AL-FATHIH
ROSLAN NIK
calon phd universiti malaya
aktivis pemula universiti bangsar utama
contoh kawan
yang bekerja dibawah tanah
yang cari makan di gudang musuh
terlibat dari zaman reformasi 1998
terlibat dalam tok ampoo
terlibat dalam tok sloo
tidak berlakun
tapi berlakun dibelakang tabir
terlibat dalam food not bomb
terlibat dalam dapur jalanan
terbaru
sering muncul
pada petang ahad
di jalan panggung
meninggal dunia pagi ini
kelmarin pulang dari berumrah
ketika berlangsungkawa ini ditulis
mayat roslan nik masih lagi di hospital
anak kelahiran terenganu
bertugas di universiti malaya
kawan kawan dari universiti bangsar utama
pelajar kuliah falsafah
pasti akan mengenali roslan nik
roslan nik tidak pernah tidak hadir
disemua kuliah
kecuali minggu dulu kerana berumrah
biasanya sesudah kelas
roslan nik akan belanja
mereka yang tak ada modal
makan
nasi lemak di hadapan ubu
roh roslan nik kini sedang berehat
bersama roh anak semua bangsa
yang melakukan kebaikan
diatas bumi ini
al-fatihah
-------