TANDA-TANDA
AWAL
Media
milik United Malays National Organisation enggan dan gagal
melaporkan tentang nilai ringgit dengan dolar yang mendadak jatuh.
Hanya portal-portal internet yang berani melaporkan kejatuhan nilai
ringgit/dolar ini. Mengikut berita - kejatuhan nilai ringgit ini
sama saperti kemuncak krisis ekonomi 1998. Ketika tulisan ini
digarap 1 dolar Amerika bernilai 3 ringgit 49 sen.
Media
milik parti Ketuanan Melayu juga gagal memberi pencerahan kepada
pembaca tentang makna dan tanda dari kejatuhan nilai ringgit ini.
Pembaca Melayu terus dibodohkan dengan berita-berita Raja, Melayu
dan Islam.
Pembaca
wajib diberi maklum : apabila nilai ringgit jatuh ertinya duit
upah/duit gaji yang masuk dalam poket kita – walau pun jumlah
angkanya sama – tetapi kuasa membelinya merosot. Ini bermakna kalau
dulu satu tin susu boleh dibeli dengan harga 1 ringgit kini harganya
telah naik menjadi 2 ringgit. Bila harga barang naik ertinya nilai
duit dalam poket kita kurang.
Tanda-tanda
ekonomi dunia sedang dilanda krisis telah mula dapat dilihat. Harga
minyak mentah tiga bulan dahulu lebih dari 100 dolar satu tong kini
telah jatuh ke 61 dolar. Apa maknanya kejatuhan harga minyak? Dari
satu segi harga yang murah adalah baik untuk pengguna. Baik untuk
negara pengimpot minyak. Tetapi untuk negara pengeluar minyak saperti
Malaysia kejatuhan harga ini memberi tamparan yang hebat.
Ketika
Najib membentangkan belanjawan 2015 – pendapatan negara bergantung
pada dua minyak – petrolium dan minyak sawit. Kini harga jualan
kedua-dua minyak telah jatuh. Ertinya belanjawan Najib telah bocor.
Kebocoran ini akan membawa krisis ekonomi yang melebar TIDAK berapa
lama lagi.
Pendapatan
negara pengeluar minyak – saperti Malaysia- semakin kurang. Kita
bukan saja menghadapi krisis belanjawan yang bocor malah TIDAK ada
lagi keupayaan untuk mengimpot barangan. Jual beli semakin
berkurangan. Ini menjadikan ekonomi dunia merundum. Inilah lingkaran
setan dalam sistem ekonomi kapitalis.
Kita
telah membaca bagaimana TV Bernama telah gagal membayar gaji pekerja.
Besar kemungkinan TV Bernama akan gulung tikar. Kita juga mula
mendengar desas desus bahawa telah ada jabatan kerjaan yang upah dan
gaji bulanan lewat dibayar. Kita juga mendengar bagaimana anak-anak
muda – graduan yang baru lulus – mendapati peluang pekerjaan
semakin menguncup. Dalam masa yang sama kita mula mendengar syarikat
itu dan syarikat ini mula memberhentikan pekerja. Kita membaca
tentang dana PTPTN telah dikurangkan.
Hakikatnya
semua ini adalah tanda-tanda krisis ekonomi telah sampai. Hakikatnya
krisis ini berkemungkinan lebih buruk dari apa yang berlaku pada
tahun 1998 dahulu.
Merundumnya
ekonomi akan membawa krisis politik. Pada tahun 1998 – krisis mata
wang bermula dengan runtuhnya nilai Thai Bhat – merebak ke Rubles
Rusia dan akhirnya melanggar Ringgit Malaysia. Kali ini pekara yang
sama sedang berlaku. Mata wang Rusia sedang merundum. Bezanya kali
ini bukan sahaja ekonomi Rusia merundum tetapi ekonomi dunia.
Krisis
ekonomi ini akan membawa krisis politik. Pada tahun 1998 – krisis
ekonomi telah meperlihatkan kepada kita bagaimana Presiden Haji
Muhamad Suharto telah diburu rakyat di jalan raya. Di Malaysia krisis
ekonomi ini telah menimbulkan krisis dalaman dalam parti United
Malays National Organisation.
Pada
tahun 1998 – Anwar Ibrahim telah dibuang dari kerajaan dan parti.
Anwar telah dituduh meliwat. Apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim
ini adalah manifestasi dari krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada
ketika itu. Dengan bijak Mahathir telah mengalihkan pandangan orang
ramai dari memahami kenapa ekonomi merundum kepada jubur Azizan.
Di
Jakarta demo anak-anak muda pelajar telah menumbangkan Suharto. Di
Kuala Lumpur demo telah meledak apabila Anwar Ibrahim dibuang dari
kerajaan. Apakah perkara yang sama akan berlaku? Jawabnya: Iya.
Malah kali ini satu ledakan yang lebih besar akan berlaku.
Untuk
memahami apa bentuk ledakan yang akan terjadi kita wajib meneliti apa
yang sedang berlaku sekarang. Najib Razak kini sedang dilihat oleh
ahli parti United Malays National Organisation sebagai beban. Kalau
dulu parti Ketuanan Melayu ini terpaksa memikul Mahathir Muhamad.
Kali ini bukan sahaja memikul Najib malah parti ini wajib memikul
Rosmah dan anak beranak Rosmah Mansor.
Projek
menendang Najib semakin kuat didengar. Dua tahun dahulu sebelum PRU13
kita ada mendengar secara hitam puteh Mahathir berkata jika Najib
tidak dapat menebus kekalahan Dolah Badawi maka dirinya akan
diundurkan. Dalam PRU13 Najib bukan saja gagal malah kalah lebih
terok dari Dolah Badawai.
Bila
parti bani Ketuanan Melayu ini kalah maka ianya telah membuat
sandiwara mencari sebab yang membawa kekalahan. Sandiwara ini telah
ke hulu ker hilir mencari sebab musabab kenapa mereka ditolak
rakyat. Dikatakan parti Ketuanan Melayu ini telah melakukan kaji
selidik dan bedah siasat. Musabahah diri.
Secara
dalaman para pemimpin United Malays National Organisation tahu bahawa
mereka hanya mendapat 47% sokongn rakyat. Ini pun kemenangan dengan
jalan tipu. Rakyat Malaysia – termasuk di Sabah dan Sarawak- telah
memberikan 52% sokongan kepada Pakatan Rakyat. Dimana-mana negara
dalam dunia ini jika sesebuah parti mendapat undi 52% maka pastilah
parti itu akan memerentah. Tapi TIDAK di Malaysia. Ini bukan
penipuan. Ini ROMPAKAN siang hari.
Dalam
sandiwara mencari kenapa parti Ketuanan Melayu ini kalah – telah
timbul pelbagai tuduhan. Paling senang ialah menuduh Bangsa Cina
belot dan tidak sedar diri sebagai pendatang. Kemudian menuduh ada
kumpulan Melayu yang bersedia menjadi kuda tunggang DAP-Cina.
Kemudian menuduh Melayu TIDAK bersatu.
Kelihatan
pelbagai sebab telah ditimbulkan tetapi TIDAK ada pemimpin Parti
Ketuanan Melayu yang mengakui bahawa orang ramai telah benci dengan
United Malays National Organisation kerana mereka mendapat kuasa
dengan jalan TIPU. Parti Ketuanan Melayu ini terbukti telah mendapat
undi dengan penipuan yang dirancang oleh SPR dan dibantu oleh
pelbagai jabatan kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara.
Apa
yang saya tulis ini bukan fitnah. Ini bukan propaganda kering. Ini
ialah hasil laporan Surahan Jaya DiRaja Sabah tentang pendatang haram
yang baru sahaja diumumkan. Dari laporan ini amat jelas dibuktikan
bahawa kuasa United Malaya National Organisation yang ada pada hari
ini adalah kuasa haram yang didapati dengan jalan TIPU UNDI. Penipuan
undi ini berlaku secara teratur dan dirancang di Sabah.
Apabila
rakyat semakin benci dan semakin marah kepada bani Ketuanan Melayu
maka kita mula mendengar suara Perkasa dan suara Isma. Suara ini
disambut pula oleh pelbagai jenis NGO Melayu/Islam. Rata-rata semua
suara ini membawa kesah-kesah dongeng tentang Raja, Melayu dan
Islam. Raja tidak lagi di hormati, Melayu semakin hilang kuasa dan
Islam sedang dihina.
Raja
, Melayu dan Islam ini sebenarnya hanyalah manifestasi dari pada
politik yang sedang bergolak. Politik ialah perebutan kuasa. Merebut
kuasa bertujuan untuk merebuat ekonomi. Justeru apa yang kita lihat
hari ini adalah perebutan punca-punca ekonomi.
Parti
Ketuanan Melayu yang selama ini berkuasa telah menjarah harta
kekayaan negara ini. Dari kiri dari kanan – dari depan dari
belakang – mereka telah merampok kekayaan negara untuk anak bini
dan kroni. Rompakan ini telah diketahui ramai. Fakta ini telah
disedari ramai. Orang ramai bertambah benci dengan parti Ketuanan
Melayu ini.
Maka
untuk menepis serangan orang ramai. Untuk menyelamatkan diri, dan
untuk terus berkuasa parti United Malaya National Organisation tidak
banyak pilihan. Parti ini terpaksa berdongeng dengan kesah Raja,
Melayu dan Islam.
Raja
, Melayu dan Islam ini kononnya akan dapat mempertahankan kuasa
mereka. Memang betul untuk sementara waktu kesah dongeng Raja,
Melayu dan Islam ini sedang agak menarik. Sebenarnya, Raja, Melayu
dan Islam adalah agenda mengolah persetujuan untuk memastikan bani
Ketuanan Melayu terus berkuas.da. Perkasa dan Isma dan kuncu-kuncunya
sedang naik tocang. Tetapi hakikatnya: dibelakang semua ini ialah
perebutan ekonomi.
Apabila
krisis ekonomi dunia ini sampai dan melanda Malaysia maka kita akan
melihat cerita dongeng Raja, Melayu dan Islam ini akan lebih rancak
dijadikan slogan dan pekikan perjuangan bani Ketuanan Melayu.
Tanda-tanda
semakin jelas dilihat bagaimaan Perkasa secara terbuka telah memberi
amaran kepada Najib agar TIDAK menipu rakyat. Kita juga telah membaca
bagaimana seorang Ketua Bahagian parti Ketuanan Melayu dari Batu
Kawan telah membuat laporan polis terhadap 1MDB. Kita juga telah
terbaca bagaimana Menteri Besar Pahang yang juga pemimpin tertinggi
parti Ketuanan Melayu telah menyaman Utusan Malaysai. Walhal –
akhbar ini adalah milik parti Ketuanan Melayu sendiri.
Ini
adalah tanda-tanda bahawa parti Ketuanan Melayu ini sedang beramok
sesama sendiri. Dibelakang semua ini wujud perancangan licik yang
sedang diatur untuk menendang Najib dan Rosmah.
Semua
tanda-tanda ini ikat berikat dan sabit menyabit. Semua tanda-tanda
ini adalah signal bahawa kuasa United Malays National Organisation
semakin rapuh. RAPUH? Jika telah rapuh pastilah akan runtuh? Jika
runtuh pastilah baik untuk Pakatan Rakyat.
Sabar
dahulu – politik, kuasa dan harta – yang dimiliki oleh United
Malays National Organisation tidak akan senang menyerah bagitu
sahaja. Jangan lupa dibelakang cerita dongeng Raja, Melayu dan Islam
ini wujud Dulah Terpendam/Deep State. Pada ketika ini Daulah
Terpendam sedang mengipas kesah kesah dongeng ini. Raja , Melayu dan
Islam dikipas untuk satu persediaan yang lebih besar untuk menyambut
kedatangan krisis ekonomi.(TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45
-----------
depa nanti kata 'kita makan 3x/hari, bila harga barang2 naik kita kena makan 3 hari/sekali. semua akan jadi slim kecuali mak2 badak.
BalasPadamRajagopal-rajagopal hanya nak selamatkan Benggali,melayu pi mampossla. satu bacaan yang baik dari TT untuk sekolahkan Madet kerala, Zam keling pariah dan kadiaq melayu tonggong. Amaran kepada mereka, jangan tipu melayu dengan agenda haramjadah umnongok!kah..kah..kah..
BalasPadamGerombolan yang rapuh kini menunggu runtuh..Untuk menyelamatkan kapal taik yang dilayarkan oleh mat monggol dan suaminya mak badak
BalasPadamGerombolan kini mula meraba presideng nelayang ulamak tersohor yang tak boleh dipercayai dari PAS sebagai penyambung hayat yang boleh menyelamatkan mereka dari tali gantung dengan terus berkuasa..
Gerombolan tahu Tuan presideng nelayang memang lembik dan pentingkan din ayam dari segala ayam dan ingin memamstikan bisnes ayam diteruskan .
Itulah sebabnya kangroo kort telah lepaskan ulamak lembik ini dari kes pil kuda..Mungkin arahan dari mak badak supaya boleh menarik si ulamak lembik ini untuk kerjaan perpaduang sekali gus persediaan untuk GE14...
Pengkhianatan presideng nelayan kepada PR terserlah dalam kes MB selangor...
PAS mungkin akan dintendang keluar dari PR..Untuk itu presideng nelayang dan UG geng sedang menyusun strategi licik dengan membawa usul hudud di DUN kelantan supaya DAP dan PKR marah..Ini mungkin idea dari gerombolan.
.ADUN umno akan sokong usul itu..Jadi akan runtuhlah PR bagi pandangan gerombolan dan PAS..
Hakikatnya kalau PAS kekal dalam PR, maka di PRU 14 PR akan kalah teruk, tetapi kalau PAS dintendang keluar maka PKR dan DAP akan menang besar bukan saja di semenanjung tapi juga di sabah dan sarawak...
PAS dan penyokongnya sedang bermimpi di siang hari jika wujud perpaduang antara PAS-Gerombolan, maka PAS akan dapat peluang bertanding di kebaykan kerusi yang majoriti melayu..kah kah kah..1977 UMNo piss PAS but in GE 14 UMNO will shit on PAS head...
Kencing lah kau isham dulu teori minyak tukar tiub merumuskan minyak tidak akan turun sebab bahan bakar ini akan habis digunakan oleh orang asli jelebu untuk mengutip petai.
BalasPadam1.oittt bhaii!!ko nenguk kelemahan umno jee!!ko tak tenguk kelemahan Pr!!
BalasPadam2.ko tahu kenapa orang melayu tolak Pr!!
3.ko tahu bidalan orang-orang tua-tua!!sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik syaitan!!!
4.orang melayu dan islam taula mana satu manusia yang jahat dan syaitan yang baik yang kununnya ko sanjung tu!!!
5.ko faham ke bhaiii!!!!kah!kah!kah!!!
Anon 4.13 ptg,
BalasPadamSaya harap Anon ni walaupon benci dgn PR, tapi skurang kurangnya boleh memahami artikel TT ni..cuma saya mohon agar Anon ini jangan kaitkan Melayu, Melayu dan Melayu..
Sebabnya? Saya merasakan Anon ni keturonan India aka Mamak.
Biasanya keturonan mereka ini yg buat terok2 kaitkan Melayu dlm apa pon suasana..lebeh2 lagi dlm politik...Hairan..Mengapakah mereka ini bereaksi sedemikian? Orang belah utara mesti tau dgn perumpamaan ini yaitu 'Seperti Keling Garam'...
Apakah maksod perumpamaan 'Keling Garam'?
Org melayu takkan turun mudah2 selagi ada stok ikan jeruk, ubi badak dan ubi keling kat atas para.
BalasPadamOrang Melayu Bahalol
BalasPadamSelagi Bahalol , Orang Melayu akan anggap Orang Utan sebagai Bangsawan
Orang Melayu mesti ubah ; Orang Melayu mesti sedar Bila Sudah Sunat Khatan BUKAN ber makna sudah ubah
Selagi Orang Melayu giler kontol dan ngentot , Orang Melayu pasti Bahslol macsm Orang Utan di Sepilok.
Ekonomi negara nak bankrap , bila Bahslol dapat Kuasa ia sama Orsng Utan dapat Bunga.
Orang Melayu kena banyak baca , banyak mendengar , banyak ber fikir , banyak merenung , dan banyak Sholat.
Masalah Orang Melayu tak tahu nak jadi Orsng ; itu Fakta !!!!!
Bagi motor superbike pada Melayu , Melayu tadi kejar belakang lorry sampai mati.
Orang Melayu mesti Ubah dan yakin Pemimpin Bahalol hanya bawa ke musnahan.
Bahalol IS Bahalol.
Khalas !!!!!!!