Rabu, 10 Disember 2014

SALUT ANAK MUDA YANG BERANI





 KOMENTAR
salut!
salut anak muda yang berani
lakukan kemudaan kamu
akhirnya dunia ini 
adalah milik anak muda


'Terus berjuang, bukan meniaga tomyam'

Aktivis politik yang pernah hidup dalam buangan Hishamuddin Rais menasihatkan penulis blog kontroversi Alvin Tan dan aktivis Ali Abdul Jalil yang memperoleh suaka luar negara supaya meneruskan "kerja politik”.

Hishamuddin  berkata, kegiatan itu boleh dilaksanakan daripada luar Malaysia demi memastikan wujudnya kerajaan Malaysia yang lebih adil.


Beliau juga mengingatkan pemegang suaka politik itu bahawa mereka bukan “pelarian ekonomi” yang mencari kekayaan luar.

Sambil mengucap syabas kepada Alvin dan Ali, Hishamuddin menyarankan kedua-dua individu itu mencontohi langkah tokoh-tokoh penting dalam sejarah, termasuk Nabi Muhammad yang berhijrah ke Madinah.

"Mereka lari untuk meneruskan perjuangan bukan untuk cari kerja atau buka restoran tomyam,” katanya.

Hishamuddin mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi yang mengumpamakan Alvin dan Ali seperti bangau yang pulang ke belakang kerbau, selepas memohon suaka daripada Amerika Syarikat dan Sweden.

Tanpa menyebut nama, Zahid dipercayai merujuk kepada Hishamuddin apabila berkisah tentang seorang kawannya, pemimpin mahasiswa pada 1974 yang lari ke luar negara namun pulang ke Malaysia akhirnya.

'Jadilah internasionalis'

Sementara itu, mengimbau pengalamannya menetap di Belgium dan United Kingdom (UK), Hishamuddin berkata beliau sendiri terus terlibat mengecam “kezaliman” Malaysia melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Orang berjuang tidak ada sempadan tanah air,” katanya.


“Jadilah internasionalis, jadi warga dunia dan bawalah tradisi mulia perjuangan datuk nenek moyang kita dari Tok Janggut, Tok Bahaman, Mat Kilau, Rashid Maidin, Chin Peng dan Abdullah Sidi."

Hishamuddin, seorang penulis politik juga senada dengan Zahid yang percaya bahawa kedua-dua anak muda itu akan kembali ke Malaysia suatu hari nanti “jika kerajaan yang lebih adil wujud”.

“Kerajaan (baru) ini pasti membolehkan mereka pulang," katanya.

Hishamuddin lari ke luar negara ketika berlaku penggunaan besar-besaran ISA ketika kemuncak gerakan mahasiswa tanah air pada tahun-tahun 70-an.

Beliau antara tokoh penting menggerakkan Demonstrasi Baling  ketika itu sebagai mengetengahkan kesengsaraan hidup petani di bandar kecil di Kedah itu.

Beliau pernah hidup dalam buangan di luar negara lebih 20 tahun.




---------

8 ulasan:

  1. Jang !Nasihat kau nie walaupun pendek cam kau tapi penuh makna! Pengalaman tu botul la memang akan membijaksanakan kita ...

    BalasPadam
  2. Tapi hisam menangis nak balik..

    BalasPadam
  3. Yess...melayu bukan penjilat...melayu bukan pendayus....tp ada dikalangan kita melayu DAYUS.......

    BalasPadam
  4. Salut kpd para pejuang. Gue di sini sekadar cuba memahami kebenaran perjuangan.

    BalasPadam
  5. Dia nanti mintak balik. Kau tengok lah. Kena 2 kali Hari Raya tak makan ketupat dan sambal belacan mahu mohon balik Malaysia.

    Kena pulak mak bapak dia mati, baru dia tahu celuparnya mulutnya. Sekarang memanglah menang, kita tengok setahun dua. Salah hemat melutut kepada DYMM Sultan. Orang yg kena fitnah hidup macam biasa, yg dia ni lari sana sini. Berapa lama PKR nak tanggung makan minum dan belanja kau disana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka bkn melayu mcm kau....dlm hati ada taman...kau ni melayu pukimak.....penjilat bn...itu lah yg kauorg banggakan..sikit2 mak,sikit2 mak...lancau punya org

      Padam
  6. Dia tu jenis jantan yg telor kecut....atau x ada telor...dia tu pengocut...

    BalasPadam