Ahad, 18 Januari 2015

LAGI MONOPOLI BUAT DUIT




SATU LAGI MONOPOLI UNTUK PERMOHONAN VISA DENGAN RUJUKAN (VDR)
KEADILAN BIMBANG KESELAMATAN NEGARA TERANCAM

Kami ingin menarik perhatian orang awam bahawa mulai 15 Jan 2015, semua pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja asing di negara sumber dan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) perlu dilakukan sepenuhnya secara atas talian melalui sistem Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS).

FWCMS (http://www.fwcms.com.my/) yang diusahakan oleh Bestinet Sdn. Bhd. merupakan satu sistem atas talian yang amat komprehensif. Antara fungsinya melibatkan permohonan kuota pekerja asing, permohonan dan kelulusan Visa dengan Rujukan (VDR), Elektronik Pas Lawatan Kerja Sementara (ePLKS), Elektronik Check-Out Memo (eCOM), Elektronik penguatkuasaan (eEnforcement), Elektronik Duta (eEmbassy), insurans pekerja-pekerja asing dan lain-lain.


Seperti isu MyEG dalam pembaharuan PLKS, ini merupakan satu lagi sistem yang cuba memonopoli urusan pekerja-pekerja asing dalam bidang yang lebih luas. Majikan juga tidak boleh lagi berurusan di kaunter dan semua pemeriksaan kesihatan di negara sumber dan permohonan VDR mesti dilakukan sepenuhnya atas talian melalui sistem tersebut.

Pastinya sistem komprehensif ini melibatkan kos pembangunan yang besar. Syarikat swasta tidak mungkin membekalkan perkhidmatan tersebut secara percuma.

Kami juga meluahkan kebimbangan bahawa maklumat-maklumat yang dirangkumi dalam sistem tersebut merupakan maklumat berkaitan dengan pengawalan sempadan (border control) dan imigresen. Ini merupakan maklumat sensitif yang bakal mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Maka kami menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri  Ahmad Zahid Hamidi:

1.     Mengapakah menganugerahkan projek tersebut kepada BestiNet Sdn. Bhd?
2.   Apakah nilai kontrak tersebut serta berapakah kerajaan/majikan perlu membayar kepada BestiNet untuk perkhidmatan yang diberi?
3.     Adakah kontrak tersebut dianugerahkan melalui tender terbuka?
4.   Mengapakah tugasan penting ini boleh disumberluarkan kepada sebuah syarikat swasta?


YB Dato’ Johari Abdul
Ahli Parlimen Sungai Petani

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat










-------------

2 ulasan:

  1. Lahanat apa ada kesah asal dapat buat duit....????

    BalasPadam
  2. Dan mengapakah aku tidak dapat kontrak itu?

    BalasPadam