MAJORITI RAKYAT MEMILIH
PAKATAN RAKYAT
OH!
BANI MELAYU
Secara
terbuka saya ada menulis berapa kali tentang Musa Hitam. Saya tidak pernah
mengenali sosok ini. Ketika saya mula menerima pencerahan politik awal 70’an Si Musa ini sedang menjadi Timbalan Ketua
Pemuda United Malays National Organisation.
Kali
pertama berlakunya ‘pertembungan politik ’ antara saya dengan Musa pada tahun
1973. Ini terjadi apabila hutan dara di Dengkil Bangi hendak dijadikan tapak
Universiti Kebangsaan. Harun Idris
Menteri Besar Selangor pada ketika itu telah dituduh menerima rasuah untuk meluluskan tanah balak. Dikatakan Harun telah
memberikan ban balak ini kepada kroninya.
Pada
ketika itu saya ialah Setiausha Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Saya
nampak lanun-lanun Ketuanan Melayu sedang berebut ‘ ghanimah –harta rampasan
perang’. Bila sahaja saya melihat ada pergaduhan
dalaman sedang berlaku maka saya pun masuk mencelah ‘curah minyak’.
Heboh-heboh
tentang rasuah “Datuk Harun’ ini menjadi
‘hot’. Media milik United Malays National Organisation pada ketika itu
menyokong tindakan mahasiswa. Ini kerana PM Razak Hussein juga berniat mahu menghakiskan
pengaruh Harun yang berkemungkinan menyingkirkan Razak sendiri.
Saya
buka Dewan Tunku Canselor sebagai tempat debat. Harus Idris telah dijemput untuk berdebat dengan pelajar. Ini saya lakukan secara sedar untuk menerangkan kepada Bani
Melayu, terutama kepada anak muda mahasiswa pada ketika itu bahawa Harun Idris yang dianggap ‘hero Melayu
sesudah Mei 13’ ini adalah kaki rasuah.
Saya
masih ingat lagi gambar dalam Utusan Malaysia dimana seluruh kepimpinan Pemuda United
Malays National Organisation berdiri, bersongkok dan memakai pakaian puteh mengangkat
sumpah bersetia menyokong Harun Idris yang
sedang ditekan dengan kes balak. Yang
mengepali sumpah setia itu ialah Musa Hitam.
Jelas
ada bezaan pandangan tetapi pada hari
ini saya menganggap Musa Hitam ini adalah
‘ meterial’ yang berkemungkinan
untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Justeru saya mentakrifkan Musa Hitam sebagai
PM yang rakyat Malaysia tak dapat – the prime
minisiter we never had.
Mari
kita beralih kepada Tunku Razaleigh atau Ku Li. Saya mengenali baik sosok ini.
Kami dari sekolah yang sama. Makan dari kawah yang sama. Tetapi Ku LI ini Anak Raja. Sebanyak mana rajanya
saya TIDAK ambil pot. Ketika saya di
Universiti Malaya sosok ini sedang bekerja di Petronas. Justeru ketika saya mendapat pencerahan politik saya tidak membaca
apa-apa ‘ heboh’ tentang Ku Li.
Tapi
saya difahamkan ditahun 70’an Ku Li ini termasuk dalam ‘ geng’ yang berpayung
di bawah kelambu PM Razak Hussein. Dalam
bahasa soh seh soh seh Ku Li ini adalah ‘inner circle’ Razak. Ertinya PM akan
buka telinga apabila Ku Li bersuara.
Ketika
wujudnya krisis politik 1988 dan munculnya parti Semangat 46 saya tidak
berada di Malaysia. Justeru saya tidak
mengetahui perincian arus dalaman yang
mengalir. Tetapi dari pembacaan dan dari apa yang saya difahamkan oleh ‘murid
tua’ sekolah kami – Ku Li telah ditipu oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty dalam
pemilihan Presiden United Malays National Organisation pada tahun 1987. Ku Li
dikalahkan sama saperti Pakatan Rakyat dikalahkan dalam PRU13 – dengan
undi tipu.
Saya
anggap Ku Li ini adalah juga bahan yang
boleh diukir untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Sayangnya, Musa Hitam dan Ku Lia adalah dua
sosok yang telah dinafikan fikrah mereka
untuk memimpin rakyat Malaysia. Telah dinafikan ketrampilan fikrah mereka
khusus untuk memimpin Bani Melayu.
Dua
sosok diatas dari parti yang ditaja oleh British. Harus disedari bahawa kepimpinan
Bani Melayu bukan hanya datang dari parti United Malays National Organisation.
Sejarah telah merakamkan wujudnya dua sosok nasionalis Bani Melayu yang gigih
berjuang menentang British – bukan gigih membodek British. Mereka – Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Helmi –
mendapat pencerahan dari jalur kiri.
Malah
, kesedaran siapa Melayu, kenapa Melayu dan apa Melayu dan kemana Bani Melayu ini telah awal diwacanakan oleh dua sosok kiri ini. Jalur kirilah yang
petama secara lantang dan tegas melaungkan
Malaya Merdeka! Dua sosok kiri ini berkempen ke serata Tanah Melayu untuk
menaikkan kesedaran Bani Melayu. Perjuangan anti-penjajah mereka jelas. Ketika
Bung Bustamam dan Bung Burhanuddin ke hulu kehilir berkempen dari pekan ke kampong
Si Tungku sedang enak berkuda. Manakala
Si Razak sedang ‘ enjoy de menjoy’
dengan Black Label.
Boestamam
dan Buhanuddin - dua nasionalis Melayu ini telah dipenjarakan oleh British. Ini untuk menafikan fikrah
mereka dari dapat memimpin Bani Melayu.
Sebagai gantinya Brisish telah menobatkan Tungku dan Razak.
Apa
yang ingin saya sampaikan disini ialah sejarah bagaimana Bani Melayu telah dinafikan
hak mereka untuk dipimpin oleh sosok kepimpinan yang berkualiti, teruji,
berjiwa merdeka. Pemimpin yang memiliki fikrah terbuka yang berkebolehan untuk mewakili anak semua
bangsa. Memang betul apa yang saya katakan ini amat-amat subjektif kerana
sosok-sosok ini tidak menjadi Perdana Menteri.
Yakinlah
apa yang saya tulis ialah hasil rumusan yang berasakan apa yang saya baca tentang
sosok-sosok ini dari fakta sejarah. Fakta sejarah ini saya bandingkan dengan keadaan Bani Melayu
yang sedang nazzk dan dahaga dengan kepimpinan pada ketika ini. Dari fakta sejarah yang telah berlalu saya membuat rumusan – kalau lah...
Kalaulah
...Ahmad Boestamam atau Burhanuddin Helmi menjadi PM Tanah Melayu yang pertama. Kalaulah...Musa Hitam atau Tengku Razaleigh menjadi PM –
bagaimana keadaan politik Bani Melayu
pada 24 Febuarari 2014 ini?
Penjajah
British telah menafikan Bani Melayu dari berkongsi kecemerlangan fikrah Boestamam
dan Buhanuddin. Manakala, Mahathir
Muhamad anak Lelaki Iskandar Kutty yang keMelayuannya masih dipertikaikan telah
menafikan Bani Melayu dari dipimpin oleh
Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Babak
ini untuk saya adalah satu babak jenayah. Untuk saya ini jenayah besar yang
telah dilakuan oleh Mahathir Muhamad sama saperti jenayah kaum Zionis membunuh ahli
saintis Iraq dan Iran.
Saya
menulis pekara ini kerana sekali lagi saya sedang melihat dengan jelas bahawa
ada perancangan yang tersusun untuk menafikan hak Bani Melayu dan hak anak
semua bangsa dari mendapat kepimpinan Anwar Ibrahim. Saya
membaca dengan jelas bahawa telah wujud satu perancangan yang licik
untuk menafikan sekali lagi Bani Melayu
dari mendapat sosok yang memiliki fikrah untuk memimpin.
Saya
melihat dengan jelas bagaimana penyamun dan lanun ekonomi, para cukong,
politikus lama dan baru – sedang mendirikan barisan untuk menentang Anwar
Ibrahim. Kali ini bukan untuk menjadi PM tetapi hanya untuk menjadi MB Selangor.
Saya melihat saorang lanun tua yang sedang
sakit bangun kembali berusaha untuk
memastikan Langkah Kajang ini gagal.
Saya
sedang melihat dengan jelas bagaimana Anak Lelaki Iskandar Kutty sedang merancang
bersama kuncu-kuncunya untuk menafikan sekali lagi Bani Melayu dari mendapat kepimpinan yang berfikrah.
Apakah
jenayah Bani Melayu? Apa kesalahan Bani Melayu? Apakah jenayah
warga Malaysia anak semua bangsa? Apa jenayah mereka hingga mereka dipaksa
untuk diperentah dibawah pemimpin Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak. Kenapa rakyat Malaysia anak semua bangsa
dipaksa untuk menerima Abdullah Badawi? Tidak cukup dengan Abdullah Badawi rakyat
Malaysia dipaksa untuk menerima Najib dan Rosmah sebagai pemimpian negara?
Anak
semua bangsa – kita semua - telah
terpaksa menerima bengolan-bengolan yang dipilih dari parti United Malays
National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun bengolan-bengolan ini telah dieram dan menetas dari lubang United Malays National Organisation. Bengolan-begolan ini kemudian dipilih oleh
wakil yang datang ke Perhimpunan Agung Tahunan. Siapa yang dipilih maka mereka akan menjadi
Perdana Menteri.
Apa
yang berlaku dalam Perhimpunan Agong telah menjadi rahsia umum. Rakyat Malaysia
termasuk juga warga asing telah mengetahui apa itu Perhimpuan Agong Ketuanan
Melayu. Rasuah, politik wang dan jual beli kesetiaan semuanya berlaku dalam
bazar yang dipanggil Pemilihan Pucuk
Pimpinan. Ini bukan satu rahsia.
Menafikan
Bani Melayu dari mendapat pemimpin yang
berkaliber, yang memiliki fikrah adalah satu jenayah. Ini satu jenayah sama saperti genocide yang dilakukan oleh Israel terhadap
warga Palestin. Menafikan sosok yang bijak untuk memimpin adalah rancangan
jahat United Malays National Organisation.
Sebenarnya
kenapa perlu dinafikan Bani Melayu dari mendapat pemimpan yang bijak? Kenapa
Bani Melayu disorongkan dengan Najib dan Rosmah?
Jawabnya cukup senang. Dengan pemimpin yang
bijak Bani Melayu akan melangkah bijak.
Dengan pemimpin bebal maka Bani melayu akan terus bebal. Dengan wujudnya Bani Melayu yang bebal maka
parti United Malays National Organisation dapat terus relevan berkuasa untuk
merompak harta negara. Menghalang Anwar
dari menjadi MB Selangor adalah sebahagian dari projek pembodohan Bani Melayu. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa ingin melanggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon 03-92-21-10-45
---------