BENDERA
MALAYSIA BARU
OBAMA
PASAK ASIA
Obama
baru selesai melawat Asia. Dia melawat Jepun, Korea Selatan, Pilipina
dan singgah di Kuala Lumpur. Apa tujuan Barack Hussein Obama ini
datang kesini? Apa yang Obama mahu? Presiden Amerika bukan 'loh leh
' datang bershopping di Tokyo. Justeru pasti ada perancangan
dalaman yang sedang diatur ketika melawat Asia.
Apa
yang jelas - lawatan ini adalah sebahagian dari rancangan
mewar-warkan dasar pertahanan baru kuasa imperialis Amerika terhadap
Asia. Dasar ini dipangil 'Pivot Asia' atau dalam Bahasa Melayu -
Pasak Asia.
Hakikatnya
kuasa imperialis Amerika bukan lagi kuasa ekonomi dunia. Ketika
tulisan ini digarap kuasa utama ekonomi dunia telah beralih dan kini
dimiliki oleh China. Amerika bukan lagi negara pengeluar, bukan lagi
negara pemula. Semuanya telah beralih ke Asia. China, Jepun dan Korea
Selatan kini menjadi pemangkin ekonomi dunia. Justeru kuasa
imperialis Amerika sedang membuat strateji baru untuk mempertahankan
hegemoni kuasa imperialis Amerika.
Maka
muncul Pivot Asia. Inilah latar Pasak Asia. Inilah laungan 'azan'
yang memanggil Obama ke Masjid Negara. Imperialisma kini ditahap
akhirnya. Obama Budak Itam – budak suruhan kaum pemodal
antarbangsa telah diarahkan membawa beliong untuk mempasak Asia.
Pembaca
wajib mengetahui apakah itu imperialisma? Imperialisma ialah tahap
tertinggi dan tahap terakhir dalam sistem ekonomi kapitalis. Tuhan
yang disembah oleh sistem kapitalis ialah keuntungan maksima. Sistem
ekonomi kapitalis TIDAK membawa kesejahteraan umat. Justeru ekonomi
kapitalis wajib terus berkembang mencari bahan mentah dan mencari
pasaran untuk mendapat keuntungan maksima.
Awalnya
ekonomi kapitalis berkembang dalam negara sendiri. Akhirnya untuk
terus berkembang sistem ekonomi kapitalis menjangkau keluar ke
negara orang lain. Sepanyol, Portugal, Belanda, British dan Itali –
semua keluar dari Eropah untuk mencari bahan mentah, menaklok tanah
jajahan untuk menyediakan pasaran. Keluar dari negara sendiri dan
menjajah negara asing dipanggil imperialis.
Sistem
ekonomi kapitalis ini TIDAK ada agama. Di Saudi Arabia sistem
kapitalis memakai jubah hijau- menjadi Islam. Di negara China sistem
kapitalis memakai jubah merah – menjadi Sosialis. Agama, bangsa,
budaya atau bahasa TIDAK penting untuk sistem kapitalis. Tulisan Rumi
atau Jawi tidak penting. Memulakan perniagaan dengan Bismillah atau
tidak - juga tidak penting. Yang penting hanya keuntungan maksima.
Pembaca
wajib diberitahu bahawa kuasa imperialis Amerika pada hari ini hanya
mengekspot 3 benda. Pertama: filem buatan Hollywood, kedua: senjata
dan ketiga: dolar. Tiga benda ini ikat mengikat untuk membantu
mempertahankan kepentingan kuasa hegemoni imperialis Amerika.
Filem
Hollywood menanamkan propaganda tentang kekuatan kuasa imperialis
Amerika kepada mata penduduk dunia. Kuasa Amerika adalah kuasa multak
dunia. Tidak cukup dengan Mat Rambo , Amerika digambarkan memiliki
Mat Superman dan Mat Spideman yang akan menyelamatkan dunia.
Propaganda bentuk ini amat penting. Propaganda halus ini telah
berjaya mengolah pandangan warga dunia untuk berkiblat ke Amerika.
Lihat
bagaimana filem-filem dibuat terlebih dahulu untuk menggambarkan Arab
dan Islam jahat dan ganas. Ini sebelum Iraq dan Afghanistan dibom.
Di
Amerika Latin imperialis Amerika melancarkan dasar 'war on drug '
atau Perang Melawan Dadah. Ini adalah strateji Amerika untuk memaksa
pemimpin Amerika Latin membeli senjata buatan Amerika. Pembaca wajib
diberitahu bahawa pengimpot dan pengedar dadah terbesar ke dalam
pasaran Amerika ialah CIA sendiri. CIA menjadi tokan dadah untuk
mendapatkan dana diluar apa yang telah diluluskan bujet. Duit dadah
ini membolehkan CIA melakukan kerja-kerja jahat membeli maklumat atau
mengupah barua untuk melakukan rusuhan saperti yang berlaku di
Ukraine atau di Venuzeula sekarang.
Ekspot
ketiga ialah dolar Amerika. Ekspot ini amat penting. Amerika berjaya
memaksa warga dunia membeli dolar Amerika. Kong kalikong ini berjaya
dijalankan kerana Amerika ada membuat perjanjian dengan keluarga
Saud. Amerika berjanji akan mempertahankan keluarga Saud untuk terus
berkuasa di Saudi Arabia; dengan satu sayarat. Syarat ini ialah
semua jual beli minyak petrol wajib dijalankan dengan menggunakan
dolar. Justeru Saudi dan negara OPEC hingga ke hari ini menjalankan
dasar jual beli minyak dengan dolar.
Ini
bermakna negara mana pun yang ingin membeli minyak petrol dipasaran dunia wajib ada dolar. Dimana hendak dapat dolar? Jawabnya cukup senang.
Bank Amerika yang dipanggil Federal Reserve – sedia mencetak dan
menjualkan kertas hijau yang dipanggil dolar. Inilah kong kalikong
yang sedang berjalan.
China
pembeli minyak- manakala Rusia dan Iran pengeluar minyak. Tiga negara
ini sedang merancang untuk meninggalkan dolar sebagai mata wang
dalam jual beli minyak. Negara ini sedang membuat pejanjian untuk
menggunkan mata wang mereka sendiri. Bye bye dollar!
Sabar
dahulu. Bukan sacepat itu untuk bye byekan dolar Amerika. Saddam
dan Gadafy telah meninggalkan dolar dalam jual beli minyak. Lihat
dimana mereka sekarang. Justeru Pivot Asia ini adalah perancangan
licik Amerika untuk memastikan China, Rusia dan Iran TIDAK akan
meninggalkan dolar.
Pasak
Asia bertujuan untuk membawa bala tentera Amerika ke wilayah Asia.
Singapura telah lama menjadi perlabuhan tempat kapal laut Amerika
mendapat rawatan. Di Korea Selatan ada 28,500 soldadu Amerika. Di
Jepun ada 50,000 soldadu Amerika. Di Pilipina sesudah kejatuhan
Marcos pengkanlan tentera laut America di Subic Bay telah ditutup.
Pada
April 2014 – budak Itam yang bernama Obama – budak suruhan kaum
pemodal - telah berjaya mendapatkan kembali pengkalan Subic Bay.
Sayugia diingatkan pengekalan tentera laut di Subic Bay ini adalah
yang kedua terbesar sesudah Clark Air Base di Los Angles.
Jelas
Pivot Asia ialah strateji untuk membesarkan bala tentera Amerika di
Asia. Tujuan asas ialah menyediakan bala tertera laut dan darat
untuk mengepong China. Dalam masa yang sama Amerika sedang memasang
bala tentera diseluruh dunia. Amerika memiliki 900 pengkalan tentera
di 130 buah negara dalam dunia
Justeru
Selat Melaka – pengairan yang paling sibuk dalam dunia ini sedang
menjadi idaman dan Mimpi Basah Amerika. Selat Melaka menjadi saluran
darah China. China mengimpot minyak dari Iran, Timur Tengah dan
Afrika. Semua kapal minyak wajib melintasi Selat Melaka. Jika Selat
Melaka ditutup maka ekonomi China akan tercekik. Amerika mengetahui
hal ini dan China sendiri sedar tentang fakta ini.
Ketika
Obama di Kuala Lumpur orang ramai hanya sedar tentang TTPA. Agenda
TTPA ini adalah agenda luaran dimana Mak Cik Felda dan Pak Cik Warong
dapat membacanya. Apa yang tidak kita ketahui ialah 'rancangan gelap'
Amerika yang telah diajukan kepada Najib Rzak.
Umum
mengetahui penglibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya. Mustahil
Pak Duta dan CIA TIDAK memberi fakta ini kepada Obama. Mustahil
Obama tidak tahu bahawa Najib bukanlah PM yang mendapat mandat
rakyat. Mustahil Obama tidak diberitahu bahawa PRU13 telah dimenangi
oleh Pakatan Rakyat. Mustahil Obama tidak diberitahu sebelum sampai
ke Kuala Lumpur bahwa Najib ditolak oleh 52% rakyat Malaysia.
Semua
ini dibuktikan apabila Obama secara sedar telah menyindir Najib
dengan membuat pertemuan resmi dengan Bersih. Ini bermakna Obama
tahu bahawa United Malays National Organisation menipu dalam pilihan
raya. Obama juga bertemu dengan beberapa NGO. Semua ini adalah
tekanan untuk Najib agar bersedia untuk menanda tangani TPPA.
Apakah
TPPA sahaja yang dimahukan oleh Amerika? Jawabnya TIDAK. Pasak Asia
lebih dari TTPA. Menanda tangani TTPA ini hanya gula-gula untuk
mengabui mata rakyat Malaysia. Obama mahu meletakan bala tentera
Amerika di Malaysia? Apakah ini betul? Atau hanya andaian?
Untuk
memahami pekara ini sila lihat kembali apa yang berlaku sehari
sebelum Obama sampai. Tup tup pecah cerita ada lanun merompak kapal
minyak di Selatan Melaka. Dikatakan lima lanun bersenjata parang
telah menahan sebuah kapal minyak dan berjaya memindahkan minyak ini
ke kapal lanun. Lanun membuat kerja selama 8 jam.
Sebenarnya
ini ' operasi salah bendera' yang sengaja dipentaskan untuk Obama.
Tujuan pementasan ini ialah untuk memastikan agenda Selat Melaka
akan muncul dalam perbincangan Obama dengan Najib.
Hairan
bin Takjub , berita lanun ini hilang bagitu sahaja. Media milik parti
Ketuanan Melayu tidak memainkan berita ini. Selalunya Utusan akan
menuduh 'kerja jahat' ini dijalankan oleh 'orang' yang bersimpati
dengan Pakatan atau yang cenderong kepada gerakan militan Islam. Kali
ini media United Malaya National Organisation senyap menikus. Malah
kita tidak tahu kemana hilangnya lanun-lanun ini. Apakah mereka
sedang berehat di Bukit Aman atau sedang berehat di Jalan Ampang.
Bukti
paling jelas tentang keinginan Amerika untuk membuka pengkalan di
Malaysia ialah dengan menonton rapi klip sidang akhbar Obama dan
Najib. Lupakan babak dimana Najib gagal menyebut – pro-li-fe-ation. Ini memang memalukan tapi demi Malaysia kita lupakan babak ini
dan perhatikan dengan teliti apa isi kata Najib.
Najib
telah mengakui bahawa setiap 'permintaan' Amerika telah dipenuhi oleh
Malaysia. Malah Malaysia kini bersetuju untuk meresmikan perhubungan
ini. Apakah pemintaan itu?
Pemintaan
ini ialah untuk bersama dalam apa yang dipanggil 'war on terror' –
perang menentang keganasan. Betul ke permintaan ini? Betul dan
tepat. Belum pun sempat Obama memelok Michelle – Najib telah
membuat tangkapan keatas apa warga yang dituduh ' pengganas'. Yang
ditangkap disamakan sebagai suku sakat Osama Bin Laden. Ini cara
Najib membodek Amerika.
Ada
lagi yang diminta oleh Obama? Pasti ada. (TT)
`SEMUA TENAGA
MENYERANG MUSUH
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03-92-21-10-45
NOTA KAKI
Legendary Malaysian political activist Hishamuddin Rais (he identifies himself as a ‘non-government individual’) wrote for this report:
“Obama is trying to recreate the atmosphere of the Cold War in Asia in particular and globally...Obama’s trip to Malaysia in particular is aimed at the Malaysian leadership to open up and allow access to the Malaysian market. At the same time America is keen to have a military arrangement with Malaysia, i.e. the possibility of having a base. This is a move partly to control the Southeast Asian market and also to contain what Americans term as the danger of China. Obama is trying to create a wedge between ASEAN nations and China. In Malaysia in particular, with the weak government of Najib Razak, Obama will force Najib to sign the TPPA trade agreement. It is a fact that TPPA will be destructive to the domestic market.”
Published time: May 01, 2014 18:40 - Russia Today
http://rt.com/op-edge/156224-obama-visit-asia-china/
----------