Sabtu, 9 Ogos 2014

CADANGAN AMAT MOLEK




KOMENTAR

mengalu-alukan
cadangan ini
terbaik!





Kerajaan sedia kaji kewajaran tutup Facebook - Ahmad Shabery

Kerajaan sedia kaji kewajaran tutup Facebook - Ahmad Shabery
SHABERY: Penutupan Facebook adalah satu pendekatan radikal - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras malam tadi.


KAH KAH KAH

woit

kah kah kah
setuju untuk ditutup
fb dah jadi
laman fitnah
dah jadi 
laman tohmah
sila tutup
kah kah kah
di mesir bila mubarak tutup
lagi ramai anak muda
turun ke jalan raya

KAH KAH KAH



------------

HOT HOT TERNOW







KAH KAH KAH


khalid ibrahim ditendang

khalid ibrahim dizalami 

khalid ibrahim kena cari

tian chua

khalid ibrahim kena cari

hishamuddin rais

mulakan

reformasi 3.0

KAH KAH KAH




---------

KEMPEN ANTI MEK DOGAL DI TERUSKAN




KOMENTAR
jalan terbaik
jalan terpilih
tak perlu banyak cakap
lakukan
demo disana sini


ALOR STAR


SANDAKAN


SEGAMAT


AMPANG



-----------

MEK DOGAL PENYOKONG ISRAEL







  • Boycott Israel Campaign - Boycott McDonald\'s

    www.inminds.com/boycott-mcdonalds.php
    Jul 29, 2009 - McDonald's is the largest and best-known global food service .... and others a wide variety of travel options; the Israel Commission of the ...
  • Boycott Israel Campaign 2012 - Innovative Minds

    www.inminds.com/boycott-brands.html
    Jun 4, 2012 - Israels Keter Group is one of the world's leading manufacturers and marketers .... McDonald's Corporation is a major corporate partner of the Jewish .... are targeted wherever possible rather than wide boycotts of whole stores.

  • 'Pelanggan Melayu sudah tidak datang'

    SHAH ALAM - Kempen boikot produk pro Israel yang mengaitkan McDonald's yang bertebaran di media sosial dan aplikasi mesej seperti WhatsApp nampaknya benar-benar memberi kesan kepada rangkaian makanan segera itu.

    Mana tidaknya, tinjauan Sinar Harian Online di beberapa kawasan sekitar Shah Alam hari ini mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang berbeza dengan sebelum kempen boikot dijalankan.

    Seorang pekerja di kaunter sebuah cawangan McDonald’s mengakui bahawa kempen boikot yang dijalankan bermula beberapa hari lalu mendatangkan kesan ke atas premis berkenaan.

    “Sangat-sangat kurang. Tiada pelanggan Melayu yang berkunjung ke cawangan McDonald’s ini manakala, pengunjung berbangsa lain juga kurang,” katanya.

    Pemerhatian di premis tersebut sekitar jam 7 hingga 8 malam tadi juga mendapati suasana amat sunyi dan hambar
    .



    i've nothing to say
    my lord
    i rest my case


    -----------

    INGAT CARA BACA UTUSAN





    KOMENTAR
    ingat cara baca utusan
    sesiapa di puji utsan
    ertinya itu orang jahat

    sesiapa di tibai utusan
    ertinay itu orang baik

    pandangan hahahahahaha

    Khalid tidak boleh digugurkan
    KUALA LUMPUR 7 Ogos - Majlis Syura Ulama Pas memutuskan untuk tetap mempertahankan  Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Keputusan oleh sebuah majlis yang dianggap tertinggi di dalam...

    MAKNANYA

    khalid wajib dibuang

    PKR kurang bijak - Mohd. Amar
    KOTA BHARU 7 Ogos - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat mengamalkan politik kotor dengan mendedahkan kelemahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mencapai cita-cita mereka untuk menggantikan...
    MAKNANYA
    tindakan pkr
    satu tindakan bijak

    Pemuda Pas Dungun desak pecat Hanipa Maidin, Khalid Samad
    KUALA TERENGGANU 7 Ogos - Dewan Pemuda Pas Dungun menggesa tindakan tegas diambil termasuk memecat beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat yang didakwa mengeji kepemimpinan parti berhubung krisis kedudukan...



    MAKNANYA

    hanipah dan khalid
    orang betul
    orang baik

    i rest my case
    my lord

    KAH KAH KAH


    ----------

    MARI KITA BERPANTUN





    PANTUN 

    MELAYU

    pisang emas dibawa 
    belayar
    masak sebiji dia tas peti
    hutang bank islam 
    selesai dibayar
    tanah ecoworld 
    hadiah saguhati

    -----------

    KEMPEN ANTI MEK DOGAL BERJAYA





    FACE BOOK


    McDonald LTA Kuching Lengang malam ini. Saya bertanya kepada seorang pekerjanya, dengan senyum beliau berkata, itu hak pengguna, apa boleh buat. Dia memberitahu saya, semua bahan yang digunakan untuk buat McD adalah bahan tempatan. Saya bertanya di dalam hati, sampai bila boikot ini akan berakhir— apakah akan terus menerus sehingga McD tutup atau selepas tercapai matlamat boikot, orang ramai akan berduyun-duyun berkunjung semula ke McD termasuk yang memboikotnya. Saya harap rakan facebook saya tak marah kerana setahu saya boikot ini bukan hukum agama. Saya marah Regim Zionis tetapi saya kesian kepada pekerja McD


    KEMPEN DI KUCING

    LENGANG DAN KOSONG






















    ---------

    APA NAK AZIZ CAKAP




    Nik Aziz tidak terlibat keputusan ulama PAS kekalkan Khalid sebagai MB Selangor


    Mursyidul Am PAS  Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan beliau tidak terlibat dalam keputusan Majlis Syura parti itu untuk mengekalkan Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, menyukarkan lagi untuk memahami pendirian parti Islam itu dalam kemelut ini.

    Bekas menteri besar Kelantan itu mengatakan beliau meninggalkan mesyuarat itu selepas 30 minit ia bermula kerana berasa tidak sihat.

    "Saya hadir sekejap sahaja. Belum sampai keputusan, saya keluar. Setiausaha Majlis Syura datang ke rumah saya selepas Maghrib terangkan keputusannya," kata Nik Aziz kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka PAS Kota Baru pada Khamis, memberikan indikasi beliau tidak terlibat memberikan pandangannya berhubung isu ini dalam mesyuarat tersebut.

    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-tidak-sokong-keputusan-ulama-pas-kekalkan-khalid-sebagai-mb-selang#sthash.9KDspHiF.dpuf



    JANGAN TERLUPA



    'Ahli Pas jangan cakap tak tentu fasal'

    Nik Aziz ketika ditanya mengenai pendirian perebutan jawatan Menteri Besar Selangor itu turut berkata, perkara itu perlulah diselesaikan pihak berkenaan dengan cara berhemah tanpa penglibatan orang lain.

    “Kelantan ini yang saya jaga macam anak sendiri pun saya beri pada orang lain. Tentang Selangor, biarlah mereka selesaikan nanti,” katanya.


    KAH KAH KAH
    yang ni jelas
    ambo dah royak
    mu jangan campur
    hal orang lain

    KAH KAH KAH


    ---------

    KEMPEN ANTI MEK DOGAL DI TERUSKAN







    TERUSKAN BOIKOT
    setuju sangat dengan desakan supaya kerajaan SEGERA mengumumkan senarai barangan/ jenama yang datang dari israel, atau dimiliki oleh orang/firma yang membantu kewangan israel.

     ada 2 kemungkinan:

     1-kerajaan akur, lalu memudahkan rakyat membuat boikot yang lebih berkesan lagi mujarab tanpa was-was atau segan-silu dalam membantu palestin,

     2-kerajaan taknak, lalu memudahkan rakyat membuat boikot yang lebih berkesan lagi mujarab tanpa was-was atau segan-silu dalam membantu pakatan di pilihanraya akan datang on IKUTI WARGA DUNGUN
    Publish | Delete | Spam
    Anonymous
    on 8/8/14



    ---------

    KURANG MAKLUMAT ATAU APA?






    KOMENTAR

    setiausaha agong pkr
    saifuddin nasution
    sudah menyediakan
    fakta dan bahan bukti
    tentang khalid ibrahim
    siap dengan nota kaki

    maklumat ini telah
    disampaikan kepada
    semua pucuk pimpinan pas
    semua pucuk pimpinan dap

    kalau dengan maklumat
    yang amat detail
    yang amat kukuh
    dengan bukti dan fakata
    tetapi si pembaca
    masih tak sedar sedar
    tentang pembelotan khalid ibrahim


    maka ini samalah saperti
    meminta benjamin nethanyahu
    sedar akan kezaliman 
    yang sedang dilakukan 
    keatas warga palestin


    Majlis Syura PAS kurang maklumat tentang Khalid, kata Anwar

    Ketua Umum PKR  Anwar Ibrahim berkata keputusan Majlis Syura PAS yang mahu mengekalkan Abdul Khalid Ibrahim adalah kerana kurangnya fakta sebenar berkaitan menteri besar Selangor itu.

    Anwar turut menggesa ahli dan kepimpinan parti patuh kepada keputusan parti yang mahu melantik Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

    "Saya fikir ada isu yang kita perlu perjelaskan kepada mereka (Majlis Syura) yang mereka tidak ketahui sebelum ini.

    "Khalid bukan saja seorang pemimpin PKR dan menteri besar tetapi juga seorang rakan. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini luar daripada etika," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

    KAH KAH KAH

    kurang maklumat
    boleh diberi
    tapi kalau 
    malas membaca
    malas berfikir
    malas mengkaji
    maklumat diberi pun
    tak ada guna

    KAH KAH KAH



    ------------