Rabu, 19 Februari 2014

NAJIB KENA TERAJANG LAGI






KOMENTAR TUKAR TIUB
kalau najib letak jawatan
pakatan rakyat susah
kalau ku li ganti najib
seribu kali pakatan akan susah


Lagi desakan Najib letak jawatan, Ku Li dicadangkan jadi PM

Pengerusi Star Sabah Jeffrey Kitingan mendesak Najib Razak meletakkan jawatan sebelum membuat lebih banyak kerosakan, dan mencadangkan agar ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan beliau.
"Jika Najib enggan berbuat demikian, Majlis Tertinggi Umno patut bermesyuarat dan memecat beliau sebagai presiden parti dan mencadangkan alternatifnya.
"Dalam keadaan ini, Star Sabah fikirkan tidak ada calon yang lebih baik melainkan Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri," kata Jeffrey.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit... INI PANDANGAN YANG AMAT MOLEK... kah kah kah...

kah kah kah... TAPI  MAMAT SABAH NI TAK SEDAR.... kah kah kah..

kah kah kah... NAJIB BUKAN NAJIB LAGI..... kah kah kah..

kah kah kah...NAJIB DAH JADI ZOMBIE.... kah kah kah...

kah kah kah... DI BELAKANG NAJIB IALAH ROSMAH... kah kah kah..

woit..YANG INI MAMAT SABAH TAK FAHAM.... kah kah kah..

kah kah kah..YANG INI RAMAI TAK FAHAM.... kah kah kah...

kah ..MUSTAHIL ROSMAH AKAN SETUJU LETAK JAWATAN.. kah

kah kah kah...SAMPAI KIAMAT TAK AKAN LETAK JAWATAN... kah kah

--------

KOMEN DARI PEMBACA





 KASIHAN TUKAR TIUB
Kasihan Blogger Tukar Tiub. Terus terang, saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Sebelum wujudnya dunia blog saya kenali beliau kerana seorang yang aktif dalam gerakan pelajar. Saya kesal kerana belum menonton 'magnum opus'nya, Dari Jemapuh ke Manchester. Kata orang, karyanya itu gagal 'connected' dengan penonton tempatan.

Maklumlah, beliau terlalu idealist, lama pula duduk di negara omputih.Beliau dibenarkan pulang ke Malaysia, dan ketika era reformasi sekali sekala nampak kelibat beliau semasa berdemo. Kadang-kadang, saya terbaca tulisannya - dalam Inggeris - dibeberapa majalah. Ketika itu blog belum ada, mungkin  kerana itu beliau memilih media konvesional.

Hishamudin Rais mampu menulis dengan baik, apabila saya membaca tulisannya ketika dia 'waras'. Tulisan 'waras'nya sering diterbitkan dalam Malaysia Kini, kadang-kadang Sun. Di mana-mana dalam tulisannya, masih nampak api kemarahan yanng belum padam. Maklumlah, beliau bekas 'the angry young man' yang sudah tua.Hishamudin on SEBUAH TULISAN SATU PANDANGAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 2/18/14



------------

ESOK JAM 8:30 PAGI






TEMU BUAL
hishamuddin rais
dengan stesen bfm 89.9
tentang  khalid dan azmin
tentang
 dna united malays national organisation

TEMU BUAL
bermula jam  8:30 pagi
sesiapa yang dah bangun pagi
boleh dengar

BFM : 
BUKAN FITNAH
MALAON



--------

MAKNA N25 KAJANG UNTUK PAKATAN





HARI BURUH

SATAY KAJANG
Pada minggu pertama sesudah diumumkan kerusi Dun N25 Kajang kosong dan Anwar Ibrahim menawarkan diri, umum membaca bagaimana Kelas Berleter membuat heboh tak tentu hala. Mereka berlabon kuat dalam media baru. Mereka  bertalipon menghatar teks dan twit. Mereka berforum dan bergebang.

Sebenarnya Kelas Berleter ini hidup lumayan. Mereka mendapat nikmat dari proses pembodohan Bani Melayu yang dirancang dan dijalankan oleh United Malaysa National Organisation. Proses pembodohan ini juga dibantu kuat oleh gulungan feudal Melayu. Apabila Bani Melayu menjadi a la Hasan Malek maka senanglah harta kekayaan negara ini dirembat. Hakikatnya Kelas Berleter ini mendapat habuan dari ‘tong’ United Malays National Organisation. Justeru mereka terpaksa  berleter untuk menunjukkan kepada umum bahawa mereka ini prihatin terhadap negara ini. Poorah. 

Heboh-heboh Kajang ini disambut pula oleh NGO Soh Seh Soh Seh – yang juga buat heboh. Bila sebut NGO Malaysia – sebenarnya saya terus sakit perut. Sakit perut kerana ketawa.  Saya ketawa kerana NGO Malaysia yang berSoh Seh Soh Seh dalam Bahasa Inggeris ini  memiliki nama  gah tapi ahlinya tak lebih dari lima orang. Lima orang? Betul lima  termasuk anak, bini, adik dan kakak.

Kelas Berleter dan NGO  yang Soh Seh Soh Seh ini buat heboh dalam media. Mereka mempersoalkan  apakah PRK N25 Kajang ini merosakkan demokrasi.  Mereka mempersoalkan dana yang membazir. Mereka menuduh PKR mengunakan N25 sebagai cara menyelesikan masalah dalaman PKR.

Tup tup Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan. Tup Tup Taib Mahmud letak jawatan untuk lantik dirinya  menjadi Yang DiPertuan Negara Sarawak. Tup tup Kelas Berleter tak terleter lagi. Tup tup  Kelas Berleter senyap menikus – macam babi hutan jumpa cacing.

Tidak ada suara menimbulkan isu PRK N51 Balingian membuang duit. Tidak ada siapa menimbulkan kenapa Taib Mahmud tak tunggu hingga penggal DUN Sarawak dibubar. Tak timbul persoalan  Taib Mahmud guna PRK untuk ajenda dalaman parti.  Tikus Bangsar telah senyap. Bak kata Orang Peranchis  ‘ rien du tout’ -  tak ada apa apa. Kelas Berleter kelihatan terlantar kenyang  satelah mendapat projek dari Ketuanan Melayu.

Nampak jelas Kelas Berleter dan NGO Soh Seh Soh Seh telah dikajangkan. Mereka telah dibungkus kerana telah menjadi satay busuk.

Sebenarnya untuk memahami politik Malaysia ini bukan susah sangat. Tak perlu belajar  ilmu sains politik di Yale, Havard atau Oxfart.  Tak perlu belajar di Al-Azahar atau di Madinah.  Tak perlu faseh bahasa Latin atau Arab. Tidak perlu baca kitab tebal-tebal. Tak perlu buka buku falasafah Yunani.  Cukup – memadai dengan membaca akhbar Utusan Malaysia. Sesiapa sahaja boleh memahami politik Malaysia dengan membaca akhbar ini.

Biar saya buktikan betapa senangnya memahami politik Malaysia ini.  Ilmu  pertama yang wajib difahami  ialah  sesiapa sahaja yang disokong, dimasyhurkan dan diangkat oleh Utusan Malaysia maka Si Polan itu ialah orang jahat. Jika  Mamat atau Minah yang diangkat  Utusan itu ahli politik maka ini bermakna  si Mamat atau si Minah itu politikus jahat. Kalau yang diangkat ialah NGO maka NGO itu adalah  NGO jahat.

Cara kedua untuk mengenal apa yang baik  ialah melihat apa yang TIDAK disukai oleh Utusan Malaysia.  Apa sahaja yang tidak disukai oleh Utusan Malaysia adalah baik. Kalau yang dikritik oleh Utusan itu seorang politikus maka ini bermakna politikus itu adalah politikus yang baik. Jika sesuatu  dasar dikeji oleh Utusan , yakinlah bahawa dasar itu adalah tepat dan betul.

Ini terbukti betul  dalam kes N25 Kajang. Utusan melaporkan hampir kesemua kenyataan Kelas Berleter dan NGO Soh Seh Soh Seh. Kenyataan ini semuanya mempertikaikan agenda besar Pakatan Rakyat untuk menggulingkan United Malays National  Oreganisation. Apabila Kelas Berleter atau NGO ini  diberi ruang media oleh Utusan makan yakinlah ada agenda jahat di belakangnya.

Hakikatnya apa saja garis politik yang dicanang dan disokong oleh Utusan pastilah ini garis politik yang salah. Apa sahaja garis politik yang ditentang oleh Utusan maka inilah garis politik yang tepat dan betul.

Saya mengajukan pandangan sademikian kerana saya sedar bahawa Syarikat Utusan ini adakah milik United Malays National Organisation. Maka garis politik yang diajukan atau yang ditentang pastilah  bertujuan untuk menguntungkan  parti Ketuanan Melayu in. Period. Kepentingan gerombolan Ketuanan Melayu diheboh dan disebarkan oleh Utusan Malaysia. Hakikatnya, akhbar ini adalah hati nurani  gerombolan yang berimankan Ketuanan Melayu.

Cara kedua -  sesudah membaca Utusan ialah membaca kenyataan Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Sama saperti Utusan – apa sahaja yang dilarang dan tidak disukai oleh oleh Mahathir maka pekara itu  adalah pekara yang baik.  Mahathir mewakili satu jalur kepentingan elit pemerentah dari parti Ketuanan Melayu. Jalur  ini disokong oleh kapitalis nasional dan para cukong. Di belakang Anak Lelaki ini ialah  Ananda, Daim, Yeoh Tiong Lay, Syed Mokhtar, Halim Saat,  Vincent Tan  dan segala jenis kaki kontrek yang menjadi kaya raya kerana mendapat habuan dari Anak Lelaki  Kutty.

Kaum kapitalis nasional dan para cukong inilah yang dipertahankan oleh  Mahathir. Justeru Mahathir amat-amat  tidak suka tunjuk perasaan. Mahathir tak suka rakyat turun berdemo. Mahathir  tak suka media yang bebas. Mahathir  tak suka ISA dimansuhkan.  Jelas apa sahaja yang Mahathir tak suka adalah pekara  yang baik. Paling menjolok si Mahathir tidak suka Bani Melayu memiliki fikrah yang kritikal kerana bila Bani Melayu berfikir mereka akan bertanya: betul ke Mahathir ini Melayu?.

Kita lihat apa kata  Anak Lelaki  Kutty  tentang PRK N25 Kajang.   Si Mahathir ini bukan macam Kelas Berleter, ini kerana Mahathir ini faham politik. Dia melihat hasil jangka panjang PRK N25. Lalu Si Mahathir ini ‘ curah minyak’ untuk  renggangkan hubungan  PAS dengan PKR. Anak Lelaki ini mensarankan agar kerusi  MB  Selangor diambil oleh PAS.  Ini bukan kerana Mahathir telah ‘bertaubat’ untuk menyokong PAS tetapi ini dilakukan kerana saranan ini adalah cadangan jahat. Apa sahaja cadangan atau pandangan dari Anak Lelaki  Kutty ini adalah  pandangan jahat.  Tidak perlu kaji selidik dalam hal ini.

Tidak cukup dengan ‘ menaikkan syahwat PAS’ , Anak Lelaki Kutty juga telah menghebohkan ke seluruh alam bahawa Anwar Ibrahim juga bertanggung jawab dalam Operasi Lalang. Dalam Operasi  Lalang seramai 106 warga telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 27 Oktober 1987. Dalam Operasi Lalang ini juga dua akhbar harian The Star dan Sin Chew Jit Poh, dan dua akhbar mingguan Watan dan The Sunday Star telah diharamkan.

Sayangnya umum dan sejarah mengetahui bahawa Operasi Satay Lalang...oppps.. Operasi Lalang ini ditelorkan, dieramkan dan dinentaskan oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty. Operasi ini berlaku kerana kuasa Mahathir Muhamad dan United  Malays National Organisation kian terhakis.

Tidak cukup dengan  Satay  Lalang ini, Anak Lelaki Kutty ini telah juga berkata bahawa memilih Anwar Ibrahim bermakna memilih kerajaan pro-Amerika. Bila saya terbaca berita  ini saya ketawa hingga terberak. Tetapi bukan macam orang lain bila berak akan terkentut. Saya tidak terbau apa-apa.  Yang  saya bau ialah  si Mahathir ini ialah ajen KBG -  Kerala Bilio Grundiq.

Yang cuba dijaja oleh  Anak Lelaki bukan Satay Kajang tetapi Burger Pro-Amerika. Kerana ianya burger maka ianya memerlukan satu ruang luas untuk saya mentakrifkan apa itu nikmat satay dan apa itu  racun burger.

Dari awal lagi telah saya nyatakan bahawa memahami politik di Malaysia ini bukan susah. Walau pun telah saya terangkan sejelas matahari terbit tetapi masih ada lagi sosok yang gagal memahami PRK N25 ini. Saya merasa hairan lagi takjub tentang kenapa ada pemuka dari Pakatan Rakyat sendirfi  yang tidak dapat membaca tepat arus politik yang sedang berlaku dihadapan mata sekarang.


Naratifnya amat senang. Anwar Ibrahim mahu dipilih rakyat untuk memasuki Dewan Undangan Negeri Selangor. Ini dilakukan dengan niat untuk menjadikan Selangor basis utama dimana Pakatan Rakyat – PAS, DAP dan PKR – merancang  satu gerakan politik  yang ampoh untuk menggulingkan kuasa politik United Malays National Organisation.  Apakah ini tidak jelas?

Jika Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor ianya akan menjadi bonus tambahan kerana disebelah Anwar Ibrahim ialah Khalid Ibrahim pemikir ekonomi. Bayangkan politik Selangor dibawah pimpinan Anwar dan ekonomi  Selangor dibawah Khalid. Apakah pekara ini pun susah sangat untuk difahami. Apakah  fikrah telah bonsai? Atau kerana nafsu syawat telah dirangsang  dengan Satay Kajang oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty? (TT)

 NAMPAK PERANGAI EEE
 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa berminat untuk melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45











-----------

KELAS FALSAFAH MALAM ESOK





LEBAI  ARISTOTLE

KELAS   FALSAFAH 
malam esok
akan mengupas falsafah yunani
dari kaca mata 
aristotle

sila ambil perhatian
kelas akan bermula jam 9:00 malam
dan 
bukan 9:30 malam


 RADIO BANGSAR UTAMA
akan membuat siaran langsung
bermula dari jam 9:00 malam
diberitahu
kepada semua pendengar
jika sebelum jam 9 malam
radio senyap
ini bermakna jabatan teknikal
sedang menyusun
justeru
jangan risau

JUGA
sila hantar maklumat melalui sms  tweet
ke radio bangsar
sama ada program ini dapat
di dengar dengan baiak atau tidak

JUGA
jika ada soalan 
untuk diajukan kepada kelas 
sila
hubungi radio bangsar
melalui tweeter


PENGUMUMAM
semua yang hantar email
telah diterima
semua boleh datang
ke universiti bangsar utama
atau
mengikuti melalui radio

tentang nota
tidak disediakan
sila dengar dan ambil nota

ulangan di radio
sila layari radio bangsar

video akan dikeluarkan
sabar

-------

SEMIOTIK PAGI RABU





 SEMIOTIK

Dr M: Undi Anwar bererti undi Amerika

Mantan perdana menteri  Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia boleh mengundi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sekiranya mereka mahu sebuah "kerajaan pro-Amerika".

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


---------



BILIK SULIT DEWAN CHINA






BILIK SULIT
DI DEWAN CHINA SEKALI LAGI
26- 27- 28 FEBUARI 2014
JAM 8:30

BILIK SULIT
 TELAH MERAYAU
ke seluruh semenanjung
kali ini membuat
pementasan sekali lagi
sebelum bilik sulit
ke united kingdom

MENJEMPUT
semua warga
anak semua bangsa
dijemput  datang
sumbangan akan menjadi dana
untuk membawa  bilik sulit ke united kingdom
bulan hadapan





MUHYIDDIN BAKAL PM KITA





KOMENTAR TUKAR TIUB
persoalan hakiki kurun ini
yang wajib di tanya
dan wajib mendapat penjelasan
dan wajib mendapat jawapan ialah:

apakah muhyiddin telah 
bersedia untuk menjadi perdana menteri?



"Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) pun datang, dia (Muhyiddin) datang pantau harga barang, hang ni aku nak tanya Muhyidin hang kerja apa?

"Kerja TPM bukan periksa harga barang. Kawal dasar turun harga barang bukan pergi periksa di kedai.

"Menteri kewangan umum naik 35 sen. TPM datang periksa di kedai nak pastikan jangan naik 35 sen," kata Anwar dalam ceramahnya di Padang Pusat Komuniti Kampung Sungai Kantan malam tadi.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KESIAN MALIKUL SEMBAB.... kah kah kah...

kah kah kah...KESIAN TIMBALAN PERDANA MENTERI.... kah kah kah..

kah kah kah...INI KERJA HASAN MALEK.... kah kah kah..

kah kah kah... MALIKUL DAH JADI HASAN MALEK PULAAAAK.... kah kah kah

woit...APA KAH INI  HANYA LATIHAN... kah kah kah..

kah kah kah..BERSEDIA UNTUK JADI PM?.... kah kah kah

KULIAH FALSAFAH
KHAMIS INI
LEBAI ARISTOTLE
----------

BAGAIMANA RASUAH BERLAKU





KOMENTAR TUKAR TIUB



persoalan hakiki
ialah apakah telah berlaku rasuah?
jika berlaku
bagaimana ianya berlaku
inilah yang wajib di selidiki

Kritik Azmin Ali: PKR minta Suara Keadilan beri penjelasan



KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang selama ini sering mendakwa memperjuangkan kebebasan media mengarahkan lidah rasmi parti itu, Suara Keadilan memberi penjelasan berhubung tulisan kolumnis mereka Hishamuddin Rais yang dikatakan memfitnah Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali.

The Malaysian Insider melaporkan arahan itu dikeluarkan minggu lalu secara lisan kepada pengarang Suara Keadilan, tanpa menyatakan tarikh berbuat demikian.

Sementara itu, Hishamuddin Rais ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan pengarang Suara Keadilan diminta memberi penjelasan berhubung tulisannya yang menganalisis kemelut antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

SIAPA TERBERAK
DIALAH YANG
TERBAU KENTOT
KAH KAH KAH


----------

ANAK MUDA BERSEDIA




KOMENTAR TUKAR TIUB
turun turun turun
kita turun lagi
kita ke jalan raya
bantah harga barang
bantah tipu pru13


Konvensyen Pakatan Rakyat pemangkin Himpunan 1 Mei

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata Konvensyen Pakatan Rakyat kelima 8 Mac ini menjadi pemangkin bagi satu lagi himpunan besar-besaran pada 1 Mei depan.
“Harapan kami ialah mesej dapat disampaikan melalui perwakilan.
“Dengan cara itu mobilisasi ke arah Himpunan 1 Mei melalui objektif penganjuran tercapai,” kata Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.

ANAK MUDA BERSEDIA

Konvensyen Pakatan pemanas demo 1 MeiAhmad Fadli KC | 3:00PM Feb 18
Himpunan besar-besaran 1 Mei untuk membantah harga barang diumumkan Mat Sabu hujung tahun lalu.



----------