Sabtu, 29 November 2014

VIDEO AKTA HASUTAN





'Video semasa ucapan Najib hina mahkamah'

Aktivis politik, Hishamuddin Rais mengemukakan surat tuntutan kepada Perdana Menteri  Najib Razak untuk menghentikan tayangan video menunjukkan imej beliau semasa perhimpunan agung Umno.

Hishamuddin melalui surat guamannya menyebut, tayangan video berkenaan merupakan tindakan sub judice dan menghina mahkamah kerana kes melibatkan dirinya mengikut Akta Hasutan masih lagi berlarutan di mahkamah.

Video berkenaan ditayangkan semasa Najib mengumumkan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948 semasa menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan agung Umno, Khamis lalu.

“Dalam klip video tersebut, anak guam kami digambarkan sebagai bersalah atas kesalaha menghasut mengikut Akta Hasutan 1948.

“Klip video itu seterusnya memburuk-burukkannya dan menggambarkan bahawa anak guam kami sering melakukan kesalahan hasutan.

“Seperti yang ada sedari, anak guam kami menghadapi tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 yang kini berlarutan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur.

[Berita penuh menyusul]
http://www.malaysiakini.com/news/281969








--------------

7 ulasan:

  1. Baru dia tau dengan siapa dia mau main...aku tarik balik kata kata aku tentang kau yang suruh kau ghaib....aku salah banyak besar....jom kita main sesama game ni.....aku amat sukaaaaaaa......go legend go.....

    BalasPadam
  2. Bagi la surat guaman ke..surat labon ke..apa dia peduli..ingat tuan..nanti ditangkapnya surat tuan haji isham..komputer dh kena tangkap..rokok seludup dh kena tangkap..vcd dh kena tangkap..yg terbaru cerek pun ditangkapnya..

    BalasPadam
  3. Mamat ni jangan layanlah. Dia hina orang boleh, apabila kena batang hidung dia kena marah pulak.

    BalasPadam
  4. ala biasalah! ini kan persidangan orang-orang bodoh! mana dia faham sub judice ke pra judice! yang dia tau enjoy je!

    BalasPadam
  5. Adoi...habislah riwayat tukar tiub kalau tiubnya dilemparkan ke sel..sunyilah malaysiaku

    BalasPadam
  6. Ko baru kena sikit dah main saman2. Yg ko balum umno hari2 tu bleu plak. Ko ni memang haprak. Pergii ubat la...hati ko yg jahat tu.

    BalasPadam
  7. Mamat badak jantan tu kan mahkamah ; lahanat mana takut orang , malaikat maut di rasuah br1m nya jugak.

    BalasPadam