Jumaat, 7 November 2014

MENTERI KANG KONG






DEDAH PERJANJIAN HUTANG 1MDB UNTUK BUKTI MENTERI BERBOHONG

Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan semalam mengenai kedudukan kewangan 1MDB.

Beliau mengulas bahawa dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia setelah didesak oleh rakyat. Semasa saya mula-mula membawa isu dana rakyat yang disimpan di Pulay Cayman ini iaitu dalam April 2013, pengurusan 1MDB menghantar surat mengugut untuk menyaman saya dan kini terbukti bahawa kebimbangan saya itu bertempat.

Oleh itu, mulai minggu depan saya dan pasukan dari National Oversight & Whistleblowers (NOW) akan dedahkan individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusniaga menyimpan dana rakyat secara penuh rahsia di Pulau Cayman itu. Ini penting supaya menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu mula dibawa kembali ke Malaysia. Individu yang terbabit di dalam keputusan tersebut perlu menerima pertanggungjawaban dari keputusan yang salah itu.

Saya juga terkejut apabila  Ahmad Maslan terus menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang-hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion.

Saya mempunyai satu salinan perjanjian hutang tersebut yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB walaupun ia ditulis dalam lenggok kata yang berlainan. Hakikatnya, pentadbiran  Najib  Razak ingin bersembunyi di sebalik perkara teknikal untuk menyembunyikan bahawa hutang-hutang 1MDB sebenarnya dijamin oleh rakyat.

Oleh itu, saya akan mendedahkan salinan perjanjian ini di Parlimen pada hari Isnin, 10 November 2014 jam 1130 pagi.

Jika Ahmad Maslan tidak membetulkan kenyataannya sebelum tarikh itu, saya tidak akan teragak-agak membawa usul tergempar merujuk beliau kepada Jawatankuasa Khas Parlimen kerana telah berbohong kepada Parlimen. 

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
  
7 November 2014


-----------

3 ulasan:

  1. Dia ingat dia sekeluarga yg paling untung....sebenarnyo dia dan keluargonya lah yg paling malang antaranya pasal hidup suko makan duit kahak rakyat....sekeluarga tak sedar mereka adalah pengkhianat bangso dan negara...sok anak2 besar tu yg jadi gomuk2 dan otak cam lembu...tu yg anak2 juga jadi pemalas..otak nk makan rasuah yo...keja senang....akhirnyo keturunanan semua ikut nk jadi perompak negara....banyak den tengok berlaku dlm keluarga ahli Gerombolan...mereka masih tak sedar...

    BalasPadam
  2. Kalau harga minyak merudum lagi, saya sarankan supaya Ahmad Maslan serta Hasan Malek dimasukkan ke Tampoi untuk rawatan ! Rakyat akan diselamatkan dari mendengar orang gila merapu ! Kah! Kah! Kah!

    BalasPadam
  3. ahmad anak masslan ini bahaLOL

    tengok muka pun tahu !!!

    BalasPadam