Sabtu, 29 November 2014

SATU PANDANGAN




SATU PENCERAHAN
Saman lelaki tanpa telor menjatuhkan maruah lelaki sejati...don't ever do that again bro..Gerakan rakyat bikin rejim amno goyang luar dan dalam...banyak sekatan dan akta drakonian maknanya gerakan rakyat semakin berjaya..apa saja rejim buat ramai sudah tak percaya...makcik dan pakcik felda pun dah mula bawa mulut gaji dapat tak macam masa mula FGV dulu...

kejap2 one off sana sini...yang toreh getah sekilo suda jatuh rm1.70 sapa mau layan..hisap rokok di PWTC pun lagi mahal kos dari sara hidup keluarga...skrg kos BRIM dan one off akan makan tuan...bukan najib tapi pengundi tegar Be End... on SURAT PEGUAM UNTUK NAJIB RAZAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/29/14



------------

MENGENALI SEJARAH LAKONAN



NENG YATIMAH



BINTANG AIR MATA
neng yatimah pelakon hebat
filem melayu tahun 50'an 60'an
telah di nobatkan 
sebagai bintang air mata 

pelakon dari studio cathay keris ini
ialah ibu kerpada roseyatimah


Pemimpin UMNO tidak asli, suka berlakon

 | November 28, 2014
Pemimpin kita pula, jika ada pilihan raya kecil baru nak turun, berlakon menjadi penoreh getah, nelayan atau penjual ikan di pasar. Keaslian dalam pimpinan itu tidak ada





KUALA LUMPUR: Wakil Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said hari ini mencetuskan tamparan tepat dan kuat kepada barisan pemimpin UMNO apabila secara terbuka berkata, ” Keaslian dalam pimpinan itu tidak ada.”
Lebih keras lagi apabila beliau menyifatkan para pemimpin parti “suka berlakon” sehingga membawa kepada kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.


KAH KAH KAH

woit
memang betul
dulu anak lelaki
iskandar kutty 
selalu menangis
kalah neng yatimah
bintang air mata
cathay keris filem

dah lama malaon ni
tak menangis
mana maloan ini
berlakon

APA PUNYA TUUUR







---------------

MANA ANAK BADAK?





KAH KAH KAH

sedar kah pembaca
anak badak ilang
tak nampak nampak
selalu tergedik gedik

ARAHAN
ada arahan pada media
muka anak badak
jang muncul muncul
nanti ramai perwakilan muntah
tak ada selera makan  









-------------

VIDEO AKTA HASUTAN





'Video semasa ucapan Najib hina mahkamah'

Aktivis politik, Hishamuddin Rais mengemukakan surat tuntutan kepada Perdana Menteri  Najib Razak untuk menghentikan tayangan video menunjukkan imej beliau semasa perhimpunan agung Umno.

Hishamuddin melalui surat guamannya menyebut, tayangan video berkenaan merupakan tindakan sub judice dan menghina mahkamah kerana kes melibatkan dirinya mengikut Akta Hasutan masih lagi berlarutan di mahkamah.

Video berkenaan ditayangkan semasa Najib mengumumkan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948 semasa menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan agung Umno, Khamis lalu.

“Dalam klip video tersebut, anak guam kami digambarkan sebagai bersalah atas kesalaha menghasut mengikut Akta Hasutan 1948.

“Klip video itu seterusnya memburuk-burukkannya dan menggambarkan bahawa anak guam kami sering melakukan kesalahan hasutan.

“Seperti yang ada sedari, anak guam kami menghadapi tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 yang kini berlarutan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur.

[Berita penuh menyusul]
http://www.malaysiakini.com/news/281969








--------------

ADA AKAUN TAK ADA DUIT





Mempunyai akaun bank tidak bermakna 

ada simpanan, penyelidik jawab gabenor 

Bank Negara 

Beberapa penyelidik mempersoalkan kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar lebih 90% rakyat Malaysia mempunyai simpanan tunai berdasarkan pemilikan akaun bank, sambil memberitahu seseorang mungkin ada beberapa akaun bank tanpa simpanan.

Dalam mempertahankan laporan mereka yang mendapati 53% rakyat Malaysia tiada aset kewangan,  Kamal Salih, Dr Muhammad Abdul Khalid dan Dr Lee Hwok Aun berkata penemuan mereka adalah mengejutkan dan ia adalah daripada sumber dalaman dan boleh dipercayai.

“Gabenor Bank Negara Malaysia merujuk data bank menunjukkan 'lebih 90% penduduk Malaysia memiliki akaun simpanan'. Adalah tidak mencukupi daripada segi metodologi dan empirikal menyamakan pemilikan akaun bank dengan mempunyai simpanan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mempunyai-akaun-bank-tidak-bermakna-ada-simpanan-penyelidik-jawab-gabenor-b#sthash.YtzhjZ36.dpuf

KAH KAH KAH

woit
dua dua tak salah
dua dua cakap betul
memang ramai 
ada akaun bank
tapi tak ada duit
buka akaun bank
kerana tunggu brim

KAH KAH KAH






-----------

IKUTI KICAUAN PALING COOL









ikuti kicau

paling 

cool






---------------

TANAH MELAYU KENA REMBAT





KOMENTAR
tanah dalam bandar
tanag orang kampong
di berembang
di pelentong
di tasek utara
di banda dalam
di kerinchi
di pantai dalam
di chu badak
semua di rembat cukong

awas!

cukong tak akan berani rembat
mustahil cukong berani rembat
kalau  tidak kerana
gerombolan ketuanan melayu 
di belakang cukong




KUALA LUMPUR - Tindakan berani Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) untuk 'bersemuka' dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi menyerahkan memorandum pencerobohan tanah warisan Melayu terbantut apabila mereka mendakwa disekat sekumpulan pemuda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


KAH KAH KAH

woit
cakap parti perjuang
ketuanan melayu
tanah orang melayu
dalam pekan kena rembat 
dalam kampong lesap
ngapa senyap

apa jadi dengan
hidup melayu

APA PUNYA TUUUR








------------

NAJIB AKAN DI SAMAN




Hishammuddin Rais tuntut Najib 

henti  video kait dirinya 

dengan Akta Hasutan 


Aktivis sosial Hishammuddin Rais akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Presiden Umno  Najib Razak kerana menyiarkan klip videonya di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
Video yang dimainkan ketika Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan memberi gambaran Hishammuddin bersalah atas kes hasutannya walaupun kes berkenaan masih dalam perhatian Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 
"Saya menghubungi peguam saya. Hasil daripada perbincangan dengan peguam, kami bersependapat untuk menghantar surat tuntutan kepada Najib. 
Menurut firma guaman yang mewakili Hishammuddin, Daim dan Gamany, klip berkenan memaparkan Hishamuddin sebagai pesalah di bawah Akta Hasutan. 
Dalam penyata tuntutan kepada Najib semalam menyatakan kenyataan dan tindakan perdana menteri itu menyebabkan prejudis kepada proses perbicaraan yang belum selesai.
Menurut firma guamannya Daim dan Gamany, klip tersebut "menjadikan parah lagi imej Hishamuddin sebagai pelanggar Akta Hasutan."
Dalam notis permintaan kepada perdana menteri semalam, ia tertulis kata-kata dan tindakan Najib mewujudkan risiko yang besar dan benar dalam mendatangkan prejudis semasa proses mahkamah.
Notis tersebut juga mengatakan mainan klip tersebut semasa ucapan Najib, yang disiarkan di televisyen dan dilaporkan meluas dalam media, merupakan subjudis dan menghina mahkamah, dan beliau menimbulkan lebih rasa benci dan prejudis terhadap Hishamuddin.
"Kami diarahkan untuk memberikan anda notis yang mengatakan anda tidak boleh menyiarkan, menunjukkan, mengedarkan atau menyebarkan klip video tersebut di Perhimpunan Agung Umno, yang masih berjalan ataupun di mana-mana kejadian ataupun membuat dakwaan yang serupa terhadap anak guaman kami sementara kes masih berjalan di mahkamah.
"Sekiranya anda gagal mematuhi, kami mempunyai arahan untuk memulakan prosiding komitmen terhadap anda," kata firma guaman tersebut dalam notis, menambah Hishamuddin mengekalkan haknya untuk mengambil tindakan yang perlu, termasuk tetapi tidak terhad kepada prosiding komitmen atas klip tersebut serta ucapan Najib.
Hishamuddin, 63, sedang menjalani perbicaraan ekoran dakwaan untuk menumbangkan kerajaan pada 13 Mei tahun lepas, kurang dua minggu dari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berakhir dengan kemenangan Barisan Nasional ke atas Putrajaya.
Semasa membuat kenyataan 13 Mei itu, Hishamuddin dan beberapa lagi peserta di forum di Kuala Lumpur didakwa menghasut orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan melalui protes jalanan.
Beliau diarahkan membela diri bulan lepas selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwa membuktikan kes prima facie.
Pada Khamis, Najib mengumumkan di Perhimpunan Agung Umno yang Akta Hasutan akan dikekalkan dan diperkukuhkan termasuk peruntukan menghina agama sebagai kesalahan undang-undang.
Seruan supaya pemisahan Sabah dan Sarawak juga termasuk dalam peruntukan di bawah akta yang diperkukuhkan tersebut.
Presiden Umno itu berkata akan terus-menerus memperjuangkan bangsa Melayu dan tidak akan membenarkannya untuk "jahanam" dan "dihina" di atas bumi sendiri. – 29 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hishammuddin-rais-tuntut-najib-henti-video-kait-dirinya-dengan-akta-hasutan#sthash.cNWKreef.dpuf




---------

SURAT PEGUAM UNTUK NAJIB RAZAK





29 November 2014 

Kenyataan Akhbar Hishamuddin Rais 


Adalah saya, Hishamuddin Rais dengan ini memaklumkan bahawa saya telah menghubungi peguam saya.  Hasil daripada perbincangan dengan peguam saya - kami telah bersependapat untuk menghantar surat peguam kepada Najib Razak Presiden United Malays National Organisation. 

Surat peguam saya ini bertujuan untuk memberi amaran kepada Najib Razak agar memberhentikan penyebaran klip video yang bersangkutan dengan diri saya yang telah ditayangkan di Perhimpunan Agung United Malays National Organisation yang sedang berlangsung di PWTC sekarang ini. 

Adalah dimaklumkan bahawa pada ketika ini saya masih lagi dalam perbicaraan atas tuduhan Akta Hasutan 1948. 

Klip yang ditunjukkan di Perhimpunan Agung United Malays National Organisation itu pada  pandangan pihak kami akan mempengaruhi keputusan perbicaraan saya. Justeru, surat telah dihantar kepada Presiden parti United Malays National Organisation. 

Bersama-sama ini, saya lampirkan surat dari peguam saya. 

Hishamuddin Rais

(Jika ada apa-apa pertanyaan sila hubungi Latheefa Koya 012-384-29-72
Atau
Hishamuddin Rais 012-663-93-25


--------