Ahad, 2 November 2014

AL- FATIHAH UNTUK UMAT MANUSIA




AL-FATIHAH

Tan Ah Kow

24 0ktober 1953 - 2 nov 2006

setiap kali aku melintasi lorong itu
setiap kali aku terlihat kerusi
di warung itu
setiap kali aku
teringatkan kau

setiap kali aku di tangkap mata mata
ketika itu
wajah kau muncul

setiap kali aku di bawa ke mahkamah
ingatan ingatan  itu cerah kembali
segar terpahat dihati

rehatlah
kawan ku
kau telah pergi dahulu


SETIAKAWAN
Inilah semangat setiakawan bro TT....tiada ideologi pendatang @ perantau bahasa sanskrit....eeee senyum bila dengar khalimah sanskrit.. on AL-FATIHAH SEKALI LAGI
Anonymous
on 11/2/14

TERUS DI KENANG
Subhanallah..Tan..jasamu disanjung.. semoga Allah memberkatimu dan dijauhkan dari apa2 siksaan.. berehatlah... on AL-FATIHAH SEKALI LAGI
Anonymous
on 11/2/14
PATIHAH
kih...kih...kih.. kominih pun ada patihah jugak..kah..kah..kah Long live Mao Tse Tong..keh..keh on AL-FATIHAH SEKALI LAGI
Anonymous
on 11/2/14

HANYA UNTUK MUSLIM
bhaiiii jika insan ini muslim x pe la Al-Fatihah .... tp kalu x jgn la ..... bab2 agama ni jgn la buat main2 ... gua tau lu sosialis tp botom line kita ni hamba Allah ... suka x suke kita akan tempoh juga alam akhirat ... smentara ada masa ni berubah la bhai on AL-FATIHAH SEKALI LAGI
Anonymous
on 11/2/14
HARI PEMBALASAN
Uncle hisham....uncle dah meroyan ke ucap al fatihah kpd non-muslim? Jgn laa persendakan Allah. Bukan apa takut nanti di akhirat menyesal tak sudah. Kita hidup ni bukan nak bertungkat langit. Uncle percaya tak ttg kewujudan Allah dan hari pembalasan ni? on AL-FATIHAH SEKALI LAGI
Anonymous
on 11/2/14







---------------

RAKYAT DAH BOSAN




KOMENTAR

jangan jual taik masam
dalam botol kicap
jangan jual keletong
dizaman internet




UMNO usah berdiam diri – TPM

KUALA TERENGGANU 1 Nov. - UMNO tidak boleh lagi berdiam diri dan membiarkan pihak lain lebih terkehadapan dalam mempertahankan asakan yang semakin kuat mencabar kedudukan agama, raja-raja, hak-hak istimewa orang Melayu dan bahasa.

Muhyiddin Yassin berkata, gejala yang meresahkan orang-orang Melayu dalan senario politik yang kini dianggap luar biasa keadaannya, perlu ditangani dengan lebih pantas dan berani.

Muhyiddin membayangkan UMNO kini bersalut dengan imejnya yang dikatakan tidak seperti dahulu apabila ramai yang beranggapan ia sudah mulai longlai, tidak lagi tegas dalam memperjuang dan mempertahankan hak-hak Melayu yang semakin disanggah.


KAH KAH KAH
woit
rakyat dah bosan
dengan trik lama
dah bosan 
dengar cerita raja
dah muak dengan cerita
hak istemewa
dah bosan cerita
jual agama

rakyat nak tahu
siapa upah sirul
siapa upah azilah
bunuh altantuya

POOOORAAAH

------------

HARI INI DI MAHKAMAH






APA DIA KES ANWAR IBRAHIM

Biar saya terangkan disini sajelas mungkin. Pekara ini telah berkali kali saya nyatakan. Disini saya mengulangi apa yang pernah saya tulis. Lima belas tahun dahulu – 1998 - saya telah menulis pekara yang sama. Kali ini saya menulis sekali lagi kerana ramai pendatang baru – terutama anak anak muda – yang kabur tentang KES ANWAR IBRAHIM.

Tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar Ibrahim ini TIDAK – baca TIDAK - ada sangkut paut dengan undang-undang atau hukum hakam. Tuduhan ini BUKAN tuduhan jenayah. Ini tuduhan politik. Tuduhan ini bertujuan untuk memastikan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini gagal dari mempengaruhi orang ramai. Tuduhan ini bertujuan untuk memalu dan memburukan nama Anwar. Tuduhan ini untuk memastikan Anwar boleh dipenjara.

Nama yang telah dibusukkan dan sosok yang dipenjara dalam perhitungan Anak Lelaki Iskandar Kutty pasti akan menamatkan nafas politik Anwar Ibrahim. Kes ini akan menghalang Anwar dari dapat mempergaruhi orang ramai untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Inilah sebenarnya Kes Liwat Azizan 1998. Ini jugalah maknanya Kes Liwat Saiful 2014. Tidak ada perbezaan. Cara konspirasi dijalankan dan cara mahkamah bertindak pada ahun 1998 dan tahun 2014 adalah sama. Tujuan dan ajenda asal tahun 1998 masih diteruskan pada tahun 2014. Azizan yang banyak bulu telah digantikan dengan Saiful Bukhari yang kurang bulu. Ini saja perbezaan hakiki.

Pada tahun 1998 - Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Parti Ketuanan Melayu telah belot. Ini satu jenayah yang amat besar. United Malays National Organisation sebuah parti politik telah menjarah negara ini semenjak British mengundur – terperanjat besar apabila Anwar membelot. Kepimpinan parti yang mengakui mewakili dasar Ketuanan Melayu ini telah merompak dan melanun harta negara untuk mengkayakan anak isteri bini dan kroni. Rompakan ini berjalan secara gelap dan terbuka malah diketahui ramai. Tapi TIDAK ada 'orang dalam yang berani pecah lobang'. Si Anwar Ibrahim ini telah belot dan pecah lobang.

Pecah lubang ini terjadi kerana pada tahun 1998 telah berlaku krisis ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis dunia. Krisis ekonomi bukan sahaja menimpa Malaysia malah diserata pelusuk dunia. Banyak syarikat kroni Ketuanan Melayu telah bungkus dan gulung tikar. Ketika krisis ekonomi ini berlaku Anwar ialah Menteri Kewangan. Anak Lelaki Iskandar Kutty juga di kenali juga sebagai Mahathir Muhamad ketika itu ialah Perdana Menteri.

Anak Lelaki Iskandar Kutty memiliki dasar dan pendekatan yang berbeza dari Anwar dalam cara menangani krisis ekonomi 1998 ini. Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim lebih cenderong dan bersedia untuk menerima cadangan Bank Dunia dan International Monetary Fund ( IMF). Anak Iskandar Kutty ini merasa dasar yang diyakini oleh Anwar ini akan melungkupkan syarikat kroni dan juga syarikat Perkapalan Mirzan Cucu Lelaki Iskandar Kutty.

Perbalahan dasar dalam menangani isu ekonomi telah berlaku. Anak Lelaki Iskandar Kutty disatu pihak dengan Tun Daim sebagai Panglima manakala Anwar Ibrahim disatu pihak dengan budak-budak Abim, Mat Ezam, Mat Azmin, Mat Khalid. Anwar Ibrahim juga disokong oleh peniaga-peniga 'baru muncul' yang hendak naik dan berkembang.

Dalam suasana inilah Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim sedang menyediakan 'kumpulan dan orang-orang' untuk mengenepikan dan menendang dirinya dari tampok kuasa. Mahathir Muhamad merasakan dirinya sedang dikepong oleh Anwar Ibrahim yang memiliki banyak jaringan. Justeru - satu konspirasi dirancang untuk menangkap dan memenjarakan Anwar Ibrahim.

Hakikatnya – dalam kaca mata kumpulan penyamun – Anwar Ibrahim telah melakukan satu pembelotan besar. Anwar dilihat sebagai suara yang berani melawan. Ini amat-amat bahaya untuk sebuah parti politik yang selama ini kerjanya merompak dan melanun atas nama Orang Melayu.

Maka muncul Jubur Azizan, jubur Sukma, pelacur India Kaki Berbulu, pelacur Mexico. Semua ini hanyalah berita untuk mengolah persetujuan orang ramai agar melihat Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Parti sebagai orang jahat. Orang jahat wajib dipenjarakan.

Kepada anak-anak muda, atau pembaca yang TIDAK mengetahui apa yang telah berlaku pada tahun 1998 mungkin terperanjat membaca tulisan saya ini. Mungkin melihat tulisan ini sebagai propaganda lucah lagi bohong.

Jangan silap – saya tulis tentang Pelacur India Kaki Berbulu, jubur Azizan, jubur Sukma, pelacur Mexico, pelacur Korea – bunyinya memang lucah. Sebenarnya semuanya saya pungut dari laporan media milik United Malays National Organisation. Berita berita ini muncul pada minggu pertama sesudah Anwar dilucutkan kuasa – 20 September 1998. Pelacur-pelacur ini dilaporkan telah dilanggan oleh Anwar Ibrahim. Jika TIDAK yakin tentang apa yang saya tulis sila rujuk kepada Arkib Negara.

Justeru saya terus mengajukan bahawa jenayah Anwar BUKAN meliwat pemandu kereta Wan Azizah bernama Azizan. Juga bukan jenayah meliwat Saiful. Jenayah Anwar Ibrahim ialah pembelotan. Anwar belot dan lari dari gedrombolan Ketuanan Melayu.

Dari segi sejarah Anwar Ibrahim telah dipungut oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty untuk menjadi ahli gerombolan United Malays National Organisation. Anwar bekas aktivis pelajar dan juga bekas pemimpin belia dilihat memiliki ketrampilan pimpinan. Anwar juga memiliki rekod persekolahan, rekod agama dan pengalaman yang diperlukan untuk terus memanjangkan usia United Malays National Organisation.

Kenapa Anwar belot?

Dari segi pensejarahan - selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bersama dalam kumpulan perompak dan lanun. Anwar telah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri. Ketika dipuncak kuasa Anwar Ibrahim dikelilingi oleh segala macam jenis manusia.

Sebagai Mat Santa Klause, sebagai Pemegang Mohor Gula Melaka - Anwar Ibrahim dikelilingi oleh pelbagai jenis semut yang 'gila projek'. Pelbagai jenis ' contract junkies' yang mahukan projek. Saya memanggil era ini – ZAMAN PINK FORM . Inilah kemuncak kuasa Anwar Ibrahim mengagih-agihkan 'borang saham ' kepada Melayu dan Bumiputera untuk mendadak menjadi kaya. Dalam masa yang sama menyokong Anwar Ibrahim ke tampok kuasa.

Pada awalnya ketika ditampok kuasa – Anwar merasakan rompakan yang dilakukan oleh para lanun ini boleh dimaafkan. Tetapi apabila krisis ekonomi 1998 melanggar semuanya berubah. Para lanun dan penyamun dari United Malays National Organisation mahu Anwar membuka peti simpanan duit negara. Ringgat, dolar dan dinar harta negara ini dikhendaki oleh para lanun untuk menyelamatkan syarikat perniagaan mereka. Perkataan paling popular ketika itu ialah 'bail out' para kroni.

Dasar ' bail out' para kroni ini menajamkan lagi perbezaan antara Mahathir Muhamad dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya perbezaan ini meledak. Anwar dituduh meliwat dan dipenjara. Pada 28 dan 29 Oktober 2014 ini kes liwat ini diulangi. Justeru, saya cukup yakin Anwar akan kembali ke penjara.

Disini saya ingin memberitahu bahawa MAHKAMAH wujud sebagai lembaga keadilan. Ini samalah juga saperti SPRM wujud untuk membentras rasuah. Sama juga dengan SPR wujud untuk mengendalikan pilihan raya. Ingin saya beritahu bahawa Mahkamah, SPRM atau SPR adalah jentera daulah.  
Dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia – jentera jentera daulah ini memiliki peranan yang sama dengan lembaga-lembaga daulah di London, di Sweden attau di Norway. Dalam buku, dalam kertas – memang mahkamah di Sweden atau di Denmak atau di Putrajaya tugasnya ialah untuk menegakkan keadilan.

Tetapi dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia – mahkamah ialah jentera dan alat daulah untuk menghukum sesiapa sahaja yang dianggap 'bahaya' oleh Rosmah, oleh Najib , oleh United Malays National Organisation. Mahkamah di Malaysia tidak ada sangkut paut dengan keadilan atau bercita-cita untuk menobatkan keadilan. Hukum dan undang-undang digunakan untuk menumpas mengalakkan dan memenjarakan musuh politik. Ini bukan tohmahan, Ini bukan fitnah.

Biar saya beri tahu disini : 1998 Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Apabila Peguam Pembela membuiktikan tarikh Azizan diliwat bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud..oppps... lalu tarikh liwat diubah suai. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini apa yang berlaku pada bicara tahun 1999.

Dalam kes liwat Saiful - lupakan tentang jubur Saiful tersumbat plastik selama tiga hari. Ingatkan kembali bagaimana Si Saiful ini telah pergi mengadap Rosmah dan Najib sebelum membuat aduan polis. Apabila pekara ini dihebohkan media Najib telah menerangkan bahawa Saiful ini datang ke rumahnya untuk bertanyakan hal biasiswa. Najib berkata Si Saiful ini ingin belajar untuk menjadi juruterbang. Ini bukan fitnah Hisdhamuddin Rais. Ini laporan media.

Saya TIDAK akan meragui kejujuran dan baik hati para pembaca yang masih berharap keadilan akan dinobatkan pada 28 dan 29 Oktober. Saya juga angkat tabik penuh hormat kepada sesiapa sahaja yang akan turun ke Putrajaya untuk bersetiakawan dengan Anwar Ibrahim pad a pagi 28 dan 29 Oktober ini. Salut.

Kepada kawan-kawan para Reformis dan anak anak muda yang akan turun ke jalan raya saya ada pesanan:

Jika inilah harga yang wajib dibayar
Maka inilah harganya
Datanglah penjara tali gantung
Perjuangan ini tetap disambung - (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



--------------

INI BARU BETUL






SOKONG

Ala TT..penceramah ini pun manusia. Ada nafsu syahwat. Jadi xdak salah dia menoron bini dia. Setelah penat berceramah, berehatlah. Bini mmg utk ditoron. Bukannya dibuat hiasan dinding, kemudian tak pancut2. Rugi. Mainlah sehingga berlemoih celah kangkang pun, kami tak heran. Asalkan jangan buang bayi sudah la. on SIAPA PUNYA KERJA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/2/14



NOTA
kah kah kah
siapa ambil gambar
kah kah kah


ANUGERAH ALLAH
woi...apa kena dengan video anwar anugerah allah. adakah pelanduk dua serupa ?poorahh kahkahkah. on SIAPA PUNYA KERJA
Anonymous
on 11/2/14
DUA TEORI
Dua teori...yang shot to bini no 1 ke 2....twoplet... triplet...sekali main salah ke....atao....tukqng shot ni buta teknologi...dio ingat cabut memori card boleh settle semua gambar....pui...

kena sambung komputerlah kalau mau cusiiiiiii......gentot pandai..ghairah pandai....anggleshot pandai......cusiiiii fhone gagal....kakkakaka...rasainloh..mdua tiru stail najiblah tu...senyap je....biar orang pening...nak pening apa bhai..lagi berselerakkkkkkk.....jawappppppp...... on SIAPA PUNYA KERJA
DD KAYBEE
on 11/2/14
SIAM PUNYA KERJA
TT, sebenarnya pelanduk dua serupa bukannya asing.Tetapi kalu kat Siam sana, ada studio untuk buat pelanduk bermacam rupa. Nak buat muka Madet main seks ka, Najib Tuya ka, Brahim ali ka. zul bisul semua boleh. Jangan risau kalu nak tau cerita tanya umnongok.

Dia orang ni banyak suka buat fitnah dan buat cerita seks, bila orang melayu dah tak sokong mereka. Tapi bila selalu menipu mana lagi orang percaya pada cerita seks mereka.Kenapa video seks najib monggolia tak dibuat?mereka boleh buat tapi saja tak mau buat.sudahlah,cerita seks ni hanya melayu umnongok dan makcik dan pakcik felda saja yang percaya.

Kalu tanya Datu T, three stooges tu.mana ada betul pun.Yang betul lagi sah Rahim anak tambi main seks dengan budak2 dan rais perogol memang benar.Masa akan menentukan.Tunggu bila anak muda dah jadi kuat dan orang tua semua dah mati,ini semua akan terbongkar.kah..kah..kah.. on SIAPA PUNYA KERJA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/1/14
CERITA BLUE
orang orang melayu tengok cerita blue ini memang pandai. kalau tak blue , tak bahalol lah bangsa bangsa melayu. pelandok dua serupa ? tak perlu , sendiri tengok kontol sendiri cukup dah.. 

kontol anwar besar ke kechik , tengok kontol sayfool...yang ter barai lah hero nya. tak kan lah ustaz tu bahalol gila nak ngentot depan camera ; okaylah... mat monggol boleh action. i give up ! on SIAPA PUNYA KERJA
Anonymous
on 11/1/14



PELANDOK LUAR NEGARA

Pelanduk tu pelanduk luar negara la bhaiii... Polis mesia nak tangkap cam ner? on SIAPA PUNYA KERJA




-------------

SATU LAGI JANJI BANI KETUANAN MELAYU







JANJI BANI
KETUANAN MELAYU





Janji tiada lagi maklumat tidak tepat – Noh Omar

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Badan Perhubungan UMNO Selangor memberi jaminan bahawa kegagalan memberi maklumat tepat kepada Najib Razak sebagaimana berlaku pada pilihan raya umum lalu tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Pengerusinya, Noh Omar berkata, beliau boleh merasai betapa kecewanya Najib ke-rana Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu diberi taklimat mengenai jaminan bahawa parti tersebut boleh menang tetapi akhirnya keputusan lebih buruk dicapai.

“Ini satu cabaran kepada saya. Dalam pilihan raya umum lalu mungkin beliau diberikan taklimat dan keyakinan BN boleh menang tetapi kalah lebih teruk, jadi tentunya satu perasaan yang saya boleh rasa, beliau cukup kecewa dengan apa berlaku.


KAH KAH KAH

woit
rahsia dah bocor
kah kah kah
mat mongol kena kelentong
kah kah kah
maknanya ada malaon
yang sudah kemut duit
bagi laporan terbaik
dapat sen
kah kah kah

woit
apa jadi dengan 
senatak mat ezam
bila nak tendang 
noh omar
satu selangor
sedang tunggu
baru cuuuuuun

KAH KAH KAH
------------

KESAH MAT KY JELLI





KAH KAH KAH

SI FOOL BUCURRY

NOTA
ky jelli 
bukan ubat gigi
kah kah kah


-------------

NAJIB PUN TAHU MALU





PM 'letih, malu' BN digelar pembangkang S'gor

Oleh itu parti berkenaan perlu berani berubah untuk merampas semula pentadbiran negeri, kata Najib.

"Saya rasa letih dan sangat memalukan apabila kita (BN) dipanggil pembangkang.

"Saya tahu anda semua rasa letih dan malu juga,” katanya dalam ucapan di konvensyen Umno Selangor hari ini.



Sokongan terhadap PM menurun banding Ogos

BANGI - Sokongan pengundi Malaysia terhadap cara  Najib Razak mengendalikan tugasnya menurun kepada 48 peratus bagi Oktober berbanding 54 peratus pada akhir Ogos lalu.

Tinjauan terbaharu oleh pertubuhan penyelidikan bebas Merdeka Centre itu dijalankan antara 11 dan 26 Oktober lalu.

Menurut Merdeka Centre, penurunan sokongan itu dipercayai akibat pengurangan subsidi bahan api pada 2 Okt
ober.


MESTI LAH MALU 
KENA SIKU 
DEPAN TETAMU PRESIDEN JOKOWI



KAH KAH KAH

woit
pastilah letih
pastilah malu
letih kerana
tak ada sokongan
malu kerana
orang  ramai tahu
najib takut bini
apa punya tuuuur

KAH KAH KAH
-----------

TERBUKTI SUDAH




KOMENTAR

kini terbukti
bahawa allah 
bukan milik
bani ketuanan melayu
terbukti
bahawa allah bukan
monopoli bani ketuanan melayu

allah untuk anak semua bangsa
diatas bumi manusia

Laporan semalam menyebut, bahan penerbitan berkenaan yang mengandungi kalimah 'Allah' itu dirampas kerana timbul “keadaan syak” apabila penerbitan berkenaan diturunkan ke terminal utama KLIA2.



-----------

AL-FATIHAH SEKALI LAGI




AL-FATIHAH

Tan Ah Kow
24 0ktober 1953 - 2 nov 2006


setiap aku aku melintasi lorong itu
setiap kali aku terlihat kerusi
di warung itu
setiap kali aku
teringatkan kau
setiap kali aku di tangkap mata mata
ketika itu
wajah kau muncul
setiap kali aku di bawa ke mahkamah
ingatan ingatan  itu cerah kembali
segar terpahat dihati

rehatlah
kawan ku
kau telah pergi dahulu


------------