Ahad, 11 Januari 2015

BERITA BAIK UNTUK SEMUA




 WAJAH 
PERJUANG MELAYU

Memalukan! Pemuda UMNO menggasak Wira PERKASA
 | January 10, 2015
Kejadian menyerang dan menumbuk itu berlaku ketika majlis penyampaian bantuan mangsa banjir.
PETALING JAYA: Memalukan, apabila pemimpin politik dan pertubuhan bergaduh di khalayak ramai sampai menyebabkan kecederaan dan membabitkan laporan polis. Barangkali mereka ada masalah sendiri sehingga tidak dapat mengawal diri biarpun di depan umum.
Itulah ceritanya apabila Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman mendakwa cedera di muka dan menerima tiga jahitan, akibat ditumbuk Ketua Pemuda UMNO bahagian sama, Mohamad Iruan Zulkefli.
Kejadian menyerang dan menumbuk itu berlaku ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir diadakan di Dewan Kampung Kelantan, Lenggong, petang Khamis.


KAH KAH KAH

woit
kes bertumbok
sampai pecah kepala
kerana nak buat baik
bergaduh berterajang
 nak beramal jariah

tapi ini 
belum lagi berebut
merebut bidadari
bermata jeli
kah kah kah

APA PUN PUNTIAK



---------

4 ulasan:

  1. dua-dua ba-alip-ngang. malaysia ni dah penuh dengan mamat2 ba-alip-ngang.

    by the way, elok tukar nama kampung tu. ada "kelantan", sebab tu la banjir.

    BalasPadam
  2. Masing masing nak berebut pandangan mata mata Badak !!!!!

    Hanya Badak Badak saja yang nampu buat kekayaan dalam waktu banjir .

    Katak pun boleh kiok kalau banjir besar.

    Eh !!!! Apa lagi bebudak bahalol boleh buat pun ????

    BalasPadam
  3. Elok la tu, lepas ni tambah lagi satu wakil puak UG..bertumbuk la sampai mampos..

    BalasPadam