Kenyataan Media
29 Disember 2014
NAJIB PERLU PERJELASKAN KE MANA JET RASMI KERAJAAN SEKARANG
Saya berasa dukacita dengan keadaan banjir yang makin mudarat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Selangor. Sebagai wakil rakyat dari kawasan Semambu, Pahang yang turut dilanda banjir, saya bersama krew bantuan bertungkus-lumus melaksanakan yang terbaik untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.
Di samping itu saya juga tertarik dengan cara kepulangan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib dari Hawaii ke Kelantan dua hari lepas. Beliau dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan Jet Kerajaan rasmi (Nama Kapal: 9M-NAA) sebelum kembali untuk meninjau keadaan banjir.
Beliau tidak pulang ke Malaysia dengan Jet yang sama, tetapi dengan Jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) (Nama Kapal: M53-01). Pada masa yang sama, Jet Kerajaan Rasmi 9M-NAA pula menerbang ke arah bertentangan dan mendarat di Indianapolis, Amerika Syarikat sehingga sekarang.
Ini menimbulkan pelbagai persoalan. Saya bagi pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) ingin mendapatkan kepastian berikut:
1. Mengapakah Jet Rasmi Kerajaan 9M-NAA tidak membawa pulang Najib secara langsung, tetapi perlu menggunakan jet TUDM yang pastinya memperuntukkan lebihan kos?
2. Mengapakah Jet Rasmi Kerajaan 9M-NAA berterbang ke arah timur dan mendarat di Indianapolis?
3. Siapakah yang menggunakan jet rasmi kerajaan tersebut?
Sementara semua pihak bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir yang sudahpun mencecah 225 ribu orang, saya rasa Perdana Menteri perlu memberikan penjelasan atas penggunaan jet rasmi kerajaan tersebut bagi meredakan keraguan rakyat.
Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat
---------------
harta kerajaan depa hora la ,joli sakan ? ABU !
BalasPadamJet kerajaan tengah kutip cincin2 berlian nak di sedekah ke hantu hantu banjir.....
BalasPadamBila banjir , hantu hantu tak puas hati.
Kapslterbang Soljal pulak jemput Mat Bahalol. Kenaps bazir duit minyak ???
Mat Bahalol ada ke , tak ada ke , sama saja banjir.
Nadin baik Mohheedddddeen dapat henti banjir dari naik ke Lojing.
Mat Bahalol balik saja Air Asia pulak hilang ???? Ada hantu hantu tak puas hati dengan Mat Bahalol lah tu....
Najib tkut balik dgn jet rasmi...takut kena tembak dgn hantu altantuya...kahkahkah....
BalasPadam