Cakap kpd gerombolan..... Tak kebulur keluargaku jika tak makan duit rasuah...
BalasPadamNasib baik Anwar yang reformasi, kalau Hisham Rais maka habis semua dibakarnya bukan setakat dewan UM, PM dan termasuk Rosmah sekali...
BalasPadamGeli hati statement kamu. Macam Anwar baik sangat. Kenapa ramai rakan sepejuangan reformasi 1998 paling tadah?
BalasPadamTu semua geng Baju Batik oportunis jenis lapar projek. Masuk politik pasal nak CARI MAKAN. Pada awal reformasi, puak ni konfiden Anwar akan menang dan naik jadi PM. Lepas semenjak dua menjak, tengok Anwar tak naik naik jugak, angkat kaki la semua HANTU RAYA tu buat U TURN mintak nyawa kat Boss lama.. Kah kah kih kah..
Padamlurus bendul betul kamu ni... naive, agaknya menyusu sampai dah sekolah kot. geli geleman aku.
PadamKahkahkah3x. Salut Uncle Isham.
BalasPadamPeliwat ni dah meliwat sejak dlm kerajaan lagi. Karpal pernah cerita dlm parlimen.Mat sabun gelar dia al juburi.Ko ini buta ke pekak tt.
BalasPadamLo...gua masih diulit mimpi..... looooo...jagain...lo bikin wa panas balik...jangan bikin naga...anjing ...rimau..babi hutan dalam roh tubuh gua ni jaga derrrr....buruk padahnya...tulisan apa looo buat ni....lo sudah kejut semua binatang hebat hebat dalam jiwa gua der.....gua panas der...kete petrol car gua panjat sambil shuffle.....lo sudah lebey der.....keyakinan gua lo tambahin...api dalam loo simbah api...sakit jantung gua kalau tak pancutin...gua sudah panas...puterajaya..looo tunggu rombongan gua......gua yang lain gua cool sham...tapi gua panas sebab lo buka kebenaran lama...panas ni lambat padam ko tau..saja je cari penyakit dengan kaum dusun keturunan pemenggal kepala ni.......loooo bikin gua panasssssssss.......
BalasPadamKerajaan yang bergantung hidup dengan lubang jubur....akan berbau busuk kemudian hari...itu pun kalau rakyatnya ada deria bau la!!!!!
BalasPadamSyabas tukar tiub
BalasPadamKalau tuduh anuwar rasuah
Ramai melayu tak ambik pot
Sebab ramai juga terima rasuah
Kalau tuduh anuwar main pompuan
Ia juga amalan masyarakat bani agung ini
Kah kah kah
Para strategi pakar setelah sekian lama bersetuju utk jatuhkan sosok bernama Nuar ini kena pakai lubang jamban.... shit shit shit....shanon pernah lakar...kah kah kah
Strategi 98 ulang tayang kah kah kah
Malu tak apa asal sosok ni hancur... belakang tabir...wasatiyah hadhari semua ini boleh melindungi rasuah rompak...yang berlaku...kah kah kah...semua tau walau nuar bebas nanti tetapi namas sudah rosak...hubungan hancur...siapa mau kawan dgn peliwat...sentimen org msia...
Tahniah kpd team strategik msia yg canggih...fatwa fatwi pun akan bersetuju...mudah tipu melayu...ayat yang selalu guna....islam...palestin...wasatiyah...hadhari...
Penerapan nilai islam murni...melayu diserang todak...kah kah kah
Time buta IT dan malas baca dulu nak juga aku percaya liwat ni..tapi dah irrelevant je manjang..siap angkut tilam, kasi lebam mata, pas tu lawak tarikh liwat ditukar2, dengan bangunan Tivolli Villa yg ada tapak pun jadi tempat liwat..dah tawar langsung nak caya ke umno..busuknya sampai ke usus shitmu..liwat skrip Najib lagi lawak..siap jumpa Najib minta biasiswa, check jub sampai 2-3 pusat perubatan, simpan bukti sampai 3 hari sanggup tak berak, ambik bukti DNA pun pakai curi dari Anwar..overkilled la jenaka umno..patut satu dunia gelak dengan sarkas ni..kahkahkah..
BalasPadamApa yang TT tuliskan dalam pencerahan ini adalah benar.Kerana sejak awal lagi Madey kata si Nuar cucuk mata sendiri mata cerita p.ramlee.Tapi al kisahnya Madey telah kantoi.check punya check polis yang cucuk mata Nuar sampai lebam.Jadi bagi yang kat luar sana yang masih percaya pada liwat,eloklah pikir macam mana kalu orang tuduh pada kita yang isteri atau anak perempuan kena liwat.mau percaya ka.gunalah otak jangan jadi bahlol sampai masuk lubang kubur.
BalasPadamBetul ke tak betul liwat berlaku itu aku tak nak persoalkannya kerana menuduh mempercayai berdasarkan cakap orang amat lah bahaya..dosa nya hanya Allah swt yang tahu.
BalasPadamApa yang berlaku sejak berbelas tahun dulu bermacam2 cara digunakan terhadap hamba Allah ini semata2 kerana isu politik..
Hukum yang diguna pakai sudah tersasar jauh dari tujuan asal. Yang penting Anwar perlu di grounded..perlu di penjara..
Wlu pun trivoli villa belum ada tapi liwat sudah berlaku.. jubor tidak berak untuk simpan bukti.. jumpa najib minta biasiswa..anwar cocok mata sendiri..disiksa pelbagai cara..dimalukan diaibkan sesuka hati..dipaksa bg dna..dicuri dna..makan minum selepas diliwat kononnya..takut sangat pada anwar..dan macam2 benda pelik telah dilakonkan semata2 untuk hancurkan Anwar..
Kerajaan membela bagi pihak jubor saipul.? ? Owh..hebatnya dia..kerajaan sanggup bergolok bergadai untuk membela saipol..
Bertuahnya saipol..
ALTANTUYA mati dibom tidak diambil pot kerana ianya melibatkan orang berkuasa..
Jubor saipol lebih berharga dari ALTANTUYA.
WALLAHUALAM
Marilah kita berjuang tegakkan hukum hudud agar semua manusia mendapat keadilan.
BalasPadamkah.. kah.. kah..
BalasPadamni surah xlengkap
kah.. kah.. kah..
knp anwar duduk dikandang tertuduh setelah mnyedari diri xde alibi
kah.. kah.. kah..
knp barisan peguam bela mngaku liwat suka sama suka
kah.. kah.. kah..
ni surah melancap
kah.. kah.. kah..
karang panjang2 letak ajinomoto