Rabu, 5 November 2014

MINYAK NAIK HARGA LAGI







TIADA SUBSIDI PETROL & DIESEL SEKIRANYA HARGA MINYAK MENTAH TURUN DI BAWAH PARAS US$73 SE-TONG

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,  Najib  Razak masih belum mahu menjawab atau memberi komitmen bahawa harga petrol dan diesel akan diturunkan berikutan harga minyak mentah yang merudum di pasaran antarabangsa.

Semalam, harga minyak mentah piawai Brent telah jatuh ke paras US$82 se-tong iaitu harga paling rendah dalam tempoh 4 tahun. Pada masa yang sama, Arab Saudi meneruskan tindakan agresifnya untuk meningkatkan dominasi pasarannya berbanding pengeluar-pengeluar lain dengan menawarkan diskaun kepada syarikat penapis minyak di Amerika Syarikat, sekaligus menyebabkan harga minyak mentah pasaran dunia kekal rendah.

Dengan ramalan pertumbuhan ekonomi dunia yang tidak serancak seperti sebelum ini, penganalisa komoditi minyak mentah menjangkakan bahawa harga minyak mentah dunia bagi tahun 2015 berlegar sekitar US$70 hingga US$80 se-tong.

Ramalan harga minyak mentah sekitar US$70 hingga US$80 ini adalah begitu penting untuk rakyat Malaysia. Analisa saya menunjukkan bahawa pada harga pasaran sekarang iaitu RM2.30 seliter bagi petrol dan RM2.20 seliter bagi diesel, Kerajaan Persekutuan tidak lagi perlu membayar sebarang subsidi petrol dan diesel sekiranya harga minyak mentah di pasaran dunia jatuh di bawah paras US$73 se-tong.

Dalam keadaan harga minyak mentah dunia terus jatuh dan tindakan Arab Saudi yang dijangka akan cuba mengekalkan harga minyak mentah pada harga rendah, Najib perlu jawab kepada rakyat apakah beliau bercadang menghapuskan terus subsidi petrol dan diesel apabila beliau masih belum mahu menurunkan harga petrol dan diesel? 

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan 

5 November 2014





-------------

5 ulasan:

  1. Lets read this ya...

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/who-is-behind-bridge-partners-pkr-lawmaker-asks-of-firm-appointed-to-manage

    BalasPadam
  2. PM atau Menteri Kewangan kita buat pekak badak dengan perkembangan turunya harga minyak global. Seruan atau ingatan ini dah kerap diperkatakan namun Najib masih buat pekak badak, justru rakyat diminta keluar protes secara aman dan menuntut harga petrol harus turun dan bagi rakyat berasa lega sikit kerana harga barang lain akan ikut turun. Memang slogan : rakyat didahulukan....... boleh dibakulsampahkan.

    BalasPadam
  3. Najib tak risau minyak naik harga....najib lebih risau bila butuhny naik, lebih2 lagi bila rosmah ada sebelah....

    BalasPadam
  4. Mana dia barua umnongok yang dok komen dalam blog tt ni.Harga minyak turun dipasaran dunia, tapi harga di malaysia tak turun.janganlah jadi barua nak bela pemimpin umnongok yang rasuah.jangan duduk di muka bumi ini untuk nak tipu diri sendiri dan nak tipu melayu.pergilah makan taik lembu kondo mami sharizat yang sah tak dapat bayar hutang tu.Janganlah lahir untuk jadi barua umnongok.

    BalasPadam
  5. Kerajaan bani melayu bodo tak bertempat.....adakah menceburi bidang automotif tetapi belum sampai 50 tahun sudah tidak mampu bagi minyak subsidi.petronas adalah syarikat milik negara jadi apa perlunya petron, shell dan sewaktu dengannya.cakap bodo marah pulak....diam2 ingat dialah manusiq paling pintar.

    BalasPadam