Isnin, 17 November 2014

RAFIZI TAK DATANG PARLIMEN






DOKUMEN SOKONGAN MERUJUK DATUK AHMAD MASLAN KE JK HAK & KEISTIMEWAAN DISERAHKAN KEPADA SPEAKER

Saya telah menyerahkan dokumen-dokumen sokongan seperti yang diminta oleh YB  Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung usul yang saya failkan untuk merujuk Timbalan Menteri Kewangan,  Ahmad Maslan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Rakyat kerana memberi kenyataan yang salah berhubung tanggungan kewangan Kerajaan Persekutuan terhadap hutang-hutang 1MDB.

Dokumen itu disertakan bersama untuk makluman pihak media.

Saya tidak dapat hadir di Dewan Rakyat pada hari ini kerana masih lagi uzur akibat viral fever sejak beberapa hari yang lalu. Pun begitu, saya menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan kejujuran YB Yang Dipertua dan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memutuskan perkara ini dengan seadilnya.

Saya sedia maklum kenyataan media  Ahmad Maslan yang berpendapat perkara ini sepatutnya tidak dipanjangkan. Namun, soal hutang 1MDB adalah soal Negara dan rakyat yang terbesar yang perlu terus diberikan perhatian, bukannya ditutup dengan mudah.

Walau apa pun keputusan YB  Yang Dipertua mengenai usul saya itu, saya dan rakan ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain akan terus memberi perhatian membongkarkan masalah hutang 1MDB ini.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
  
17 November 2014





-----------

SAKIT APA?






FACE BOOK



Di negara maju, apabila seseorang pemimpin itu tidak sihat, mereka berundur. Di negara dunia ketiga.....
LikeLike ·  · 


KAH KAH KAH

woit
i rest my case
may lord

KAH KAH KAH



دينالدجاج



----------------

SIAPA DIA DIN AL-DAJAJH










دينالدجاج


AKU PECAT
musuh kalau sokong kita, mesti ada yg tak kena. aku kalau ada kuasa aku pecat!!! atas sayalah nak hadir, tak mau hadir. on APA PUNYA TUUUR
Anonymous
on 11/17/14
SANGAT BONGKAK
Sangat bongkak baru saja presiden parti belum lagi jadi PM... Patut la parti perintah trengganu sepenggal ja kah kah kah ... Okla tapi bila wakil setuju keputusan msyuarat jgn cakap presiden bole tarik balik persetujuan atau hanya presiden bole buat keputusan... on APA PUNYA TUUUR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/17/14
GAJI SAPA BAYAR?
budak bahalol saja cakap macam tu..... "ikut suka saya lah !!!" tapi bila ambil duit rakyat tiap tiap bulan , tak ada pulak bagi balik pada rakyat. standard bahalol , lagi pun orang orang melayu rata rata bahalol pun. jangan salah kan Cina sudah !!!! on APA PUNYA TUUUR
Anonymous
on 11/17/14


دينالدجاج





-----------

NASI PANGGUNG PETANG KELMARIN




NASI 

PANGUNG 

Kotaraya, petangnya hujan
Jalan Panggung seperti biasa
sesak dgn warga kota
miskin kota & anak semua bangsa
menikmati rezki pemberian tuhan

HUJAN YANG BASAH
Menu & kontributor kongsi makanan minggu ini:
Tim Dapur Jalanan - Bihun Tomyam / Sandwich Telur
Tim Syed Shahir - Roti Canai / Air Mineral
Tim KOLONI - Pakaian / Ais Krim Malaysia
Tim Meals 4 All - Nasi Ayam berlauk
TIm Famili Pajam - Brownies / Pakaian
Vince & Kawan2 - Kek 
Qish awek cun - Cucur Sayur
Shahril brader cool - Sup Cendawan

Anak semua bangsa yang bersolidariti. berkerja bakti & buat ramai:-
Yan, Acino, Aisyah, Padel, Quratul, Syu, Paramjit,
Nurul, Dayang, Miss Soraya & semua Tim KOLONI,
Vince & kawan2 UM, kawan-kawan dari IACT & Meals 4 All,
Syakirah, Ali & keluarga dari PAJAM, Dr Maszlee & keluarga, 
Fitrah, Awatif & tim Recycle, Johan, Zai & Liyana,
Gerombolan Tim Busking - Hijrah, Azen, Akim, Amir
& semua yang hadir, saling tak mengenal, bersetiakawan di Jln Panggung

DATANG BERATUR
TERIMA KASIH SEMUA
Setiap minggu setia di Jalan Panggung
jumpa hujung minggu ini!

 Beg Pasar Dapur Jalanan sudah keluar, RM15.00. Boleh dapatkan juga Apron Dapur pakai masak, simpan buat koleksi. Membeli sambil menyumbang RM20.00. Boleh didapati di Jalan Panggung & kroni-kroni terdekat. 

 Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

TOLONG MEMASAK
Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 
SPKL Collective

 Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 019-267-12-85
 Hadi Khalid 012-664-88-73

Solidariti untuk miskin kota

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
17 November 201

----------

MANA DIA DIN AYAM





الدجاج

دينالدجاج



Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas,  Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pimpinan PR tidak menghentam Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kerana...

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
woit
mintalah tolong
dari din al dajajah
napa minta tolong
pada tok guru

woit
mintalah tolong
dari 
harun din

lagi poweer



KAH KAH KAH




----------

LAGI FITNAH MUNCUL






Orang luar sebar cerita Hadi undur
SHAH ALAM – Cakap-cakap mengenai pengunduran Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hanya ditimbulkan oleh pihak luar parti.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, ada pihak luar yang sengaja mewujudkan saranan supaya Abdul Hadi berundur daripada politik dengan alasan tidak hadir mesyuarat dalaman parti dan PR.

"Ini hanya di luar. Dalam parti, semua pemimpin dan ahli Pas tidak pernah mempersoalkan ketidakhadiran presiden dalam mesyuarat kerana mengetahui tahap kesihatan beliau yang tidak menentu pada masa ini," katanya.


KAH KAH KAH

woit
sokong
setuju
ini mesti kerja israel
ini mesti kerja yahudi
ini mesti kerja cina
ini mesti kerja india
mereka cemburu
mereka jaki

mustahil ahli pas
mahu hadi berundur

kalau hadi undur
siapa akan cari
ikan dan sotong


APA PUNYA 

TUUUUR





-----------

WAT DE FAK







KJ bidas pihak tuduh cuba juarai isu transgender

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan segelintir pihak yang menuduh beliau cuba menarik perhatian masyarakat dengan membawa usul transgender semasa Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini.

Sebuah portal berita melaporkan seorang penganalisis politik melihat hasrat Khairy itu kononnya sebagai langkah Pemuda untuk menjuarai isu semasa perhimpunan kelak.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata akan membawa isu transgender semasa Perhimpunan Agung itu selepas melihat kebimbangan Pemuda terhadap isu berkenaan sudah tidak dapat dibendung lagi, selain mahu masyarakat tahu pendirian parti terhadap isu berkenaa

KAH KAH KAH

my lord
just look
at the evidence
i rest my case
my lord




 WAT DE FAK
-----------

BANGANG BERTINGKEK TINGKEK






Hasan Malek
BENTONG - Peniaga, pemborong mahupun pembekal digesa tidak mengambil kesempatan menaikkan harga sayuran ekoran kejadian banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands sebelum ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),  Hasan Malek berkata, tindakan tegas akan diambil bagi peniaga sayuran yang bertindak mengambil kesempatan dari kejadian terbabit.

KAH KAH KAH
woit
inilah akibat
makan dedak
kita makan nasi
malaon ni makan dedak
urat jalan tak betul

tak habis habis
mengancam nak tangkap
tapi tak ada sapa 
kena tangkap

kena tangkap
barang terus 
naik harga

soalannya patutkah
malaon ini menerima
anugerah hasan malek

KAH KAH KAH





----------

BABI BOLEH TERBANG





Amalkan kesederhanaan mengikut ajaran Islam

 | November 14, 2014
Najib nafi gerakan kesederhanaan kerajaan berkait ajaran liberalisme
KUALA LUMPUR – Najib  Razak menafikan dakwaan pihak tertentu yang mempertikai dan mengaitkan gerakan kesederhanaan yang dibawa kerajaan dengan ajaran liberalisme.
“Dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana gerakan kesederhanaan yang dibawa kerajaan adalah berdasarkan ajaran Islam seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW,” Najib.
KAH KAH KAH

woit
bila najib 
cakap hal islam
babi boleh terbang
vincent tan jadi tok kadi


bila najib
cakap hal islam
altantuya hidup kembali



KAH KAH KAH

-----------

INI FITNAH MEDIA






Ikut sayalah nak hadir atau tidak 

mesyuarat Pakatan, kata Hadi 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini membidas kembali pengkritiknya kerana tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) dan mengatakan terpulang kepadanya untuk berbuat demikian.
Sebelum ini rakan komponen PR seperti DAP menggesa Hadi untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PR kerana hanya beliau yang mempunyai kuasa veto dalam PAS.
“Saya tidak perlu diminta (hadir), (kalau) saya hendak hadir, hadirlah,” katanya Hadi kepada pemberita di Gombak hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ikut-sayalah-nak-hadir-atau-tidak-mesyuarat-pakatan-kata-hadi#sthash.OamIasMf.dpuf


KAH KAH KAH

woit
ini fitnah
ini bukan cakap hadi
mustahil hadi 
bercakap macam ini
ini fitnah dari media
ini ajenda zionis
ini fitnah ajen yahudi

cakap macam ini
cakap orang mental
hanya sakit otak
cakap meraban
cakap merapu

bercakap macam ini
macam kena pil kuda
mustahil hadi
cakap macam ini








APA PUNTA TUUUUR





--------------