SAYA AKAN PERTAHANKAN UCAPAN DI MAHKAMAH
Saya telah menjawab surat tuntutan (demand letter) yang dihantar oleh Najib Razak dan Rosmah Mansor pada hari ini melalui peguam saya, YB N Surendran dan Tetuan Daim Gamany.
Surat jawapan itu ada disertakan bersama.
Saya tegas bahawa ucapan yang saya buat itu berkepentingan awam kerana ia bersabit dasar negara. Saya yakin kritikan saya di atas tindakan Najib Razak menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan akan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak.
Saya kini menunggu writ saman Najib Razak dan Rosmah Mansur untuk mengambil tindakan selanjutnya.
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
9 Disember 2014
------------
Lawan tetap lawan.jangan bagi muka sama mat monggol si kaki penipu tu.Kasi dia terus jadi bangang dan tersungkur di depan pintu rumah Madet.kah..kah..kah..
BalasPadamJika di tanya Badak Air ada berapa kaki ????
BalasPadamJawab saja , Badak Air ada dua tanduk !!!!