TANAH MELAYU
RASISMA
DAN KEBENCIAN
Sejarah
membuktikan bahawa Orang India dan Orang Cina telah dibawa masuk ke
Tanah Melayu oleh British. Harus juga diakui bahawa sebelum British
membawa masuk Bangsa Imigran ini – telah ada Orang Cina dan Orang
India di Tanah Melayu. Mereka telah datang berhijrah dan berniaga ke
Melaka - kota metropolis ulung di Asia pada ketika itu.
Dari
kitab Salaltus Salatin- Sejarah Melayu - kita bertemu dengan watak
Kitul dan Keling Mendeliar. Kita bertemu dengan watak Hang Li Po yang
berkahwin dengan Sultan Melaka. Kalau kita membaca dan memahami kitab
sejarah maka kita akan sedar kenapa wujudnya Tanjung Keling dan Lubuk
China di Melaka. Justeru kemasukkan Orang India dan Orang China ini
bukan satu yang baru.
Kita
tahu dan faham bahawa British ialah kuasa penjajah yang datang untuk
mencari, menjarah dan memunggah harta kekayaan wilayah yang dijajah.
Kuasa kolonial British ini membawa sistem ekonomi baru bukan sahaja
ke Bumi Melayu malah kaum kolonialis membawa sistem ekonomi baru ini
ke India, China, Afrika, ke Timur Tengah atau ke Amerika Latin.
Ketika
Portugis, Belanda datang ke Melaka – sistem ekonomi kapitalis
masih ditahap rendah. Tahap ekonomi ini dipanggil ' Mercantile
Capitalism'. Perniagaan masih ditahap 'tukar barang'. Duit, riyal
dan dinar wujud tetapi bukan saperti yang kita bayangkan hari ini.
Ketika
Portugis dan Belanda datang ke Melaka – pemerintahan masih lagi di
tahap Feudal. Raja dan Sultan Melayu paling berkuasa. Sultan dan
Raja boleh melakukan apa sahaja. Sultan dan Raja di Tanah Melayu ini
muncul kerana 'sosok-sosok' ini bijak membunuh dan menewaskan musuh
mereka. Saperti Don Corleone dalam Godfather – Si Polan yang bijak
bersilat, bijak bertikam dan pandai membunuh dan memiliki ketrampilan
pimpinan akhirnya menjadi Raja.
Raja
ini dikatakan penyambung kerja Nabi. Sultan dikatakan bayangan
Allah. Semua ini adalah karut marut. Semua ini dimunculkan kemudian
oleh Kaki Bodek dalam Istana yang mengakui diri mereka sebagai Alim
Ulama dan boleh 'online' dengan Tuhan. Ini terjadi bukan sahaja di
Tanah Melayu malah dimana ada kemunculan Raja – baginilah asal
usulnya. Semua ini berlaku ketika sistem ekonomi kapitalis baru mahu
mengembang dan Penjajah berkulit puteh belum sampai.
Harus
juga dinyatakan disini penjajahan British di Tanah Melayu atau India
dimulakan oleh British India Company beretukar menjadi British East
India Company. Kemudian baru diambil alih oleh Baginda Queen. Kaum
pemodal ini datang untuk menjarah harta kekayaan. Tidak lebih dari
itu.
Apa
yang ingin saya kukuhkan disini ialah EKONOMI yang menjadi asas
kedatangan Penjajah. Kedatangan penjajah dikatakan untuk membawa
Tamadun, untuk membawa Pencerahan, untuk mengembangkan Agama Kristian
– semuanya ajenda sampingan. Ajenda sampingan ini diwujudkan untuk
mengolah persetujuan warga yang bakal dijajah.
Justeru
kerana mahukan bijih, mahukan kayu kayan dan mahu menanam getah –
maka penjajah British telah membawa masuk kuli dari India dan dari
negara China. British memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang
agar hasil bumi Tanah Melayu dapat dipunggah pulang ke kota London.
Pekara ini bukan sahaja berlaku di Tanah Melayu – malah di mana
British menjajah pekara yang sama berlaku.
Kemasukkan
imigran dari China dan India ini adalah permulaan era penjajahan dan
bermulanya berkembang sistem ekonomi kapitalis. Dalam Dunia Melayu
yang termasuk Kepulauan Melayu pada awalnya Imigran ini tidak dilihat
sebagai masalah. Tidak dilihat sebagai musuh. Tidak wujud persaingan
ekonomi. Kaum Imigran dan Manusia Melayu tidak mengganggu satu sama
lain.
Kemasukan
awal Orang China dan India ini dilihat tidak mengancam politik
Melayu. Ini amat berbeza dengan kemasukan Imigran yang dirancang dan
disusun oleh British.
Ini
kerana Orang Melayu dari segi ekonominya masih terikat kuat dengan
sistem cari makan paling asas. Ekonomi Melayu masih berTani untuk
hidup. Ke laut untuk berIkan. Ke hutan untuk berKayu, berPetai atau
berKijang. Membuka ladang diwilayah yang subur. Tidak ada konsep
tanah milik pribadi atau lesen dan geran tanah. Manusia Melayu di
Tanah Melayu masih belum lagi masuk ke alam jual beli – ke alam
perniagaan.
Kerjasama
antara kaum feudal Melayu dan China pada ketika cukup baik. Kita
membaca kitab sejarah dan melihat bagaimana pencarian bijeh timah
diatur untuk menjaga kepentingan British, kaum feudal Melayu dan
Kapitan China. Kita membaca sejarah dan memahami bagaimana Yap Ah Loy
– tokan candu – boleh berkerjasama dengan Sultan Abdul Samad –
untuk mengumpul kekayaan.
Apa
yang ingin saya katakann disini ialah pada awal sejarah Tanah Melayu
ini kosep kaum, bangsa, agama belum tebal dan belum menjadi ancaman.
Pada ketika ini tidak wujud lagi perasaan BENCI CINA , atau BENCI
INDIA malah kaum feudal Melayu amat gumbira untuk memilik
gundek-gundek China atau gundek Keling.
Jika
dari awalan sejarah tidak dilihat kemunculan sikap BENCI maka dari
mana datangnya perasaan Melayu benci Cina, Cina benci Melayu atau
Melayu benci India? Dari mana datangnya RASISMA? Dari mana datangnya
sikap perkauman?
Sikap
ini muncul apabila berlakunya perebutan EKONOMI antara Melayu dengan
Cina. Fahaman rasis ini muncul apabila berlakunya pertembungan
ekonomi. Sikap perkauman muncul untuk mengolah persetujuan apabila
wujud perebutan ekonomi.
Contohnya
cukup jelas – British mengeluarkan dan menyebarkan pandangan bahawa
budaya dan tamadun berkulit puteh lagi maju dan hebat. Justeru kerana
mereka maju dan hebat maka 'halallah' mereka datang ke Tanah Melayu
untuk membawa pencerahan. Pencerahan ini di bawa juga ke Afrika dan
India. Dibelakang fahamam rasis 'aku lebih baik – aku lebih
mulia' ini sebenarnya tersimpan niat untuk menjajah. Menjajah
ialah menjarah ekonomi.
Kaum
Zionis Israel memiliki faham rasis perkauman kerana mereka menganggap
diri mereka – yang telah dipilih oleh Tuhan. Mengikut ajaran agama
Yahudi mereka adalah kaum terpilih yang muncul untuk menyelamatkan
dunia ini. Justeru mereka menyebarkan faham Zionis, justeru mereka
menjajah ekonomi Eropah, justeru mereka mengambil bumi Palestin.
Apa
yang hendak ditekankan disini ialah tentang peranan EKONOMI yang
melahirkan kebencian. Perebutan ekonomilah yang melahirkan pandangan
rasis. Pandagan rasis ini boleh digunakan untuk mengumpulkan
semangat 'kekitaan'. Kekitaan ini maknanya – KITA orang Melayu –
KITA orang Islam – Kita yang cakap Melayu.
Apakah
salah jika kita memiliki semangat KEKITAAN? Jawabnya tidak salah.
Secara positif semangat atau perasaan kekitaan baik untuk sesama
bergotong royong. Kita sekampong, kita sesekolah, kita sebangsa, kita
seagama – adalah contoh semangat kekitaan. Semangat ini adalah
rasa awal yang melahirkan semangat NASIONALISMA dan melahirakan
saemangat kebangsaan. Kebangsaan lahir dari - kita sebangsa.
Semangat
dan perasan KEKITAAN ini hanya wujud apabila kita bertemu dengan
'Orang Lain'. Dalam konteks zaman penjajahan 'orang lain' itu ialah
Mat Saleh. Kedatangan Portugis ke Melaka pada awalnya tidak dilihat
mengacam. Malah orang Melayu hanya hairan melihat janggut mereka.
Tetapi Portugis datang bukan untuk bercukur janggut tetapi menawan
Melaka. Maka Orang Lain yang berjanggut ini mula dibenci. Kebencian
terhadap Orang Luar ini dianggap semangat nasionalisma yang positif.
Orang Melayu Melaka bangun melawan Portugis.
Bagitu
juga dengan Belanda. Kita ingat bagaimana datuk nenek moyak kita
membuat perempamaan – macam Belanda minta tanah. Asas perumpamaan
ini ialah tanah i.e ekonomi. Datuk nenek moyang bei ingataan tentang
jahatnya Orang Lain.
Kedatangan
British ialah ialah permulaan ekonomi kapitalis moden. Revolusi
industri telah bermula di England. Arang batu telah menjana tenaga
baru. Keretapi, kapal laut mula melayari dunia. Kilang dan pabrik
mula muncul di London, di Manchester dan di Liverpool. Kilang-kilang
ini memerlukan bahan mentah. Penemuan baru muncul. Kereta mula di
buat. Semua ini membuka era ekonomi kapitalis baru.
Ketika
inilah penjajah British membawa masuk kuli dari India dan kuli dari
China. Mereka dibawa masuk ke Tanah Melayu kerana tenaga mereka
diperlukan. Secara natural Imigran China ini berlabuh di Singapura
dan Pulau Pinang. Ini kerana bandar ini bandar perlabuhan. Maka
secara natural bandar-bandar ini diduduki oleh Imigran. Anak Melayu
jati masih lagi duduk di kampong-kampong.
Perhubungan
Manusia Melayu dengan Imigran agak jarang berlaku kerana Orang Cina
tinggal di pekan , di kongsi lombong bijeh manakala Orang India
tinggal di ladang getah. Untuk satu ketika - tiga bangsa ini tidak
menimbulkan apa permasalahan. Yang bergaduh Cina Hai San dengan Ghee
Hin. Manakala Manusia Melayu hidup aman permai di kampong dan desa.
Semua
ini berubah. Apabila adanya Melayu mula pandai membaca. Ada Melayu
mula pandai menulis. Apabila ada Melayu mula pandai berfikir. Dan
lahirkah semangat KEKITAAN. (TT)
ANAK SEMUA BANGSA
BERSATU DIBAWAH
SANG SAKA
NOTA
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN
--------