APA
ITU ISIS?
Perang
di Timur Tengah hari ini semuanya bermula dengan ledakan WTC pada
9/11. Ini kenyataan salah. Semuanya bermula dengan Perang Iraq. Ini
juga kenyataan salah. Semuanya bermula dengan Iran. Ini juga salah.
Semuanya bermula dengan Zionis Israel. Ini juga salah. Semuanya
bermula dengan Saddam dan Gadaffy. Ini juga salah. Semuanya bermula
dengan pertelingkahan Sunni dan Shia. Ini juga tak betul. Semuanya
bermula dengan CIA dan KGB. Dengan MI6? Ini juga salah.
Jika
semua salah – jika semua tak betul - apa puncanya perang yang
sedang melanda Timur Tengah hari ini?
Biar
saya nyatakan disini : Perang dan pergolakkan politik dunia hari ini
semuanya berpunca dari: PETROL – bahan bakar petrolium. Minyak
petrol telah menjadi punca Perang Dunia Kedua. Dan kini Perang Dunia
Bahagian Ke2 juga disebabkan oleh minyak petrol. Pergolakan politik
dunia hari ini adalah pergolakan pengeluaran bahan bakar pertolium.
Saya
telah banyak menulis tentang teori 'Peak Oil' atau Puncak Minyak.
Saya juga telah cuba membawa pencerahan tentang peranan minyak dalam
tamadun manusia moden. Semua ini saya lakukan dengan harapan para
pembaca akan memiliki latar untuk memahami apa yang sedang berlaku
dalam dunia hari ini. Memahami apa yang sedang berlaku dihadapan mata
kita semua.
Sayugia
diingatkan bahawa dunia hari ini amat jauh bezanya dari dunia arwah
ibu dan ayah saya. Malah dunia hari ini amat jauh bezanya dari dunia
yang saya lalui ketika saya membesar di sekolah rendah hingga ke
universiti.
Dalam
masa yang amat singkat Malaysia telah mengalami perubahan mendadak.
Dalam masa yang singkat dunia telah berubah. Perubahan mendadak ini
berlaku kerana wujudnya bahan bakar petrolium. Semenanjung Malaysia
mula menjadi pengeluar minyak pada tahun 1974. Asas ekonomi Malaysia
mula beralih. Dari getah dan bijeh kini dengan duit modal minyak –
Malaysia mula membina infrastruktur untuk menjemput pemodal luar.
Tanpa bahan bakar minyak Malaysia pasti bukan Malaysia yang kita
hadapi hari ini.
Dunia
hari ini adalah dunia petrolium. Asas dunia hari ini ialah minyak.
Tanpa minyak dunia hari ini akan terhenti dan tidak bergerak.
TERHENTI dan TIDAK BERGERAK? Betul - apabila minyak habis maka dunia
ini akan terhenti. Tamadun kita hari ini akan terhenti.
Tamadun
kita hari ini ialah Tamadun Minyak. Dunia hari ini bergerak kerana
wujudnya minyak. Tamadun Minyak ini bergerak melalui satu sistem
ekonomi yang dipanggil sistem eknomi kapitalis. Dari Tamadun Minyak
dan dari sistem ekonomi kapitalis ini muncul budaya, nilai, politk dan
negara bangsa. Umat manusia hari – anak semua bangsa - semuanya
adalah Umat Minyak.
Persoalan
muncul berapa lama agaknya minyak akan terus mengalir dari perut
bumi? Berapa lama lagi bahan bakar ini akan terus dapat menjana dan
membakar agar sistem kapitalis ini terus bergerak?
Salah
satu jawapan datang dari Peak Oil Theory atau Teori Pucak
Minyak.Teori ini telah cuba menjawab soalan ini. Teori ini secara
ilmiah dan berdasarkan fakta telah meramalkan kehabisan minyak dalam
dunia ini. Apabila minyak habis maka Tamadun Minyak yang berumur
kurang lebih 150 tahun ini akan terhenti dan runtuh.
Mengikut
teori ini kita TELAH melintasi puncak dan SEDANG memasuki zaman
meleset. Ini bermakna dari hari ke hari bahan bakar minyak petrolium
akan berkurangan. Permintaan makin bertambah. Ekonomi kapitalis
bergantung kepada pengeluran dan permintaan. Pabrik dan kilang
memerlukan bahan bakar minyak untuk bergerak. Permintaan untuk minyak
bertambah manakala pengeluran minyak makin berkurangan. Harga minyak
tidak menentu dan semakin mahal.
Jika
minyak menjadi bagitu mahal dan pengeluaran berkurangan maka tamadun
kita akan runtuh. Keruntuhan tamadun bukan satu yang baru. Dari
kajian arkeoloji kita membaca bagaimana Tamadun Inca berkembang dan
runtuh di Amerika Latin. Kita juga membaca bagaimana Tamadun Lembah
Ganges berkembang dan runtuh di India. Kita juga membaca bagaimana
Tamadun Mesir kuno maju dan runtuh. Malah dalam kita-kitab suci
agama-agama ada kesah dan surah tentang tamadun kuno yang telah
runtuh. Al-Quran ada menyebut tamadun Aad dan Thamud untuk
dijadikan pengajaran.
Apa
yang saya lakarkan disini bukan satu dogeng. Fakta-fakta telah
membuktikan bahawa bahan bakar petrolium ini akan habis. Minyak
adalah sumber asli – mengalir keluar dari perut bumi. Minyak bukan
macam getah atau sawit – boleh ditanam untuk dituai. Lima leter
minyak yang dibakar bermakna minyak dunia berkurangan sebanyak lima
liter. Minyak yang telah dibakar TIDAK dapat ditokok tambah.
Dari
data resmi International Energy Agency tahun 2011 - dunia telah
membakar 89 juta tong minyak sehari. Satu tong ialah 156 liter. Dalam
setahun dunia membakar 32 bilion tong setahun. Ini data tahun 2011.
Tahun 2014 pasti bertambah.
Fakta
minyak semakin berkurangan ini diketahui oleh Obama, diketahui oleh
Putin, di ketahui oleh pemodal international, diketahui oleh CIA ,
diketahui oleh perancangan dasar Rumah Puteh dan juga perancang
dasar untuk Kremlin. Fakta ini juga diketahui oleh Beijing dan Parti
Komunis China. Malah Najib Razak 6 tahun dahulu pernah berkata bahawa
pada tahun 2016 Malaysia juga akan kekeringan minyak.
Perang
Dunia Kedua telah membuktikan bagaimana Hitler telah cuba masuk ke
Afrika untuk menawan telaga minyak di Mesir. Bahan bakar petrolium
adalah asas utama penggerak sistem ekonomi kapitalis hari ini. Tanpa
minyak maka sistem ekonomi kapitalis ini akan runtuh. Bibit-bibt
keruntuhan ini semakin jelas dapat dilihat. Krisis keewangan yang
bermula pada September 2008 telah melanggar dunia kapitalis masih
menggelodak. Sistem kapitalis kelihatan rebah bangun. Harga minyak
naik dan turun. Setiap kali ianya bangun sistem ini semakin lembik
dan rapuh.
Justeru
para pemikir, para perancang dan panglima perang penyokong tegar
sistem ekonomi kapitalis berkumpul berfikr dan merancang. Kaum
imperialis Anglo-Amerika menyedari pekara ini. Mereka melahirkan
STRATIJI untuk memastikan diri mereka selamat dari ledakan
kekeringan bahan bakar petrolium.
Stratiji
ini ialah mengepong dan menawan semua telaga-telaga minyak mentah
dalam dunia ini. Ini adalah prinsip asas perancanga ini. Selainya
hanya mekanisma dan taktik untuk memastikan telaga minyak ini akan
dapat mereka miliki.
Justeru
– Islam, Sunni, Shia, Arab, Parsi, Kurdish, Bako Haram, Al-Qaeda,
KMM, Al-Nusra, Mujahideen termasuk ISIS hanyalah projek sampingan.
Semua ini adalah pecahan dari projek induk untuk memastikan bahan
bakar petrolium ini jatuh ke tangan kuasa imperial Anglo-Amerika.
Project
for New American Century (PNAC) – Alaf Baru Untuk Amerika - telah
difikirkan, dirancang dan ditulis. Projek PNAC ini sedang dijalankan
satu persatu. Projek ini berpayung dibawah projek induk untuk
mewujudkan New World Order – tatasula dunia baru. Peraturan baru
dunia dimana semua umat manusia ini akan dikawal dan menjadi hamba
kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.
Mungkin
ada yang menganggap tulisan ini agak susah untuk dipercayai. Atau
kurang diyakini. Saya menyedari pekara ini – kerana apa yang saya
cuba paparkan disini ialah Gambar Besar – The BIg Picture. Saya
melukis hutan belantara yang penuh dengan duri dan ranjau. Saya tidak
berkesah tentang kayu Jati atau Meranti. Melihat sebatang kayu lebih
senang dari melihat hutan. Tetapi batang-batang kayu inilah yang
menjadikan hutan.
Maka
ISIS , al-Qaeda atau al-Nusra hanyalah batang-batang kayu yang
diwujudkan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika untuk memastikan projek
menawan semua telaga minyak di Timur Tengah. Mereka ini hanya
'aparacik' untuk menjayakan Projek Alaf Baru Amerika.
Iraq
dilaporkan sebagai wilayah yang memiliki minyak terbanyak sesudah
Saudi Arabia. Ini diikuti oleh Iran dan Rusia. Iran dan Rusia
bukan sekutu Amerika. Bagitu juga Iraq ketika dibawah Saddam Hussein.
Dari perancangan strateji Projek Alaf Baru Amerika ini seluruh Timur
Tengah termasuk Iran, Turkey, Afghanistan dan Pakistan wajib
dimasukkan dalam bakul Anglo-Amerika. Justeru Perang Drones di
Utara Pakistan, serangan gerila Sunni ke Timur Iran, Perang 'non
stop' di Afghanistan adalah sebahagian dari stratiji ini.
Sebenarnya
Perang Dunia Kedua yang berpunca dari perebutan telaga minyak hanya
berhenti ' rehat' sabentar. Dunia hari ini masih lagi berperang. Di
Yemen Perang Drones sedang berjalan. Bako Haram di Nigeria ialah
perang perebutan telaga minyak. Perang juga sedang berjalan di Libya
untuk merebut telaga minyak. Kurdish dan Arab berperang di Iraq untuk
merebut Kirkuk wilayah telaga minyak Iraq.
Bagaimana
dengan ISIS? Bukan kah ISIS ini berjuang untuk menegakkan Islam.
Bukankah ISIS ini ingin mendirikan kembali sistem Khalifah Islam?) (TT) (bersambung)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa ingan melanggan akhbar minngun ini
siula pukul talipon
03-92-21-30-45
------------