Rabu, 12 November 2014

PERANG PETROL DAN ISIS







LIHAT DULU

sebelum membaca





PERANG PETROL DAN ISIS

Sepuluh hari satelah World Trade Center di New York meledak dilanggar kapal terbang, General Wesley Clark – bekas Kamander NATO ( North Atlantic Treaty Organisation) telah datang melawat Pentagon. Pentagon ialah ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika. General Clark datang untuk bertemu dengan Naib Presiden Dick Cheney dan Timbalan Setiausaha Pertahanan Paul Wolfowitz. Mereka berbincang tentang ledakan yang baru berlaku.

Ketika beredar General Clark dia telah 'ditahan' oleh seorang General yang pernah bertugas dibawahnya. Sang General ini telah memberitahu bahawa Iraq akan diserang. Sesudah itu Syria, Lebanon, Libya, Sudan dan akhirnya Iran

[There] “is a memo [at the Pentagon] that describes how we’re going to take out seven countries in five years, starting with Iraq, and then Syria, Lebanon, Libya, Somalia, Sudan and, finishing off, Iran.”
General Wesley Clark, former Supreme Allied Commander of NATO (1997-2000), (March 2, 2007) 

Justeru jelas serangan keatas Iraq ini telah lama dirancang. Bisul telah lama mengeram. Ledakan WTC 9/11 hanyalah 'punat' yang dirancang untuk meletus. Perang TIDAK bermula secara sepontan. Perang disusun , diatur dan dirancang dengan teliti. Perang bukan mabuk bergaduh dikedai todi.

Untuk para pembaca yang terlupa biar saya ingatkan bahawa Amerika telah menyerang negara-negara yang warganya beragama Islam: Iran (1980, 1987-1988), Libya (1981, 1986, 1989, 2011), Lebanon (1983), Kuwait (1991), Iraq (1991-2011, 2014- belum tamat), Somalia (1992-1993, 2007- belum tamat ), Bosnia (1995), Afghanistan (1998, 2001- belum tamat), Sudan (1998), Kosovo (1999), Yemen (2000, 2002- belum tamat), Pakistan (2004- belum tamat ) Dan ketika saya menggarap tulisan ini perang sedang dilancarkan keatas Syria.

Apakah maknanya semua perperangan ini? Kenapa perang ini berterusan ?

Dari pemerhatian saya berita sama ada dari kaca TV atau yang dicetak telah gagal untuk menerangkan sajelas mungkin tentang makna perang ini. Media Malaysia, malah media dunia kapitalis telah gagal untuk memberi pencerahan tentang makna perang ini.

Akhbar dan media kita hanya melaporkan : berapa yang mati, siapa yang meledak, dimana pertempuran berlaku, siapa yang diserang, kenyatan dari Presiden itu dan Perdana Menteri ini atau dari Politikus dari pelbagai jenis. Untuk saya ini TIDAK memadai untuk betul-bertul memahami apa itu politik dan apa itu realpolitik. Dan apa maknanya perang.

Letupan, bom yang meledak, soldadu yang gugur, orang kampong yang tewas, kanak-kanak yang menjadi mangsa atau bangunan yang runtuh hanyalah fenomena perang. Semua ini adalah manifestasi. Dibelakang manifestasi ini ada 'gajah' yang lebih besar. Gajah inilah yang TIDAK berani diusik oleh media. Gajah ini tidak berani dihujah oleh pemerhati politik. Gajah ini juga TIDAK dibogelkan untuk diketahui umum.

Tulisan saya ini ialah untuk membogelkan 'gajah ' ini.

Perang ialah politik. Saya ulangi sekali lagi bahawa perang adalah penerusan politik. Perang adalah politik yang TIDAK dapat diselesaikan melalui perundingan. Manakala politik ialah perebutan kuasa. Perebutan kuasa bertujuan untuk merebut dan memiliki punca-punca ekonomi. Ekonomi ialah asas politik. Gagal memahami asas ini maka kita akan gagal memahami apa itu politik

Contohnya: Pakatan Rakyat berjuang untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional kerana Pakatan mahu memiliki punca punca ekonomi Malaysia. United Malays National Organisation terus mahu berkuasa kerana dengan kuasa mereka memiliki punca-punca ekonomi dan kekayaan Malaysia. Tujuan ahli-ahli Pakatan Rakyat berpolitik ialah memiliki punca ekonomi.

Bangsa, bahasa, agama, kenegerian, wilayah, budaya dan dan dan – semua ini hanyalah alat propaganda dalam usaha untuk mengolah persetujuan orang ramai dalam usaha merebut kuasa. Ianya tidak berubah-ubah sama ada parti itu ahlinya beragama Hindu, beragama Islam, tidak beragama atau tidak meminati agama. Ini hukum politik. Ini hukum ekonomi.

Justeru perang yang dilancarkan oleh Amerika terhadap negara-negara Arab, negara Afrika semuanya kerana ekonomi. Ekonomi yang dimaksudkan ialah minyak – bahan bakar petrolium. Hari ini siapa yang memiliki minyak akan memiliki kuasa dalam dunia ini. Tanpa memiliki bahan bakar petrol sesebuah negara TIDAK memiliki kuasa kerana minyak petrol ialah kuasa.

Hari ini harga bahan bakar petrolium telah jatuh mendadak. Ketika saya menulis ini harga Minyak Brent Mentah ialah $83 dolar 39 sen satu tong. Bulan April yang lalu harganya hampir 120 dolar untuk satu tong. Kenapa ini berlaku? Kenapa jatuh mendadak? Biasanya apabila musim sejuk sampai maka harga minyak dan gas naik. Tetapi yang berlaku sebaliknya.

Sebenarnya - turun naik harga bahan bakar petrol dalam Oktober/November 2014 ini ialah sebahagian dari strateji perang yang sedang dilakukan oleh Amerika. Harga minyak kini menjadi senjata.

Harus diingati bahawa pada ketika ini Amerika memiliki dua musuh yang jelas. Musuh Amerika ialah Rusia dan Iran. Ini musuh yang tersurat. Awas. Musuh akhir kuasa imperial Amerika ialah China. Malah tiga negara ini China, Rusia dan Iran secara gelap dan secara terang sering tidak patuh dan tidak tunduk kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Amerika menyedari bahawa hari-hari akhirnya telah sampai apablia China menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar sesudah Amerika. China satu-satunya kuasa dunia yang boleh bersaing dan melawan Amerika. Jika China bersatu bersama Rusia jawabnya Amerika terkubur.

Diatas kesedran ini – secara rahsia Amerika telah bersekongkol dengan kerabat DiRaja Saudi Arabia untuk menjatuhkan harga minyak. Caranya cukup senang. Saudi pada ketika ini ialah pengeluar terbesar minyak petrol dunia. Saudi telah telah mengalirkan minyak melebihi permintaan. Pasaran minyak dunia dilambakkan dengan minyak. Justeru harga mula jatuh.

Tujuan menjatuhkan harga minyak ini ialah untuk melemahkan ekonomi Rusia. Satu sekatan ekonomi telah dikenakan keatas Rusia satelah Crimea bersetuju untuk kembali menjadi wilayah Rusia pada March lalu. Sekatan ini TIDAK menjejaskan ekonomi Rusia. Maka, satelah MH17 meletup 17 Julai dahulu – satu lagi sekatan ekonomi dikenakan. Tetapi ekonomi Rusia masih lagi kukuh kerana Rusia adalah pengeluar minyak kedua terpenting sesudah Saudi Arabia.

Pada ketika ini Rusia membekalkan 38% bahan bakar petrol untuk Eropah. Ini bermakna Eropah menjadi rakan niaga yang intim dengan Rusia. Eropah bergantung kuat dengan Rusia. Rusia terus mendapat tukaran dolar dan euro hasil dari penjualan minyak dan gas. Justeru, nikmat ekonomi Rusia ini wajib diledakkan.

Justeru rampasan kuasa kumpulan fascist di Ukraine wajib dibaca sebagai sebahagian dari strateji mengepong Rusia. Apabila kumpulan fascist pro-Amerika ini dinobatkan di Kiev maka laluan saluran minyak dan gas dari Rusia ke Eropah akan diganggu dan dipotong. Pembekalan bahan bakar ini minyak dan gas ke Eropah Barat adalah tunggak ekonomi Rusia. Pasaran Rusia dihalang dalam masa yang sama harga menurun. Ini satu serangan hebat.
Penurunan harga minyak ini juga bertujuan untuk menggangu gugat Iran. Iran sama saperti Rusia telah dikenakan pelbagai bentuk sekatan ekonomi. Banyak negara temasuk Malaysia yang pada satu ketika dahulu berniaga dengan Iran telah mendapat tekanan dari Amerika. Iran juga – sama saperti Rusia – adalah pengeluar minyak dan gas terbesar dalam dunia

Sebenarnya apa lagi Amerika mahu?

Amerika sedang merancang untuk mewujudkan satu tata dunia yang baru. Ini dipanggil New World Order (NWO). Dalam strateji NWO ini – negara-negara dalam dunia ini akan hilang kedaulatan dan wajib tunduk dibawah kuasa imperial Anglo-Amerika. NWO ini akan mewujudkan satu kerajaan yang didalangi oleh kaum pemodal Anglo-Amerika. 

Justeru, pada ketika ini dunia telah dipecah-pecah ke beberapa wilayah. Amerika Utara dan Selatan satu wilayah. Afrika satu Wilayah. Timur tengah satu wilayah dan Asia satu wilayah. Ada wilayah yang terikat dengan perjanjian ekonomi dan pertahanan. Contohnya : Eropah Barat ada penjanjian tentera dalam North Atlantic Treaty Organisation (NATO). Jepun diikat dengan perjanjian ketenteraan semenjak tahun 1951 dengan Amerika. Asia kini sedang dipaksa untuk diikat dengan perjanjian TTPA.

Didalam perancangan kuasa imperial Anglo-Amerika – dengan bala tentera yang kuat maka Empire Amerika ini akan tegak bediri hingga dunia kiamat.

Lalu persoalan timbul : Apa kena mengena semua ini dengan ISIS?

Pada 10 March 2013 ajensi berita Reuters di Berlin telah memetik satu berita tentang ISIS dari majalah Der Spiegal – mingguan dalam bahasa German. Menurut laporan Der Spiegal gerila-gerila ISIS telah dilatih oleh Amerika di Jordan. Berita ini TIDAK memeranjat sesiapa kerana umum telah megetahui ISIS ini sama saperti Al-Qaeda adalah anak didik Amerika.

Justeru apa tujuan ISIS ini diwujudkan?

Sebelum saya menjawab kenapa ISIS diwujudkan – saya amat yakin pasti semua pembaca teringat akan nama arwah Usama Bin Ladin dari Al-Qaeda. Malah apabila nama ini disebut pasti imej sosok akan tergambar. Tetapi berapa ramai yang teringat akan nama Abu Musab Al-Zarqawi atau Zarqawi?

Kemana hilangnya Zaqarwi yang dikatakan berkaki kudung dan bermata satu. Sosok ini dikatakan sebagai pemimpin numero uno cawangan Al-Qaeda di Iraq. Dunia - melalui media Barat telah heboh dengan Mamat Zaqarwi yang dilaporkan amat licik memimpin gerila menyerang soldadu Amerika di Iraq.

Kini Jom Heboh Mamat Zarqawi ini telah padam. Tetiba dunia menjadi Jom Heboh dengan nama Abu Bakar Al-Baghdadi yang dulunya dikenali sebagai Dr.Ibrahim juga dikenali sebagai Abu Du'a. Sosok ini dilaporkan oleh media Barat sebagai Khalifah Islam yang baru. Betul ke semua ini? ( TT) bersambung


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45



-------------

9 ulasan:

  1. kita boleh membaca ulasan yg berikut supaya dapat memahami macam mana AS berhubung kait dgn Arab Saudi...

    http://www.globalresearch.ca/why-does-the-u-s-support-saudi-arabia-a-country-which-hosts-and-finances-islamic-terrorism-on-behalf-of-washington/5398408

    BalasPadam
  2. siot lu tt... tengah stim pakcu cheng, lu tak kasi pancut...

    BalasPadam
  3. jadi yg pergi berperang utk isis tu kira mati froggie la ek? krn inginkan 72 bidadari, sampai terlupa nak guna akal. jihad disyria dan Iraq ni ada bbrp fakta asas:

    1. dana dari org munafiq.
    2. senjata dari org kafir.
    3. musuh ialah org Islam.

    tidakkah org yg bersyahadah itu bersaudara?

    BalasPadam
  4. Mat2 bebal yg masih percaya iran x pernah di serang oleh amerika & israel. Masa 1980-1987 tu mat2 bebal masih dalam rahim ibu atau masih menetek.

    Amerika dan sekutu2 nya telah membantu sadam yg zalim utk menyekat idea revolusi islam yg dicetus kan oleh arwah imam khomeini.

    Saudi arabia negara yg paling akrab dgn amerika & israel yahudi membantu membekal kan senjata2 cangih dan keewangan pada regim sadam utk memerangi iran. Negara2 lain termasuk lah negara eropah barat uk, france germany, italy. Boleh dikatakan secara tidak langsung iran diasak oleh dunia tanpa mempunyai sebarang sekutu.

    Perang yg mengorban jutaan rakyat iran akibat senjata kimia sadam masih tidak dapat mengalahkan iran. Malah tentera parsi dapat memasuki baghdad.

    Maka syiah dijadikan modal sesat utk menakutkan mat2 bebal sunni. Propaganda amerika dan saudi wahabi menjadikan idea peperangan antara mahzab sunni & syiah yg berlaku di timor tengah masih tidak dapat membendung pengaruh iran atau parsi.

    BalasPadam
  5. "The UK arm of the oil firm is registered in Mayfair, London, and the whole operation has projects in Ghana, Indonesia, Venuzuela and Tunisia with an alleged £1.1 billion investment from Malaysian government firm 1MDB."

    *
    **

    http://www.independent.co.uk/news/uk/tony-blairs-company-brokered-deals-with-chinese-officials-for-saudi-arabia-oil-firm-9849835.html

    BalasPadam
  6. Bila Rusia bergabung dengan China, maka mat monggol akan mengigil sebab Altantuya muncul semula.Masa tu mat monggol sudah berhenti jadi barua Amerika laknatullah.kah..kah..kah..

    BalasPadam
  7. Terbaik terbaik terbaik...asyik baca aliran kapitalis je..sekali sekala kena pencerahan sosialis...baru stim...kasi bogel terus
    LAWAN

    BalasPadam
  8. bu Mus’ab Az Zarqawi, berkeinginan besar menjalankan “eksperimennya” membentuk Kekhilafahan Islam. Dan itu hanya bisa dimulai dengan mempersatukan para mujahidin. Hingga pada 25 April 2006 beliau mengumumkan berdirinya Majelis Syura Mujahidin. Yakni sebuah wadah bagi persatuan para mujahidin di Irak, mereka yang bergabung yakni Al-Qaeda fie Iraq, Jaish at-Taifha al-Mansoura, Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah, Faksi Saray al-Jihad, Brigade al-Ghuraba, dan al-Ahwal Brigade. Majelis Syura Mujahidin menyatakan menghapus faksi-faksi jihad diatas, termasuk di dalamnya Al Qaeda fie Irak. Dan mengangkat Abu Mus’ab Az Zarqawi sebagai pemimpin kelompok ini. Tanggal 7 Juni 2006, Zarqawi syahid di 2,1 km sebelah utara Iraq tepatnya di daerah Hibhib, sebuah desa dekat kota Baquba melalui serangan udara Amerika. Beliau meninggal karena pendarahan dalam tubuhnya. Kematian beliau tentu sangat menyedihkan hati para Mujahidin dan umat Islam, tapi kesedihan tidaklah mengendurkan semangat dan tekad Para Mujahidin. Para Mujahidin telah berjanji untuk membalas kematian beliau, bersama pemimpin Majelis Syuro Mujahidin yang baru yakni Asy-Syaikh Al-Mujahid Abu Hamzah Al-Muhajir perlawanan dari mujahidin semakin meningkat dan berlipat eskalasi-nya. Amerika bersama sekutunya termasuk pemerintah murtad irak salah perhitungan, kematian Syaikh Abu Mush’ab ternyata tidak melemahkan perlawanan Mujahidin, tapi justru sebaliknya kematian Syaikh Abu Mush’ab telah menjadi sumbu baru dalam menyalakan api perlawanan terhadap kaum kuffar dan kaum mutad di Irak.

    BalasPadam
  9. Sennohot berkata........Adakah amerika akan serang iran.....dalam novel bolehlah kah kah kah...iran tu sekutu israel, mcmne amerika nak serang, berulang kali aku dh kata, org bodoh je kata israel akan serang iran. Kedua2nya anti negara islam wpun iran tu kononnya islam. Cuma satu cara je amerika nak serang iran, amerika sokong puak sunni lawan iran. Bila puak sunni menang maka amerika dan israel serang iran, selama iran tu syiah.....lakonan iran dan israel bermusuh terus berjalan.

    BalasPadam